09/12/2012

SAYONARA "some says its heaven"!


and finally...

Mummy have to say bye-bye to all my beloved culinary team at Nexus Resort and Spa, Karambunai because i'm leaving this beautiful place!

even though it is a hard decision for me but i have to go...no choice! It is also because of my daily morning sickness that killing me every morning. So i decided to leave rather than disturbing my daily working routine and burden everybody with my problem.

But now, Alhamdulillah hidup lebih bahagia dan tenang disamping keluarga tersayang dan yang paling penting anak ada di depan mata sepanjang masa. Itu yang patut disyukuri oleh setiap ibu-ibu yang pernah melahirkan kerana kita tidak tahu bila kita akan di putuskan hubungan untuk melihat mereka selama-lamanya. Walaupun hilang mata pencarian setiap bulan, namun mummy percaya dan amat percaya bahawa rezeki itu Allah SWT yang tentukan dan ada di mana-mana utk di usahakan. Syukur Alhamdulillah, suami juga tak pernah kurang memberikan keperluan makan,minum dan pakai kami anak beranak.

Now, mummy belajar duduk rumah dan menjadi surirumah sepenuh masa. Alhamdullilah dah seminggu dah mummy duduk rumah tanpa kemana-mana just jaga alya sayang. Boleh tahan juga bosannya, tapi apa boleh buat mummy pun memang tak larat nak kemana-mana buat masa ni. Nanti la kalau dah pulih mcm biasa, mummy keluar shopping dgn hubby and Alya sayang.

Bab2 mengidam ni mummy kureng sikit buat masa ni. Apa yang mummy perlu hanya makan utk isi perut mummy supaya tak sakit macam hari tu...just it!

So good luck to all my culinary team at NRSK, see you when i see you at anywhere...dunia ni kecil jer dimana-mana pun boleh terserempak kan :)

"Buat sesiapa yang berkata-kata takbur tu..ingat la rezeki Allah bukan di tangan engkau k! Engkau pun kalau Allah tak bagi rezeki kerja sini ko takkan sampai sini punya la..masih lagi ko kat sana dgn gaji yang hanya cukup2 makan. Sampai sini baru ko dapat gaji berbelas- belas riban, kaya kan Sabah ni boleh bagi ko gaji banyak tu...so jgn pandang rendah kat orang2 Sabah ni..mereka lebih kaya dari ko cuma ko yang tak nampak coz mata ko dah buta dgn maksiat yang ko buat, BTW good luck la ngan hidup ko on the land below the wind ni"

Thanks :)

Up to The Second :)

Salam...

Dah lama mummy tak update blog mummy ni...al maklum lah busy jer memanjang kebelakangan ni.

Pertama sekali mummy ingin memanjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Yang Maha Kuasa atas kurniaan rezeki buat mummy and beloved family. Yes! Mummy pregnant baby yang ke-2,Alhamdulillah!! It is almost 9 weeks...Mummy berdoa semoga Allah SWT melindungi bayi ini dan jadikan la dia anak yang sihat dan sempurna..Amin.

But one thing is killing me.."Morning Sickness" yang terlampau dan melampau ini. Mummy langsung tak boleh jamah nasi. Dapur kat rumah pun dah 3 weeks tak berasap coz mummy tak boleh hidu bau-bauan masakan ni. Kesian ngan hubby and Alya terpaksa cari makan di luar. Mummy pula pening sepanjang masa, baring saja and this makes me weak!

Hopefully, this will only last for 3 months otherwise masuk hospital la mummy tak cukup vitamin, air dan makan! Even keluar jalan2 pun mummy tak larat & mummy pening bila berjalan-jalan. Paling sadis tempat yang mummy paling suka makan and shopping pun mummy muntah bila dah masuk sana. Nampaknya lama lagi la mummy akan jejak kan kaki ke 1B ni..uwaaahhhhh :((

Tapi takpa mummy terima dgn redha, semua ni pun mesti mommies yang lain pernah lalui or even worst than this. 

Doa mummy..semoga segalanya berjalan dgn lancar dan sihat walafiat sehingga diwaktu melahirkan nanti...amin!


thanks :) 

07/09/2012

Have a bless day...Friday!

Salam and Syukur kepada Allah S.W.T di atas kesempatan yang masih ada hingga ke saat ini...

Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita walau dimana pun kita berada di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah juga dipermudahkan urusan permohonan trading lesen mami yang baru mami pohon minggu ni dengan harapan semoga lancar la segala apa yang dirancang demi keluarga tersayang. Once trading lesen kejuruteraan/pembinaan ini berjaya dan membuahkan hasil & rezeki, mami decide untuk terus berhenti kerja dan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk anak & suami. Memandangkan mami & husband dah berhenti 'family planning' so mami berdoa semoga ada rezeki untuk zuriat yang kedua..amin.

Tiada apa-apa yang istimewa so far dalam kitaran hidup mami, hanya doa dan kesyukuran kerana masih bernyawa dan masih meneruskan sisa-sisa kehidupan hingga ke hari ini. Hari ni mami kerja seperti biasa, bosan dan rindu anak mami, kesian everyday terpaksa orang lain jaga. Tak lama lagi sayang mami akan jaga anak mami for the rest of our life!

Salam
Rozie mummy for beloved daughter Nur Alya Faiqah!

27/08/2012

Senyum tak perlu kata apa-apa

Salam and Morning All & Selamat Hari Raya....:)

First of all, mami ingin mengucapkan selamat hari haya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, sahabat handai yang jauh mahu pun dekat. Not forgetting my beloved husband, yang selama ini banyak berkorban segala-galanya untuk keluarga kecil ini...terima kasih ayah atas segala-galanya!

Actually mami nak minta maaf dgn seorang kawan yang kini bertugas jauh dari kawasan KK, walaupun mami tak berapa berkenan dgn dia tapi sesama umat islam kita harus saling maaf memaafkan. Lupakan yang lalu dan mulakan kehidupan yang lebih baik sempena hari raya yang mulia ini.

Dan yang sebenarnya mami has postponed my resignation yang sepatutnya effective 18th August yang lalu,bukan kerana tak sampai hati nak tinggalkan company ni tapi mami baru dipindahkan ke F&B office on 13th Aug dan duduk bersama 'big boss' kalau la mami terus resign, nampak tak manis sangat mcm tak suka boss pula....lagi pun boss banyak tolong mami selama dia menjadi boss mami. So mami tak sanggup juga mengecewakan dia. Lagi pun diantara mereka semua, mami saja la staff lama dan banyak tahu selok belok kerja F&B ni. Mami adalah 'orang' harapan untuk semua report termasuk F&B report and budget!...so mcmana boss nak lepaskan mami???

Tapi itu bukan alasan untuk mami untuk tidak meneruskan resignation mami. Mami tetap akan resign tapi bukan dalam masa yang terdekat ini maybe end of this year mami pasti akan resign kalau tiada apa-apa kenaikan untuk mami :)

So as of today till mami get bored mami akan terus berkerja seperti biasa, balik lambat sudah pasti ( paling bosan and mami x suka!). Sokongan hubby sangat diperlukan dan dihargai!!!

14/08/2012

What a day....

12 hari cuti sakit CACAR....kemarin baru start kerja dgn tekunnya kerana mami tahu mesti paperwork bertimbun-timbun menunggu kehadiran mami. Yezzzzaaaa...memang banyak!

Btw, keluarga mami baru sahaja menyambut kedatangan 'orang baru' yang baru dilahirkan. Kakak giving birth a baby boy on 9th Aug 2012. Congrats to the family yg memang nak sgt kehadiran anak lelaki....

Back to the story, mcm biasa mami attend morning meeting with the boss..dikejutkan pula dgn arahan boss yang mahu mami pindah office ke F&B office la pulak...cehhhh cmana mo resign mcm ni. hahahahah bukan alasan kerana resign tetap resign...but then now mami confuse sikit nak letak surat resign bila..yg pasti tetap resign cuma tak tahu bila nak hantar surat...dammmnn!!

Errmm sekarang terpaksa la hari2 menghadap bos besar kerana office bakal dipindahkan hari ni...haissshhh sungguh tak mengembirakan langsung. Mana lagi nak cuti raya....ni confirm la tak dapat cuti panjang2 ni coz dah duduk sama office dgn boss, tiada harapan la dia luluskan cuti yg panjang berjela..sekian!

Tapi walauapapun...cuti tetap cuti tak kisah la raya ke tak raya ke...cuti tetap cuti nak rehat! and after this bermula kehidupan office yang busy dan pulang lambat uwarrrgggghh.....

Sekian Terima Kasih....

05/08/2012

yang paling hebat...

dan dugaan yg paling hebat di bulan ramadhan dan bakal akan menyebabkan mami tak beraya dgn meriah tahun ni..ADALAH jeng...jeng.. MAMI KENA CACAR YG TERUK!!!!yg pastinya ini terjangkit dari Alya yang sdh sembuh. haaaaissshh...
Sungguh seram muka mami..penuh dgn biji cacar yang pedih termasuk keseluruhan badan mami..
Yang sedihnya..dah la terlantar sakit tak terdaya. Husband pula tak pandai masak! benda simple pun dia tak dapat masak rebus sayur pun tak reti. Ya Allah apakejadah dpt suami x reti jaga makan minum isteri time sakit2 ni.
Tu la selama ni tau makan ja goyang kaki dpn tv,org di dapur langsung tak tolong apa lagi nak belajar...haaa ni la padahnya! geramnya....rasa mcm mo bagi pelempang je. Dah la tak reti masak,logical thinking pun kureeeng,dah jelas2 cacar memang la x boleh makan sembarangan...ni main bedal je bawa makanan suh mami makan!  sabar ja la...nak kata bodoh cikgu pula..nak kata pandai jauh sekali pula..entah la. berserah pada ALLAH atas kesihatan hambamu ini.

30/07/2012

Speechless

Memang speechless...

Selepas satu dugaan satu lagi....selepas kena cacar yang belum pun sembuh bekasnya dari badan now alya demam panas lagi. Sejak jumaat yang lalu sampai ke hari ni masih belum sihat sepenuhnya. Panas badan on off coz siang dia ok je siap boleh berjalan and main2 lagi but malam badan dia akan naik panas. Tu yang buat mami and husband susah hati...but alya ni pemilih dia mahu ayah dia jer yang uruskan dia kalau mami mesti dia marah wakakakaka....

Lantak la yang penting mami sayang anak mami, and today husband tak pergi kerja coz nak jaga alya yang masih panas badan kat rumah. Kalau hantar ke rumah pengasuh pun no point, anak pengasuh tu pun demam jugak! Rasa mcm menyampah dah mami mau hantar anak ke tempat pengasuh dia, tapi takpa la another one month to go after that mami akan jaga anak mami sampai bila-bila selagi husband mampu menyara kami anak beranak.

Memang tak dinafikan mami sangat berat hati nak tinggalkan office tercinta mami ni...tapi rasanya cukup la sampai disini sahaja perjuangan dan khidmat mami di tempat "some says its heaven" ni...mami nak beralih arah pula lepas ni. Cuti dulu 4 atau 5 bulan then mami akan cari kerja balik, tu pun kalau suami izinkan. At the first, memang mami akan kekok berada di rumah whole day coz biasanya d office boleh buat kerja mcm-mcm paperworks but dirumah hanya jaga anak and tgk TV kot, paling tidak pun pulang kampung mama 1-2 hari hilangkan rasa bosan.

Well, that's my final decision after all. Nekad untuk kali ni...semoga rezeki mami ada di tempat lain yang lebih baik selepas ni. Till then..adiioosss Nexus Resort & Spa, Karambuanai Sabah!!