10/02/2012

9th February 2012 : Alya 2 Years Old

Pertama dan yang paling utama..mummy amat bersyukur kepada Allah SWT, atas segala kurniaan jua kesempatan dan kesihatan yang diberikan buat mummy sekeluarga hingga ke hari ini.

Syukur Alhamdulillah...tahun ini masih berkesempatan menyambut hari kelahiran Nur Alya Faiqah yang ke-2 tahun. Mummy sungguh gembira dan amat bersyukur.

9th Feb : Mummy ambik cuti khas untuk Alya. Nak bawa the birthday girl jalan-jalan makes her happy and shopping, walaupun hakikatnya dia masih tidak mengerti mummy sedang menyambut tarikh kelahirannya...hehehehe takpa the most important is mummy wants to make her happy hari ni and tunaikan segala permintaan dia.

Then, mummy bawa dia jalan-jalan ke tempat favorite mummy and Alya...1Borneo Hypermall!..hehehe
Mummy bawa dia ke tempat permainan kanak-kanak, biar kan dia bermain sepuas hati dia hahahaha. After that, kami lapar..mummy bawa dia makan kat Pizza Hut ground floor 1B. Lepas makan kami continue lagi jalan-jalan sambil nak shopping dah ni for her..mummy bawa kat semua barang mainan. Alya so excited, mummy kata"Alya ambik jak mana Alya mahu, mummy belikan"..punya best dulu time mummy kanak2 mcm Alya takda pun macam ni..huhuhu.

So Alya belek-belek semua barang mainan kat depan mata dia...hehehe mummy tahu dia mesti rambang mata. Mummy biarkan...let's her choose first. Tapi lambat sangat, dia cuma pegang2 barang2 mainan and letak balik, mcm tak mau beli. Errrmmm so mummy suggest kan dia, kereta.she say "no",errrmm anak patung..again "no". Last 2 dia pilih mainan kecil jer, pancing2 ikan. Alahai sayang, pabenda la mainan yg ko pilih ni. Mummy dah sediakan budget utk ko beli mainan besar, last2 nak yang kecil jer..errmm takpa la belikan saja yang penting dia suka. Jimat juga anak mummy ni...
Tengah2 pilih mainan lagi, terserempak dgn mainan Ultraman...Alya takut tgk patung Ultraman! hahahaha lucu. Tgk robot pun takut dia siap cakap "takuutt"...errrm hahahaha.

After shopping mainan, setelah penat melayan dan memilih. Kami naik ke first floor utk ke Parkson nak belikan dia dress Baby Kiko. Mummy memang prefer Baby Kiko utk Alya selesa, cantik dan tahan lama. Alya pun suka...so mummy belikan dress color purple utk Alya, dia pula siap nak pakai tu baju wahahaha mummy kata bayar dulu, cuci then baru boleh pakai. Memang dah cara mummy dari dulu apa-apa barangan baru seperti baju, setokin, seluar semua kena cuci dahulu sebelum pakai. Untuk keselamatan dan kesihatan sebenarnya, kerana pada mummy baju atau apa pun fabrik walau pun baru kita tak tahu macamana keadaan barangan tersebut sewaktu process pembungkusan dan penghantaraan. So better we washed first for hygiene purpose...

After shopping baju Alya, mummy pun dah penat and Alya pun dan berkusut nak rehat. Memang penat dari jam 10.30am - 02.00pm hahahha sapa pun tak penat kalau mcm tu. So kami pun pulang la, drive slowly sambil nyanyi2 lagu "thousand years" ngan Alya..pas tu ketawa sama-sama. Driver kat kereta sebelah, tgk mcm pelik seem like mummy ketawa sorang2 tapi ada Alya kat sebelah mummy duduk di baby chair dia (for safety) layan lagu yang sama dgn mummy...kadang2 layan permintaan lagu dia..pussy cat la, ba ba black sheep la, sleeping la, row row la...hehehehe funny.

Overall, mummy so happy layan Alya yesterday memang hari tu mummy peruntukan just for her. We had a great time together, syukur pada Allah SWT atas kesempatan yang diberikan kepada mummy sekeluarga atas kegembiraan hari ini dan hari-hari akan datang selagi hayat dikandung badan.

Apa pun mummy ingin mengucapkan buat yang pertama kalinya di blog mummy ni..." Selamat Hari Lahir buat permata hati mummy dan ayah, Nur Alya Faiqah...muaaaahhh sayang anak mummy tuuu.

No comments:

Post a Comment