02/01/2016
Ada sekuntum bunga kembang muda segar mewangi...di tengah2 diapit kiri dan kanan bunga2 yg sdh berumur 30an...hahhaaaa
Mereka adalah adik beradik perempuan yg aku ada. Pertama yg baju hitam,kedua yg baju merah ketiga saya yg tudung hitam dan keempat yg baju kuning. Alhamdulillah, semua sdh bertemu jodoh yg Allah aturkan dan bahagia bersama kehidupan berkeluarga yg dibina. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat semuanya.
Aku anak ke-empat juga anak yg dipelihara dan dibesarkan sekejap oleh keluarga angkat,maknanya aku tidak membesar 100% nya bersama mereka ini. Tapi pertalian darah yg mengalir tetap adik beradik kandung sampai mati. Cuma dari kecil aku terpisah dan diasuh oleh keluarga lain.
Oleh kerana keterpisahan itu...aku mempunyai minat, karektor dan pemikiran yg berbeza. Sonetimes aku rasa kami sekata sometimes aku rasa tidak....mgkn wujudnya gap diatas kejadian "keterpisahan" kami sejak kecil. Tapi most if the time aku lebih suka dan selesa bersama yg baju merah itu..dont know maybe lepas dia adalah aku yg dilahirkan...muka kami pun dulu2 hampir sama. Kdg ada yg tegur adakah kami kembar..heheheeee....skrg dah banyak beza dahh..tapi dia maintain cantikkkkk
Dlm keempat2 anak perempuan, hanya aku yg berijazah tapi aku tidak berkerja jadi fulltime housewife la pulak...ada yg kata sia2 ijazah tu (hutang PTPTN lagi....) after graduated mmg berkerja at company swasta gaji pun bagus...tapi redha berkorban demi anak2 yg perlukan perhatian dan kasih sayang penuh seorang ibu. So berhenti kerja.....dan dlm kami berempat hanya yg didepan baju hitam tu kerja sektor kerajaan UMS. Kami bertiga hanya surirumah sepenuh masa....alhamdulilah rezeki Allah ada dimana2. Lebih2 lagi pada isteri yg sanggup berkorban demi keluarga dan anak2...maka Allah luaskan lagi rezeki itu....alhamdulillah sentiasa cukup segalanya..
Harapan ku hanya....semoga Allah SWT panjangkan usia kami dan meniti masa tua bersama, saling bantu membantu dan mengingati satu sama lain walaupun aku jarang berjumpa mereka ini...dan aku harap mereka akan dapat hidayah dari Allah SWT agar lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT. Fahamilah dan mengertilah HARTA DAN WANG RINGGIT tdk menjanjikan kita lulus soalan kubur dan bukan tiket utk kita ke syurga.
Kita sebagai perempuan dan isteri laksanakan empat perkara ini,nescaya syurga imbalannya.
1. Sembahyang 5 waktu
2. Taat kepada Suami
3. Puasa di bulan ramadhan
4. Jaga kemaluan ( jgn berzina)
Maka masuklah ke syurga Allah dari mana2 pintu syurga yg kita hendaki...masyaAllah...indahnya...
Love my siblings with all my heart...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment