12/06/2012

Sejuk....


kebelakangan ni selalu turun hujan...suasana jadi sejuk dan nyaman. Walaubagaimana pun, masih merisaukan kerana takut terjadi ribut yang kuat. Serba salah dunia sekarang ni..panas terlampau panas pula,hujan mengundang ribut bencana. Tak tau mana satu nak suka....memang betul la kot dunia ni tak lama lagi nak kiamat! Cuaca tak lagi ikut musim-musimnya.....

Apa yang kita ada sekarang? apa persediaan kita menghadapi apa jua bencana dan musibah? Apa bekalan kita jika tiba2 jasad terkubur selamanya? Dimana-mana pun tiada sudah jaminan keselamatannya..

Ya Allah...jadikanlah kami hamba-hambamu yang sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang KAU berikan. Lindungi la kami serta ahli keluarga kami dari malapetaka didunia dan diakhirat! Amin...

Mami tak sabar nak berhenti kerja dari sini, mami nak tumpukan sepenuhnya perhatian mami kepada keluarga mami, selagi masih ada kesempatan. Takut nanti tidak berkesempatan langsung sampai kiamat!
Bagi mami keluarga ini lebih penting dari hal2 duniawi yang lain...dan mami masih setia menanti kesempatan untuk selamanya menjaga kebajikan suami dan anak2 mami.

Semoga Allah SWT panjangkan umur mami sekeluarga, diberi kesihatan yang baik serta murah rezeki. Amin...



No comments:

Post a Comment