27/06/2012

Cuti

Esok and lusa mummy cuti...yeaaahhh. Mummy wants to spend the days with my beloved family, especially my little princess. Spending my times kat ofis almost 8-9 hours a day makes me going crazy!!kadang-kadang timbul rasa rindu ngan my little girl. Alangkah baiknya kalau masa itu digunakan sepenuhnya bersama dirumah....sedih..sedih...takpa sayang, sekejap je lagi nak tunggu. Then mummy will take care of you and this family for the rest of my life.

Terima kasih & syukur ke hadrat Mu Ya Allah, atas kesempatan dan kesihatan yang Engkau berikan hari ini buat mummy dan ahli keluarga. Semoga kehidupan kami ini sentiasa dibawah lindungan kasih sayang dan rahmat-MU...Amin Ya Robb.

20/06/2012

Akhirnya....

Sekian lama menanti peluang dan persetujuan si suami...finally mummy got the green light to resigned from beloved hubby. Mummy rasa macam nak hantar surat resign tu hari ini juga, tapi kena sabar tuk sebulan je lagi coz mummy nak capai target saving yang dah nak hampir complete. Mummy bukan jenis yang suka shopping for nothing, duit pun just spent untuk anak dan keperluan peribadi yang perlu sahaja. The rest of the amount mummy simpan untuk keperluan masa depan. Mummy bukannya seperti perempuan2 lain yang ghairah sangat nak barang2 branded and mahal2. Bagi mummy semua tu tak penting yang penting hidup ini diberkati Allah, sihat, cukup makan dan pakai dan masih diberi kesempatan bersama keluarga tersayang...family comes first in any situation!

Hanya utk renungan..cuba bayangkan/fikirkan sejenak: Kita kerja jauh dari keluarga tersayang, ya la demi masa depan dan gaji yang besar. Bulan - bulan kita kirim wang belanja buat keluarga dikampung, sekali sekala kita pulang kampung if ada kesempatan dan cuti. Kadang2 berbulan-bulan OR tahun tiada kesempatan pulang. Konon terlampau busy....tiba2 one of your family member pergi menghadap Ilahi selamanya...let's say your mother/father. Cuba renungkan berapa banyak masa yang telah diluangkan bersama selama kehidupan kita bersama dia, kerana lepas ini dia sudah tiada, hilang tempat bermanja. Rugi rasanya tiada bersama si dia di saat2 akhir kehidupannya kerana kita amat sibuk mengejar RM$$$ dunia. Selepas ini kita tidak akan dapat melihat dia lagi sampai la di hari kiamat nanti...itu pun kalau jumpa ikut nasib masing2. kan..kan..kan..tapi normal keadaan sekarang ni duit itu penting utk meneruskan kehidupan dimuka bumi ini. Tapi jgn sampai lupa beramal selagi masih bernyawa dan luangkan masa utk keluarga tercinta.

Mummy rasa sgt lega kerana lepas ni mummy hanya akan tumpukan sepenuh perhatian mummy untuk keluarga tersayang...jaga makan minum suami dan anak-anak. Alhamdulillah Ya Allah, atas segala kesempatan, kesihatan dan umur yang diberikan hingga ke saat ini. Doa ku, semoga suami sihat walafiat di sepanjang kehidupannya, murah rezeki, dijauhkan dari segala musibah dan kecelakaan di dunia dan panjang umurnya...amin!






12/06/2012

Sejuk....


kebelakangan ni selalu turun hujan...suasana jadi sejuk dan nyaman. Walaubagaimana pun, masih merisaukan kerana takut terjadi ribut yang kuat. Serba salah dunia sekarang ni..panas terlampau panas pula,hujan mengundang ribut bencana. Tak tau mana satu nak suka....memang betul la kot dunia ni tak lama lagi nak kiamat! Cuaca tak lagi ikut musim-musimnya.....

Apa yang kita ada sekarang? apa persediaan kita menghadapi apa jua bencana dan musibah? Apa bekalan kita jika tiba2 jasad terkubur selamanya? Dimana-mana pun tiada sudah jaminan keselamatannya..

Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hambamu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang KAU berikan. Lindungi la kami serta ahli keluarga kami dari malapetaka didunia dan diakhirat! Amin...

Mami tak sabar nak berhenti kerja dari sini, mami nak tumpukan sepenuhnya perhatian mami kepada keluarga mami, selagi masih ada kesempatan. Takut nanti tidak berkesempatan langsung sampai kiamat!
Bagi mami keluarga ini lebih penting dari hal2 duniawi yang lain...dan mami masih setia menanti kesempatan untuk selamanya menjaga kebajikan suami dan anak2 mami.

Semoga Allah SWT panjangkan umur mami sekeluarga, diberi kesihatan yang baik serta murah rezeki. Amin...