10/11/2016

AMMAR EUSOFF HAIKAL


Alhamdulillah...pertama sekali syukur yg tak terhingga ke hadrat Allah SWT, atas kurniaan dan keizinanNYA maka lahirlah permata ke-3 dlm keluarga ku...
Baby AMMAR EUSOFF HAIKAL...pada 14.10.2016 Jumaat jam 1:37petang. Semoga baby Ammar menjadi anak yg sihat dan sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal bila sdh besar nanti. Mami dan Ayah selalu mendoakan yg terbaik utk anak2 kami. Walaupun mulut kami sometimes "so nasty" tapi jauh disudut hati kami sebagai ibudanayah amat menyayangi zuriat2 kami dunia akhirat.

Maka dgn itu...mami dgn hormatnya "pencen" lah melahirkan. Cukup lah 3 permata hati yg ada ini, dgn umur sebegini baik ditumpukan perhatian dlm membesarkan, mendidik serta mencukupkan keperluan anak2 saja. Selebihnya, baik lah dibawa beribadat dan beramal soleh, melancong dan umrah haji...

Cukup lah sampai disini....mami pun xda masa and very upside down sekarang ni...huhuhu...sekian.

07/06/2016

Masalah dan Rezeki

Di berikan rezeki yg tak diduga...pada masa yg sama kami juga banyak masalah. Terutamanya masalah yg melibatkan kewangan. Semua masalah kami memerlukan sokongan kewangan. Satu demi satu masalah ni sehingga lah akhir tahun.

Namun alhamdulillah, bersyukur pada Allah. ALLAH melindungi dan permudahkan 2 benda dari 7 masalah kami tahun ni. Peti ais sudah di baiki dan alhamdulillah berfungsi seperti sediakala. Jika tidak terpaksa angkat baru...duit lagi!!
TV : tv di rumah dah nak hampir kondem...dgn screen yg x terang dah dan volume yg tak flexible. Sdh terfikir nak angkat baru jika terdesak sgt. Namun, alhamdulillah syukur pada Allah kerana permudahkan masalah yg satu ini. Mak mentua dgn murah hati bagi TV yg dah tak guna tapi masih baru kepada kami. Tanpa mengganti sesen pun harga TV tersebut. Mami sgt berterima kasih pada mak mentua yg tak pernah jemu melengkapkan keperluan kami di saat orang lain hanya buta melihat kekurangan kami. Mak mentua yg banyak berjasa kepada mami dan keluarga kecil mami ni...sgt bersyukur dapat mak mentua seperti dia walaupun dia sgt tegas dlm semua perkara....hehee...

Berbaki 5 lagi masalah kami sehingga akhir tahun. Semoga Allah SWT permudahkan setiap perjalanan dan permasalahan kami ini. Tiada lagi yg boleh di katakan melainkan TAWAKAL kepadaNYA...

Boboboi again...

Alhamdulillah...review klinik 28/5/16  menunjukkan baby boy di dalam perut mami. Maknanya ada lah kawan abg Adam bergusti hahahaa....ayah ada tambahan kawan dan imam yg perlu di latih dan diberikan didikan yg baik.

Kakak, menjadi "one and only" bunga mami. Kakak menjadi contoh kepada adik2, tapi adik2 akan menjaga si kakak bila sdh dewasa kelak. Kerana yg lelaki harus melindungi yg perempuan...

Walaupun target tersasar kali ni...tapi alhamdulillah rezeki Allah beri seawal ini agar kami tidak tertunggu2 lagi suatu hari nanti. Terima kasih ya Allah....kami akan menjaga dan mendidik amanah MU ini sebaik dan semampu kami di dunia ini. Andai ada kelemahan dan kekurangan kami, maka lengkapkan lah kami ini ya Allah.

Due 25/10/16...semoga segalanya berjalan lancar dan selamat bersalin normal anak ke-3 kami ini..doakan yg terbaik buat ibu dan baby..


12/04/2016

Hujan turun membasahi bumi yg kering....


Alhamdulillah...syukur teramat syukur pada Allah. Hujan turun setelah sekian lama kering kontang kemarau di negeri ku ini. Hujan yg turun sejak beberapa hari ni....alhamdulillah sejuk terasa. Semoga hujan rahmat ini berterusan selamanya membasahi bumi yg tandus ni....

Alhamdulillah....itu saja perkataan yg mampu di ucapkan setiap kali titisan hujan turun membasahi bumi....betapa rindunya aku kepada hujan, guruh, kilat.....dari january sampai Mac tanpa hujan btl2 menguji umat manusia....kering, panas terik, kemarau...catuan air. Semoga Allah jauhkan segala bencana dari kita semua....

Alangkah segarnya ni kalau berada di kampung....bangun pagi sejukkk nyaman kurang asap kereta....hujan2 lagi...ya Allah nyamannya suasana kampung....rinduuu..
Tapi apakan daya....kalau rumah di bandar ni...membuatkan rasa tak sihat saja...redha saja lah...


21/03/2016

Life is unexpected.....

Really.....
Life is unexpected so do i....pregnant!!

Walaupun belum bersedia, tapi ALLAH SWT dah kurniakan rezeki ini. Alhamdulillah, kami amat mengalu-alukan kedatangannya..semoga membesar sihat didalam rahim ibu sayang.

Rupanya rasa tak sihat, rasa tak bermaya,rasa loya lemas badan segala itu adalah tanda adanya satu nyawa dlm rahim mami. Alhamdulillah...syukur. Ibu berdoa semoga engkau adalah perempuan. Meneruskan legasi mewarisi segala pakaian kakak mu NURALYAFAIQAH....

Ya Allah kurniakan lah kami baby girl kali ni...perkenankan lah ya Allah...aamiinn.

Kdg2 rasa excited bila tgk semua baju2 branded nuralyafaiqah yg banyak dan masih keadaan baru malah ada yg dia tak sempat pakai sbb terlalu banyak...semua masih elok dan sgt cantik...kasut2, gaun princess,truddy and teddy yg cantik...kasut yg semua berjenama.....mami rasa tak sabar pulak heheee...

Apapun yg paling penting baby membesar dgn sihat walafiat sempurna di dalam rahim ibu. Itu sdh mencukupi....

Planning delivery, tempat yg sama mcm Abg Adam at Damai Specialist Hospital...next month register. InshaaAllah....semoga Allah permudahkan segala urusan dan selamatkan ibu melahirkan baby secara normal bulan October nanti. Aamiinnn....

07/03/2016

Hari2 yg kurang sihat....




Hari - hari yang kurang sihat...


Am not feeling well since last Friday even today the feeling still the same but i have no choice either no assistant to help me in doing all the house cores. Maybe am too tired to wake up at 5am in the morning everyday to prepare everything for husband and my princess going to school. Honestly, i am tired!!

Since last Friday, badan rasa panas, lemas tak bermaya, nafas sesak susah nak tarik nafas, tekak loya dan craving nak makan yg macam2..hahhaha sound like pregnant owhh...hopefully NOT! am not ready at this moment, life still a mess that am too busy to handle my kids especially the boy one...hope to pregnant someday but not NOW! 

Hari ni still the same, badan rasa tak sihat...maybe i have to take a lot of fruits and vitamins. Rasa nak makan avocado pulak hari ni...rasanya di tamu donggongon saja banyak itu pun on Wednesday baru start hari ini manada tamu..so Inshaa Allah panjang umur Wednesday la pigi tamu lagipun banyak pilihan...

Aku harap ni dugaan dlm menjalankan tugasan sebagai ibu kepada anak-anak dan tugas sebagai seorang isteri. Semoga dgn kepayahan ini akan ada manisnya di kemudian hari..

Semoga Allah SWT memberikan kesihatan yg baik serta umur yg panjang kepada diri ini agar dapat melihat anak2 ini membesar , terdidik dan menjadi anak2 yg soleh/solehah serta berjaya dlm hidup mereka. Jika sdh melihat mereka berjaya dlm hidup, punyai masa depan yg baik, jodoh yg baik...maka 'MATI' pun redha dan tenang. 


Itu lah doa setiap hari...bukannya meminta menjadi jutawan dunia tapi minta kesihatan yg sempurna dan umur yg panjang. 

Allah Maha Mendengar, Maha Pengasih serta Penyayang dan Maha Memberi.....aamiinn



16/02/2016

February Birthday #throwback#




Month of February....birthday month our princess NUR ALYA FAIQAH 6 YEARS OLD!

Dua kali sambutan di tempat yg berbeza...first gambar kat atas tu di kampung dgn sponser KFC dari my elder brother, sambutan sederhana bersama sepupu2nya yg lain. Second, gambar bawah bertempat di rumah sis in law, kelatuan papar. Ada barbeque, makan2 dan bacaan doa selamat beramai2...terima kasih kepada sis in law dan suami. Ipar2 dan biras yg sudi dtg bergotong royong memeriahkan suasana dan juga hadiah2 yg diberikan.

Bertuah si kakak tahun ni "double" the cake...hehheee...yg penting dia bahagia.
Mami dah bagi hadiah in advance utk kakak sempat jg dia ambik utk adiknya...

Alhamdulillah ya Allah, terima kasih atas kelangsungan kehidupan kami di muka bumi ini. Terima kasih yg tidak dapat di ungkapkan dgn kata2 atas anugerah dan amanah yg ENGKAU berikan menjadi penyeri rumahtangga ini. Penyeri hidup ku sepanjang masa. Semoga Engkau merahmati,memayungi kami dgn segala rahmat MU dan bahagiakan lah keluarga kecil ini hingga ke Jannah -MU ya Allah...aamiinnn.