19/01/2016

Cinta Hati Mami dan Ayah



Si Kakak dan Adik...gambar lama. Dua anak yg comel anugerah Allah SWT kepada kami. InshaaAllah akan melaksanakan tanggungjawab kami sebaik-baiknya...kurniakan kami kekuatan ya Allah dlm mendidik danmenjaga amanah yg tak terhingga ini. Mereka lah penyeri kehidupan rumahtangga ini...gelak ketawa tangis duka mewarnai kehidupan kami suami isteri dgn kehadiran dua permata ini.

Si kakak dah besar dan bersekolah di Pra Sekolah berdekatan si adik belum cukup umur ke sekolah hanya cukup umur ke taska sahaja,,,but sorry mami are fulltime housewife..so mami yg akan jaga anak-anak mami no need go to taska only need go to school for education.

Umur mami pun dah nak expired masuk kerja ke sector kerajaan, nampaknya mmg tidak akan ada peluang mami berkerja di sektor kerajaan seperti ayah....well, mami redha, Hanya pinta mami kepada yg Maha Kuasa semoga dimurahkan rezeki keluarga kita ini utk kelangsungan sisa-sisa hidup di dunia ini.

Anank-anak ku tiada yg boleh diberikan semewah mahligai indah, hanya kasih sayang mami dan ayah yang takkan pernah padam sehingga ke akhir hayat kami utk kamu berdua. Kami berikan apa yg termampu kami kepada kamu agar kamu sama seperti kanak-kanak lain di sekelilng kamu. Kami mencuba agar tiada setitik pun kekurangan atas keperluan kamu dlm kehidupan ini.

Doa mami semoga kamu membesar menjadi anak-anak yg berguna dan berjaya, menjadi anak yg sihat dan sempurna berakal dan pandai serta alim dan beramal,di panjangkan usia di sihatkan tubuh badan disembuhkan segala penyakit dimurahkan rezeki dipermudahkan perjalanan dlm kehidupan di perbaikkan jodoh serta menjadi anak- anak yg soleh dan solehah..aamiinn!!!

Nur Alya faiqah & AdamHaikal...
Kasih ayah hingga ke hujung nyawa,
Kasih ibu membawa ke syurga anak-anak ku....

No comments:

Post a Comment