07/06/2016

Masalah dan Rezeki

Di berikan rezeki yg tak diduga...pada masa yg sama kami juga banyak masalah. Terutamanya masalah yg melibatkan kewangan. Semua masalah kami memerlukan sokongan kewangan. Satu demi satu masalah ni sehingga lah akhir tahun.

Namun alhamdulillah, bersyukur pada Allah. ALLAH melindungi dan permudahkan 2 benda dari 7 masalah kami tahun ni. Peti ais sudah di baiki dan alhamdulillah berfungsi seperti sediakala. Jika tidak terpaksa angkat baru...duit lagi!!
TV : tv di rumah dah nak hampir kondem...dgn screen yg x terang dah dan volume yg tak flexible. Sdh terfikir nak angkat baru jika terdesak sgt. Namun, alhamdulillah syukur pada Allah kerana permudahkan masalah yg satu ini. Mak mentua dgn murah hati bagi TV yg dah tak guna tapi masih baru kepada kami. Tanpa mengganti sesen pun harga TV tersebut. Mami sgt berterima kasih pada mak mentua yg tak pernah jemu melengkapkan keperluan kami di saat orang lain hanya buta melihat kekurangan kami. Mak mentua yg banyak berjasa kepada mami dan keluarga kecil mami ni...sgt bersyukur dapat mak mentua seperti dia walaupun dia sgt tegas dlm semua perkara....hehee...

Berbaki 5 lagi masalah kami sehingga akhir tahun. Semoga Allah SWT permudahkan setiap perjalanan dan permasalahan kami ini. Tiada lagi yg boleh di katakan melainkan TAWAKAL kepadaNYA...

No comments:

Post a Comment