20/06/2012

Akhirnya....

Sekian lama menanti peluang dan persetujuan si suami...finally mummy got the green light to resigned from beloved hubby. Mummy rasa macam nak hantar surat resign tu hari ini juga, tapi kena sabar tuk sebulan je lagi coz mummy nak capai target saving yang dah nak hampir complete. Mummy bukan jenis yang suka shopping for nothing, duit pun just spent untuk anak dan keperluan peribadi yang perlu sahaja. The rest of the amount mummy simpan untuk keperluan masa depan. Mummy bukannya seperti perempuan2 lain yang ghairah sangat nak barang2 branded and mahal2. Bagi mummy semua tu tak penting yang penting hidup ini diberkati Allah, sihat, cukup makan dan pakai dan masih diberi kesempatan bersama keluarga tersayang...family comes first in any situation!

Hanya utk renungan..cuba bayangkan/fikirkan sejenak: Kita kerja jauh dari keluarga tersayang, ya la demi masa depan dan gaji yang besar. Bulan - bulan kita kirim wang belanja buat keluarga dikampung, sekali sekala kita pulang kampung if ada kesempatan dan cuti. Kadang2 berbulan-bulan OR tahun tiada kesempatan pulang. Konon terlampau busy....tiba2 one of your family member pergi menghadap Ilahi selamanya...let's say your mother/father. Cuba renungkan berapa banyak masa yang telah diluangkan bersama selama kehidupan kita bersama dia, kerana lepas ini dia sudah tiada, hilang tempat bermanja. Rugi rasanya tiada bersama si dia di saat2 akhir kehidupannya kerana kita amat sibuk mengejar RM$$$ dunia. Selepas ini kita tidak akan dapat melihat dia lagi sampai la di hari kiamat nanti...itu pun kalau jumpa ikut nasib masing2. kan..kan..kan..tapi normal keadaan sekarang ni duit itu penting utk meneruskan kehidupan dimuka bumi ini. Tapi jgn sampai lupa beramal selagi masih bernyawa dan luangkan masa utk keluarga tercinta.

Mummy rasa sgt lega kerana lepas ni mummy hanya akan tumpukan sepenuh perhatian mummy untuk keluarga tersayang...jaga makan minum suami dan anak-anak. Alhamdulillah Ya Allah, atas segala kesempatan, kesihatan dan umur yang diberikan hingga ke saat ini. Doa ku, semoga suami sihat walafiat di sepanjang kehidupannya, murah rezeki, dijauhkan dari segala musibah dan kecelakaan di dunia dan panjang umurnya...amin!






No comments:

Post a Comment