28/02/2012

Siblings ^-^

Siblings....

Sejak dua menjak ni mummy suka berkumpul ramai2 with my family. Entah la dulu mummy takda pun perasaan macam ni, nak pulang kampung pun susah. Pernah dalam masa 2 tahun hanya sekali sahaja mummy pulang kampung tu pun terpaksa. Padahal mummy just tinggal di kawasan KK and kampung just kat Tuaran, bukannya jauh pun..memang tak jauh tapi time tu hati ni yang jauh nak balik kampung. Mungkin sebab mummy seorang sahaja yang diasuh orang lain,so feeling tu lain bila bersama dorang...tapi itu DULU!

Kini segalanya mummy rasa telah berubah...setelah berkhawin and ada anak. Perasaan dan ikatan kekeluargaan tu harus dieratkan. Terutama buat mummy adik beradik...walaupun sudah bersuami dan tentunya syurga seorang isteri itu dibawah tapak kaki suami, tapi tak semestinya mummy ketepikan keluarga mummy 100%. Mummy pasti perlukan mereka, walaupun bukan sekarang kerana masing2 sudah punya keluarga sendiri tapi suatu hari nanti mummy pasti akan
memerlukan mereka.

Tiap kali memandang wajah mama mummy, seakan ada suatu perasaan yang menggangu mummy to faced the reality bahawa wajah ini akan hilang suatu hari nanti. Sesungguhnya ajal tidak mengenal tua atau muda...tapi selagi mereka masih ada didunia mummy akan cuba manfaatkan masa yang ada untuk bersama mereka. Mummy tak mampu memberikan kemewahan wang ringgit kepada mereka, hanya yang termampu mummy adalah MASA BERHARGA bersama mereka.

Oleh itu, mummy sentiasa mencuri masa walaupun sibuk dengan kerja serta suami dan anak. Mummy akan pastikan mummy punyai waktu untuk pulang kampung menjenguk orang tua dan membawa sedikit ole-ole utk mereka. Mummy tak kisah kalau suami tak ikut sama balik kampung mummy..i don't mind at all. Kerana mummy tahu sang suami tak selesa di rumah and kampung mummy but for me they are my family...i won't be here without them!
" Aku bersama keluarga pada mulanya sebelum aku bersama engkau mencipta cinta"
Oleh itu dan mulai saat itu, mummy tidak ambik kisah jika hanya pulang kampung bersama Alya.

Sewajarnya ada keadilan di situ..bagi mereka yang berumahtangga sesungguhnya perlu ada keadilan kepada kedua belah pihak. Ya memang betul si isteri perlu ikut kata-kata suami kerana suami la ketua sebuah keluarga. Tapi menjadi ketua itu perlua adil dan saksama tanpa ada prejudis!
Kenapa si isteri sanggup berkorban dan ikut suami pulang ke kampung mertua tanpa ada rasa keberatan didalam hati, dan kenapa suami tidak sanggup utk pulang ke kampung isteri walau hanya sehari? Tapi mummy hanya melihat dan menerima seadanya kerana ketidakadilan itu bukan perlu dipersoalkan buat masa ini...pandai-pandai la mejawab di depan ALLAH SWT nanti.

Oleh itu...mulai saat dan ketika ini. Mummy akan luangkan masa untuk pulang kampung walaupun hanya bersama Alya. I don't give a damm for the rest of the things!

No comments:

Post a Comment