28/02/2012

Siblings ^-^

Siblings....

Sejak dua menjak ni mummy suka berkumpul ramai2 with my family. Entah la dulu mummy takda pun perasaan macam ni, nak pulang kampung pun susah. Pernah dalam masa 2 tahun hanya sekali sahaja mummy pulang kampung tu pun terpaksa. Padahal mummy just tinggal di kawasan KK and kampung just kat Tuaran, bukannya jauh pun..memang tak jauh tapi time tu hati ni yang jauh nak balik kampung. Mungkin sebab mummy seorang sahaja yang diasuh orang lain,so feeling tu lain bila bersama dorang...tapi itu DULU!

Kini segalanya mummy rasa telah berubah...setelah berkhawin and ada anak. Perasaan dan ikatan kekeluargaan tu harus dieratkan. Terutama buat mummy adik beradik...walaupun sudah bersuami dan tentunya syurga seorang isteri itu dibawah tapak kaki suami, tapi tak semestinya mummy ketepikan keluarga mummy 100%. Mummy pasti perlukan mereka, walaupun bukan sekarang kerana masing2 sudah punya keluarga sendiri tapi suatu hari nanti mummy pasti akan
memerlukan mereka.

Tiap kali memandang wajah mama mummy, seakan ada suatu perasaan yang menggangu mummy to faced the reality bahawa wajah ini akan hilang suatu hari nanti. Sesungguhnya ajal tidak mengenal tua atau muda...tapi selagi mereka masih ada didunia mummy akan cuba manfaatkan masa yang ada untuk bersama mereka. Mummy tak mampu memberikan kemewahan wang ringgit kepada mereka, hanya yang termampu mummy adalah MASA BERHARGA bersama mereka.

Oleh itu, mummy sentiasa mencuri masa walaupun sibuk dengan kerja serta suami dan anak. Mummy akan pastikan mummy punyai waktu untuk pulang kampung menjenguk orang tua dan membawa sedikit ole-ole utk mereka. Mummy tak kisah kalau suami tak ikut sama balik kampung mummy..i don't mind at all. Kerana mummy tahu sang suami tak selesa di rumah and kampung mummy but for me they are my family...i won't be here without them!
" Aku bersama keluarga pada mulanya sebelum aku bersama engkau mencipta cinta"
Oleh itu dan mulai saat itu, mummy tidak ambik kisah jika hanya pulang kampung bersama Alya.

Sewajarnya ada keadilan di situ..bagi mereka yang berumahtangga sesungguhnya perlu ada keadilan kepada kedua belah pihak. Ya memang betul si isteri perlu ikut kata-kata suami kerana suami la ketua sebuah keluarga. Tapi menjadi ketua itu perlua adil dan saksama tanpa ada prejudis!
Kenapa si isteri sanggup berkorban dan ikut suami pulang ke kampung mertua tanpa ada rasa keberatan didalam hati, dan kenapa suami tidak sanggup utk pulang ke kampung isteri walau hanya sehari? Tapi mummy hanya melihat dan menerima seadanya kerana ketidakadilan itu bukan perlu dipersoalkan buat masa ini...pandai-pandai la mejawab di depan ALLAH SWT nanti.

Oleh itu...mulai saat dan ketika ini. Mummy akan luangkan masa untuk pulang kampung walaupun hanya bersama Alya. I don't give a damm for the rest of the things!

23/02/2012

^_^....bosaaannn.

Senyum tak perlu kata apa-apa. BOSAN tahap dewa.....namun hakikatnya mummy perlu bekerja macam biasa.

Sebenarnya sejak dua menjak kebelakangan ni, rasa bosan sangat coz tak banyak kerja pun. Rasanya boleh la pulang jam 2.00 petang macam tu. Tapi office hours 9am - 6pm. Tekanan tunggu office hours ni habis and tak sabar nak pulang.

Mau p 1B pun malas, selalu kalau bosan-bosan kat office kuar 1B jalan2 release bosan bukan release stress!...wahahahha...tapi minggu ni mummy takda mood nak drive terutama ke 1Borneo Hypermall tu. Entah la...

So mummy just duduk diam-diam pretend banyak kerja "wayang" while not at all in the office!...
Have to wait another 4 hours to go home and kiss my beloved Alya San sayang!

Boss....saya nak minta cuti esok, boleh??? eeerrrmmmmmmmm....

20/02/2012

Semalam...

Pada mummy, hanya pandangan mummy. Ibu-ibu yang berkerja ni sangat rugi, bukan rugi dari segi kewangan tapi rugi dari segi masa bersama anak-anak. Tapi memang dah lumrah hidup ada sebahagian suri rumahtangga yang perlu berkerja bagi membantu suami menampung perbelanjaan isi rumah. Lebih-lebih lagi pada zaman sekarang semua barang dah naik harga, gaji suami sorang mana la cukup utk menampung berbelanjaan keluarga, terutama rumahtangga yang dikurniakan ramai cahaya mata. Alhamdulillah, setiap sorang anak kita itu sudah tertulis rezekinya sendiri...

Kadangkala, mummy rasa sedih. Masa banyak terbuang di tempat kerja. Sehari 8-9 jam berkerja alangkah baiknya kalau masa itu mummy spent with Alya sayang..pasti best. Ada marah, ketawa, menangis semua la ada! tapi mummy mau hargai setiap detik itu bersama keluarga terutama Alya sayang.

Last a few week mummy ada beli cadar baru utk tilam lama...so semalam pasangkan cadar baru. hehehe org yang pertama guling2 kat tilam is Alya..mungkin dia nampak cadar tu cantik so dia pun excited sgt guling2 kat tilam. Sampai ambik bantal dia and baring dkt mummy. Kami pun bergurau senda, ketawa bersama..dalam senda gurau tu terdetik di hati mummy alangkah bahagianya sekiranya mummy ada disamping Alya setiap hari,terdetik lagi mummy pasti merindui saat2 ini suatu masa nanti..akhirnya mummy bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan yang terindah ini kepada mummy. Semoga anak mummy sihat walafiat, panjang umur dan murah rezeki di sepanjang hayatnya.

Sedih bila mengenangkan 10 tahun akan datang, apa la nasib mummy. Mummy selalu berdoa agar Allah SWT memberikan kita kesihatan yang baik serta umur yang panjang, agar kita dapat  menempuh segala onak dan duri, tawa dan tangis dalam setiap perjalanan hidup kita hingga ke akhir hayat.

Mummy sayang anak mummy sangat - sangat ;)

17/02/2012

Samsung Tab 7.7


Teringin nak ada ni...errrmmm

Memandangkan computer kat office ni selalu sangat dah rosak sejak kebelakangan ni and IT department pun tiada stock baru to replace computer mummy yang dah lanjut usia ni so mummy rasa boring sgt kat office, especially when all my task is done!

Bila tgk ayah ada Samsung Note :)...mummy teringin plak nak ada Samsung Tab ni ngan pakej internet kat dalam sekali just nak guna bila kat office. Bukan apa kat office mummy ni line internet site banyak kena "banned" entah la mcm boleh buka yang basic2 jer. Facebook takda, nak view blog orang tak dapat. Tu yang buka internet kat office ni pun mcm useless jak coz everyday benda yang sama, basic and tak menghilangkan boring langsung!

So mummy fikir2 better mummy beli satu tab ni khas utk kat office saja. Kat rumah dah ada internet sedia, lagi pun benda ni akan usefull pabila keluar dari rumah. Terutama bila balik kampung...boring2 boleh main internet "facebook" hehehehe. Then bila travel jauh boleh pakai..sambil hilangkan boring and ngantuk, then kat office boleh utilize sepenuhnya bila boring takda benda dah nak buat!

So pulang ni mummy nak servay dulu kat mana2 pakej yang sesuai dan berbaloi...after tgk semua and fikir2 dulu then mummy decide whether nak beli OR not...

Again...

Today is friday and again Syukur Alhamdulillah that mummy still breathing here in the same place that we called earth!

Not so much today...seolah-olah mummy dah hilang semangat nak terus bekerja disini di tempat ini! Hari demi hari semakin ramai staff2 office yang resign and leave for a better future, better salary and yet better position, but all of this you need to sacrifice your time it could be 80% workings and 10% personal life and 10% for your family.

Terus - terang memang tak sesuai untuk mereka - mereka terutamanya kaum wanita yang telah berumahtangga dan sudah mempunyai cahaya mata. Gaji memang besar tapi tak cukup masa and boleh jadi teda masa untuk keluarga tersayang...kesian suami dan anak-anak!

Errmmmm oleh sebab itu lah mummy masih lagi di tempat yang dah nak bankrup ni hahahaha. Takpa la as long as management masih dibayar gaji, mummy stay la just untuk beberapa bulan lagi. Nanti kalau dah berpindah ke rumah baru, memang terpaksa juga berhenti kerja coz terlalu jauh perjalanan and tak berbaloi nak kerja kat sini dah!

Nak pindah rumah baru tu pun maybe will take time coz nak buat renovation terlebih dahulu sebelum pindah. Could be bulan May or June baru dapat duduk. Takpa la yang penting semuanya terlaksana and mummy pun tak sabar dah ni nak resign dari sini..buat sementara rehat2 dulu jaga anak utk beberapa bulan, then kalau ada rezeki mummy kerja la semula!..tu ja planning buat masa terdekat ni...better than nothing!

Dan oleh itu, utk beberapa bulan akan datang ni mummy akan berkerja bersungguh  sungguh cewaaahhh! wakakakakka kalau ada mood la :)

Usaha tangga kejayaan.....

13/02/2012

Ayah ada handphone baru : )

Taaaadaaaaa....ayah ada ini : )

Finally....tercapai juga hajat ayah nak pakai hp canggih ni...canggih la kunun buat masa ni...
before asyik tgk iklan kat Tv je...bila tgk jak mesti cakap "nanti la ada rezeki beli" hahahahaha.

Syukur Alhamdulillah, Allah beri rezeki lebih,dapat la beli satu. Hehehehhe...boleh la mummy tumpang gembira dan tumpang guna sekali wahahahahaha!

Ya Allah...

Ya Tuhanku..
ampunkan lah segala dosa yang pernah ku perbuat,
ampunkan aku, tidak menutup aurat..
ampunkan lah jua diri ini yang terkadang melalaikan solat...

Ku ingin menjadi....muslimah sejati, memang susah utk menjadi seorang muslimah sejati tapi aku yakin dengan hidayah Allah SWT semua wanita akan menjadi wanita solehah dan menjadi muslimah yang sejati. InsyaALLAH!



Ya Allah Ya Tuhan ku, beril kan lah kami hidayah mu, bukakan lah pintu hati kami serta ahli-ahli keluarga kami agar sentiasa patuh kepada suruhan-Mu.
KAU lindungi lah anak-anak kami, jadikanlah mereka anak yang sihat dan sempurna berakal dan pandai serta ALIM dan BERAMAL serta murahkanlah rezeki dan panjangkan lah umur mereka.
Amin Ya Robb...