25/07/2012

Hati Yang Tertinggal....

Morning....

Baca tajuk entry ni pun mesti tertanya-tanya...apa kah? hehehehhe.......actually, mood dah tertinggal dirumah tak dibawa bersama masuk office hari ni because mami betul-betul malas nak kerja today. Rasanya lambat benar masa berlalu...time2 puasa mcm ni lagi la tak bermaya!

Dusssss...rasa mau tumbuk je muka mami ni supaya segar dan bersemangat...oh semangat kerja please la datang kepada ku agar hati berkobar-kobar kerja setiap hari..yeaaarkkkkk! in a same place? never!!!

Terus terang today mami langsung tiada kerja and task mau dibuat, coz kerja mami ni just assist my bos, kalau dia bagi kerja so ada la task mami..kalau takda means mami have to goyang kaki la from morning till afternoon maybe.

Btw, mami pun ada urusan hari ni. Nak p bank ambik duit bayar insurans kereta mami yang akan luput on 29th July ni...errrmmm. Lucky mami just bayar separuh ja separuh lagi husband yang tolong bayarkan...Syukur alhamdulillah! Terima kasih husband ku yang tercinta. Tu la husband dah cakap berhenti kerja, kereta husband akan bayar plus belanja bulan2 husband akan bagi plus savings every month husband akan masukkan. Tapi mami masih juga berdegil and masih bekerja..errrrmmm. But mami dah decide pun next month will be my last month working here, extra savings pun dah ada dan complete alhamdullilah. Cepat je complete coz gaji bulan2 mami simpan pas tu guna duit yang husband beri saja every month...sekali lagi terima kasih buat kekasih ku tersayang. Doa ku semoga Allah, permudahkan segala urusan kerjamu, murahkan rezekimu, sihat selalu dan panjang usia mu demi mami dan anak-anak mu...Amin ya robb...

23/07/2012

Alya Sayang....

Semakin nakal & suka merengek-rengek,menangis tak tentu pasal!

Semakin hari semakin menjadi-jadi pula perangai anak mami ni...suka menangis tak tentu pasal, nakal, kuat melawan & semakin manja. ehhhhhhhh....kadang2 naik meluat and panas mami bila dia buat perangai time mami penat. Time malam pula asal terbangun mesti menangis2 entah apa-apa, pas tu sumbat susu dia diam,alahai Alya kalau nak susu cakap la sayang jgn nangis.....tension mami cmana mau tambah anak kalau sorang ni pun dah tension tak terkawal!  perrrgggghhhh........hahahhaha...SABAR!

Kadang-kadang mami memang tak boleh kawal marah mami especially words yang keluar dari mulut mami memang sadis! Tapi mami cepat-cepat mengucap...menyedari itu adalah anak mami dan anugerah Allah kepada mami dan suami. Seharusnya mami bersabar,bersyukur dan menjaga anugerah Allah ini sebaik yang mungkin. Yer la..ada pasangan suami isteri bertahun-tahun kawin but masih belum dikurniakan cahaya mata pelengkap rumahtangga dan mereka masih terus mencuba dan berusaha dgn apa cara sekali pun. Therefore moral of the story : Anak adalah kurniaan ALLAH SWT yang amat berharga kerana tidak semua orang yang mendirikan rumahtannga terus boleh dapat cahaya mata. Kira bertuah dan bersyukur la kepada mereka-mereka yang baru berkawin dan terus dapat berita gembira dan mami amat bersyukur kerana mami adalah diantara mereka-mereka yang Allah kurniakan cahaya mata tanpa menunggu lama.

Dia adalah amanah Allah kepada mami dan suami, perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan sempurna. Kerana kegagalan mendidik dia adalah kegagalan ibubapa yang mana nanti akan dipersoalkan diakhirat didepan ALLAH SWT!

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan & permudahkan lah bagiku melahirkan zuriat suamiku dan beri lah aku kekuatan dalam mendidik mereka sebaik-baiknya..agar mereka tidak akan menjadi persoalan buat aku dan suami di akhirat kelak! AMIN YA ROBB.....

Ramadhan & Ibadah Puasa

Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana masih memberikan peluang kepada mami dan semua ahli keluarga yang tersayang menikmati & beribadat di bulan yang mulia ini. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah dan diampunkan segala dosa-dosa yang lalu.

Ibadah Puasa: Azam mami ramadhan tahun ni puasa mami nak seboleh-bolehnya puasa penuh...ceehh (walaupun hakikatnya mami akan bercuti at least 7 hari...ngeeeee) but i will try do my best this year. Gagah kan diri untuk lebih beribadat means "extra mile" for this holy month. Mami tak mahu ramadhan tahun ini di sia-siakan begitu sahaja tanpa dapat sebarang faedah dan pahala buat bekalan di kubur & di akhirat kelak. Lumrah manusia didunia, kau kaya aku miskin, kau senang aku susah, kau lebih dari segalanya aku pula serba kekurangan TAPI masuk kubur nasib tidak akan pernah sama cuma yang sama kita akan sama-sama memakai kain kafan yang berwarna sama, menghadap kiblat yang sudah semestinya sama dan dimerengkan badan kita kesebelah kanan juga sama. Oleh itu come to conclusion : Harta dunia hanya sementara!

Dari itu sempena bulan yang mulia ini, mari la bersama-sama kita mencari bekal untuk akhirat agar kita tidak tergolong dari manusia-manusia yang rugi. Mami pun masih dalam process untuk memperbaiki diri sendiri, adakalanya pandai lalai sendiri. Muhasabah diri setiap hari InsyaALLAH pasti ada hikmah kebaikannya suatu hari nanti.

Selamat berpuasa kepada semua rakan & keluarga tersayang, terutama suami dan anak tercinta....

Wassalam...

Dugaan Ramadhan Al-Mubarak Tahun 2012

Cacar a.k.a Chicken Pox

Dugaan mami di awal ramadhan tahun ini : Nur Alya Faiqah kena cacar, kesian anak mami penuh seluruh badan plus kat muka pun ada juga tapi nasib baik tak menyeluruh. Sedih mami tgk dia tergaru-garu time tidur dan tak selesa. Kerap menangis and terbangun time malam.

Semua ni bermula dari rumah pengasuh Alya, satu rumah anak-anak dia kena and last sekali anak mami. Tapi syukur juga coz pengasuh Alya sanggup jaga dia, ubat dan mandikan. Tu yang baiknya pengasuh mami ni. dulu time Alya baby kena ruam lampin, pengasuh dia juga yang tolong ubatkan sampai sembuh.

Ubat cacar : mami just bagi Alya minum air kelapa muda and mandikan air santan kelapa fresh setiap hari and malam mami bubuh ubat tahan gatal ( farmasi ) kat badan Alya, utk menyelesakan dia tidur time malam.

Today, Alya getting better, cacar kat badan dia dah pecah and mula mengering. Just ada lagi kat tangan and celah jari dia belum pecah. Hopefully everything's gonna be fine for her.

27/06/2012

Cuti

Esok and lusa mummy cuti...yeaaahhh. Mummy wants to spend the days with my beloved family, especially my little princess. Spending my times kat ofis almost 8-9 hours a day makes me going crazy!!kadang-kadang timbul rasa rindu ngan my little girl. Alangkah baiknya kalau masa itu digunakan sepenuhnya bersama dirumah....sedih..sedih...takpa sayang, sekejap je lagi nak tunggu. Then mummy will take care of you and this family for the rest of my life.

Terima kasih & syukur ke hadrat Mu Ya Allah, atas kesempatan dan kesihatan yang Engkau berikan hari ini buat mummy dan ahli keluarga. Semoga kehidupan kami ini sentiasa dibawah lindungan kasih sayang dan rahmat-MU...Amin Ya Robb.

20/06/2012

Akhirnya....

Sekian lama menanti peluang dan persetujuan si suami...finally mummy got the green light to resigned from beloved hubby. Mummy rasa macam nak hantar surat resign tu hari ini juga, tapi kena sabar tuk sebulan je lagi coz mummy nak capai target saving yang dah nak hampir complete. Mummy bukan jenis yang suka shopping for nothing, duit pun just spent untuk anak dan keperluan peribadi yang perlu sahaja. The rest of the amount mummy simpan untuk keperluan masa depan. Mummy bukannya seperti perempuan2 lain yang ghairah sangat nak barang2 branded and mahal2. Bagi mummy semua tu tak penting yang penting hidup ini diberkati Allah, sihat, cukup makan dan pakai dan masih diberi kesempatan bersama keluarga tersayang...family comes first in any situation!

Hanya utk renungan..cuba bayangkan/fikirkan sejenak: Kita kerja jauh dari keluarga tersayang, ya la demi masa depan dan gaji yang besar. Bulan - bulan kita kirim wang belanja buat keluarga dikampung, sekali sekala kita pulang kampung if ada kesempatan dan cuti. Kadang2 berbulan-bulan OR tahun tiada kesempatan pulang. Konon terlampau busy....tiba2 one of your family member pergi menghadap Ilahi selamanya...let's say your mother/father. Cuba renungkan berapa banyak masa yang telah diluangkan bersama selama kehidupan kita bersama dia, kerana lepas ini dia sudah tiada, hilang tempat bermanja. Rugi rasanya tiada bersama si dia di saat2 akhir kehidupannya kerana kita amat sibuk mengejar RM$$$ dunia. Selepas ini kita tidak akan dapat melihat dia lagi sampai la di hari kiamat nanti...itu pun kalau jumpa ikut nasib masing2. kan..kan..kan..tapi normal keadaan sekarang ni duit itu penting utk meneruskan kehidupan dimuka bumi ini. Tapi jgn sampai lupa beramal selagi masih bernyawa dan luangkan masa utk keluarga tercinta.

Mummy rasa sgt lega kerana lepas ni mummy hanya akan tumpukan sepenuh perhatian mummy untuk keluarga tersayang...jaga makan minum suami dan anak-anak. Alhamdulillah Ya Allah, atas segala kesempatan, kesihatan dan umur yang diberikan hingga ke saat ini. Doa ku, semoga suami sihat walafiat di sepanjang kehidupannya, murah rezeki, dijauhkan dari segala musibah dan kecelakaan di dunia dan panjang umurnya...amin!






12/06/2012

Sejuk....


kebelakangan ni selalu turun hujan...suasana jadi sejuk dan nyaman. Walaubagaimana pun, masih merisaukan kerana takut terjadi ribut yang kuat. Serba salah dunia sekarang ni..panas terlampau panas pula,hujan mengundang ribut bencana. Tak tau mana satu nak suka....memang betul la kot dunia ni tak lama lagi nak kiamat! Cuaca tak lagi ikut musim-musimnya.....

Apa yang kita ada sekarang? apa persediaan kita menghadapi apa jua bencana dan musibah? Apa bekalan kita jika tiba2 jasad terkubur selamanya? Dimana-mana pun tiada sudah jaminan keselamatannya..

Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hambamu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang KAU berikan. Lindungi la kami serta ahli keluarga kami dari malapetaka didunia dan diakhirat! Amin...

Mami tak sabar nak berhenti kerja dari sini, mami nak tumpukan sepenuhnya perhatian mami kepada keluarga mami, selagi masih ada kesempatan. Takut nanti tidak berkesempatan langsung sampai kiamat!
Bagi mami keluarga ini lebih penting dari hal2 duniawi yang lain...dan mami masih setia menanti kesempatan untuk selamanya menjaga kebajikan suami dan anak2 mami.

Semoga Allah SWT panjangkan umur mami sekeluarga, diberi kesihatan yang baik serta murah rezeki. Amin...