Salam and Syukur kepada Allah S.W.T di atas kesempatan yang masih ada hingga ke saat ini...
Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita walau dimana pun kita berada di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah juga dipermudahkan urusan permohonan trading lesen mami yang baru mami pohon minggu ni dengan harapan semoga lancar la segala apa yang dirancang demi keluarga tersayang. Once trading lesen kejuruteraan/pembinaan ini berjaya dan membuahkan hasil & rezeki, mami decide untuk terus berhenti kerja dan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk anak & suami. Memandangkan mami & husband dah berhenti 'family planning' so mami berdoa semoga ada rezeki untuk zuriat yang kedua..amin.
Tiada apa-apa yang istimewa so far dalam kitaran hidup mami, hanya doa dan kesyukuran kerana masih bernyawa dan masih meneruskan sisa-sisa kehidupan hingga ke hari ini. Hari ni mami kerja seperti biasa, bosan dan rindu anak mami, kesian everyday terpaksa orang lain jaga. Tak lama lagi sayang mami akan jaga anak mami for the rest of our life!
Salam
Rozie mummy for beloved daughter Nur Alya Faiqah!
No comments:
Post a Comment