07/06/2016

Masalah dan Rezeki

Di berikan rezeki yg tak diduga...pada masa yg sama kami juga banyak masalah. Terutamanya masalah yg melibatkan kewangan. Semua masalah kami memerlukan sokongan kewangan. Satu demi satu masalah ni sehingga lah akhir tahun.

Namun alhamdulillah, bersyukur pada Allah. ALLAH melindungi dan permudahkan 2 benda dari 7 masalah kami tahun ni. Peti ais sudah di baiki dan alhamdulillah berfungsi seperti sediakala. Jika tidak terpaksa angkat baru...duit lagi!!
TV : tv di rumah dah nak hampir kondem...dgn screen yg x terang dah dan volume yg tak flexible. Sdh terfikir nak angkat baru jika terdesak sgt. Namun, alhamdulillah syukur pada Allah kerana permudahkan masalah yg satu ini. Mak mentua dgn murah hati bagi TV yg dah tak guna tapi masih baru kepada kami. Tanpa mengganti sesen pun harga TV tersebut. Mami sgt berterima kasih pada mak mentua yg tak pernah jemu melengkapkan keperluan kami di saat orang lain hanya buta melihat kekurangan kami. Mak mentua yg banyak berjasa kepada mami dan keluarga kecil mami ni...sgt bersyukur dapat mak mentua seperti dia walaupun dia sgt tegas dlm semua perkara....hehee...

Berbaki 5 lagi masalah kami sehingga akhir tahun. Semoga Allah SWT permudahkan setiap perjalanan dan permasalahan kami ini. Tiada lagi yg boleh di katakan melainkan TAWAKAL kepadaNYA...

Boboboi again...

Alhamdulillah...review klinik 28/5/16  menunjukkan baby boy di dalam perut mami. Maknanya ada lah kawan abg Adam bergusti hahahaa....ayah ada tambahan kawan dan imam yg perlu di latih dan diberikan didikan yg baik.

Kakak, menjadi "one and only" bunga mami. Kakak menjadi contoh kepada adik2, tapi adik2 akan menjaga si kakak bila sdh dewasa kelak. Kerana yg lelaki harus melindungi yg perempuan...

Walaupun target tersasar kali ni...tapi alhamdulillah rezeki Allah beri seawal ini agar kami tidak tertunggu2 lagi suatu hari nanti. Terima kasih ya Allah....kami akan menjaga dan mendidik amanah MU ini sebaik dan semampu kami di dunia ini. Andai ada kelemahan dan kekurangan kami, maka lengkapkan lah kami ini ya Allah.

Due 25/10/16...semoga segalanya berjalan lancar dan selamat bersalin normal anak ke-3 kami ini..doakan yg terbaik buat ibu dan baby..