Bosan kat office..rindu pula ngan Alya yang tinggal ngan pengasuhnya. Behave well my dear...
Kadang2 terfikir juga nak berhenti kerja, nak tumpukan sepenuhnya kat family terutama jaga anak. Asuhan ibubapa berbeza dengan asuhan orang lain. Kalau boleh mummy mau Alya membesar depan mata mummy biar mummy yang jaga. Tapi apa kan daya...mummy pun nampaknya harus berkerja,memandangkan mummy pun ada hutang tersendiri hehehehehe...
Alya ni boleh dikatakan pengubat penat mummy seharian bekerja...balik rumah jak. Nampak Alya ngan celoteh dia. Happy...meriah hidup ini dgn telatah si comel ni. Benarlah kata orang anak penyeri sebuah rumahtangga yang dibina. Gelagat mereka yang selalu membuat ibu bapa tersenyum & ketawa. Walaupun ada kalanya buat kita marah tersangat, tapi ingat la mereka adalah "acuan "kita, DNA kita = hasil kita. Sudah semestinya perlakuan mereka juga seperti kita :) lol. Ibubapa la yang bertanggungjawab mencorakkan mereka, didikan agama paling penting harus ada dalam diri mereka. Begitu juga dengan Nur Alya Faiqah, mummy dan ayah perlu dan wajib mendidikmu untuk menjadi anak yang solehah.
Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan mu ini..
Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungi la dia anakku ( Nur Alya Faiqah), jadikan la dia anak yang sihat dan sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal dan panjangkan la umurnya...amin.
10/01/2012
Blog ini....
Sengaja aku "cipta" buat tatapan mereka - mereka yang tersayang pada masa akan datang. Semoga menjadi kenangan dan tatapan sebuah catatan kehidupan seorang wanita yang pernah bergelar isteri and ibu. Semoga menjadi tatapan buat Nur Alya Faiqah bila dia dah besar nanti..entah bila mummy pun tak tahu.
Segala yang tertulis di sini adalah ilham dan kehidupan pemilik blog ini...tidak akan ada kena mengena dengan sesiapa melainkan kenalan & keluarga dan suami serta anak-anak tercinta.
Mummy loves you all...
Mummy akan terus menulis dalam blog ini...sebagai kenangan kita suatu masa nanti. Di suatu ketika yang dikenang dan ia kekal dalam coretan hanya disini :)

Today..
Minggu ke-2 di tahun baru...Azam baru tahun 2012 hanya "no more shopping barang2 yang tak perlu" coz aku selalu beli2 ikut suka hati aku jer walaupun benda tu tak berapa nak guna pon, al maklum la gatal tangan tak sah kalau tak shopping dalam seminggu. But tahun ni aku dengan sedaya upayanya akan meng"cut"kan sedikit demi sedikit budget tuk shopping2 ni. Aku ni pantang nampak kasut, blouse, pakaian budak perempuan dan yang paling ngeri sekali "emas"...hehehe nasib baik emas naik harga. Kalau tak bersusun emas dalam laci.
Tipu la kalau tahun ini aku teda planning, ada sebenarnya. Diantaranya aku nak:
1) Kereta aku SAA 385 A di cat, digantikan kerusi leather, di tinted sekali lagi dan put on smart reams with michellin tyres wahahaha.
2) Kalau boleh nak tukar kerja...please la need new environment of works!
3) Kalau boleh la..cancel tu plan pertama and beli kereta baru..ALZA full pack cukup la.
4) InsyaAllah...rezeki itu dari Allah..plan nak tambah anak 1 jer lagi.
Tu saja la setakat ni yang terfikir nak laksanakan tahun ni..slowly based on budget. Pa pun semoga Allah murahkan rezeki mummy dan ayah. Amin.

November 22,2011
Sepatutnya hari ni kita orang sudah terbang ni ke Kuala Lumpur for Family vacation. But then, tetiba jak mummy dan ayah decide not to go this time..why? mummy dan ayah berat hati nak pergi...
Takpa la bukan rezeki kita this time..just mummy a bit kecewa la coz plan2 nak ke padang besar shopping macam tahun lepas but yer la bukan rezeki.
Passport Ayah,Mummy and Alya dah buat, siap nak ke Thailand shopping. Family sebelah ayah pun excited tunggu kita sampai. Along siap nak bawa ke Genting Highland and Kak Nor siap nak bawa round2 sampai Thailand. Tapi ini la yang dikatakan "kita hanya merancang Tuhan yang menentukan".
Panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik...we'll come again next time k...
p/s suka sgt shopping kat gedung pakaian hari-hari kat Jalan TAR KL hehehe..Gedung pakaian ni takda di Sabah..huhuhu:( and Padang Besar kat Perlis...errrrrmm memang jadi target 2 places ni.

November 17,2011
Anakku, pada hari ini mummy menyedari hidup ini adalah satu kesempatan yang harus disyukuri. Tak perlu bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Hidup lah dengan penuh kesederhanaan namun sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan. Takut nikmat yang diberikan ditarik serta merta kerana tidak pernah menadah tangan bersyukur kepada Allah.
Semalam..aku,suami dan Alya pergi melawat anak kawanku yang dimasukkan ke hospital Likas. Khabar tentang anaknya baru aku terima semalam, tapi mereka sudah berada di hospital itu sejak 26.10.2011. Anaknya di diagnosiskan"antibody menyerang otak" means antibodinya sendiri menyerang otak. Melihat anaknya,aku tak dapat menahan sedih & sebak...oleh kerana kami adalah bestfriend sewaktu dia masih sama2 bekerja dengan ku dulu, aku tanpa segan silu menangis melihat keadaan anaknya yang totally different. Alma Qistina sweet jer nama dia kan...dahulu dia juga anak yang cergas, pintar dan gembira. Tapi ketentuan Allah, anak itu sudah tidak mampu bercakap, makan malah mengenali orang sekeliling walaupun ibubapanya sendiri. Dia sudah seperti OKU..aku yang melihat hanya mampu berdoa semoga Alma cepat sembuh seperti sediakala.. berat mata memandang berat lagi ibunya memikul segala keperitan, kesedihan dan cuba menerima kenyataan. Ya Allah sembuhkan la Alma Qistina seperti sediakala...amin.

Semua Tentang Alya :)
Nur Alya Faiqah...Puteri ku sayang.
Anakku sayang yang dilahirkan pada 09th February 2010...sakit, tangisan, lucu dan gembira. Syukur pada Allah s.w.t atas "precious gift"ini yang tak ternilai dengan apa jua bandingan di dunia ini. Terima kasih sayang kerana mu, aku kini bergelar "mummy" dan suami bergelar "ayah" dan kita adalah sebuah keluarga..lengkap.
Nur Alya..panggilan Alya or Faiqah tapi aku lebih suka memanggil dia dgn panggilan Alya San...entah la. Aku just copy jer dari Japanese Sales Manager aku kat sini dari dulu bila jumpa aku ni dia akan panggil "rozie san" so aku anggap "san"tu adalah kata nama buat perempuan...alaa mcm "cik" tu....hahahaha. So aku bubuh je la nama tu just for fun...Alhamdullilah syukur pada Allah yang Maha Pengasih & Penyayang hingga ke hari ini Alya sihat walafiat disamping mummy dan ayah...selagi kami masih ada disisimu sayang..
Ramadhan 2011
Adalah tahun ramadhan ke-2 Alya. Ramadhan tahun ni jatuh pada bulan ogos, bermakna Alya sayang 1year 6 months. Alya 1 year 3 months dah pandai jalan sikit2..rebah bangun la katakan. Still learning...1 year 7 months Alya dah pandai menyebut beberapa perkataan yang mudah..baba..susu..no..no..no..hehehe funny tapi she's still in the process of learning. keep it up sweet baby!!
Ramadhan dan hati seorang ibu :
Anakku sayang, semoga di bulan ramadhan yang mulia ini, keluarga kita akan sentiasa diberkati Allah, diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang abadi serta di panjangkan usia dan murah rezeki.
Mammy dan ayah sentiasa mendoakan semoga Alya menjadi anak yang solehah. Hormat kepada ibubapa dan taat kepada perintah Allah s.w.t.
Alya Sayang..
Maafkan mummy seandainya mami selalu memarahimu, hingga sampai suatu waktu tangan ini sanggup menyakiti tubuh kecilmu,tapi anakku ketahuilah kasih ibu ini hingga ke-SYURGA!
Hari Raya 2011
Raya tahun ini adalah raya yang ke-2 buat Alya sayang. Sesungguhnya mummy dan ayah amat bersyukur kepada Allah atas segala kesempatan yang masih ada buat kita.
Sesungguhnya Alya la penyeri hidup mummy dan ayah...terima kasih sayang kerana sudi menjadi anak kepada kami didunia ini...mummy dan ayah sentiasa medoakan segala yang terbaik buat Alya di dunia & akhirat. Selagi hayat dikandung badan, selagi ada kesempatan dan selagi ada umur dan kesihatan, segalanya untuk Nur Alya Faiqah!

Tahun Baru 2012 :)
Happy New Year 2012..
Salam..kepada yang ter"jumpa" blog ini. Sesungguhnya tiada sesiapa tahu tentang blog ini selain empunya badan. Untuk pengetahuan pembaca semua pemilik blog ini adalah "Sabahan". Selamat membaca....
Tahun 2011:
Banyak yang telah terskip...tercatatan di dalam ingatan tapi tak terluah dengan perkataan. Every year, aku amat takut bila dah sampai tarikh 31.12...bukan apa. Aku pernah terbaca satu cerpen, "kematian di ambang tahun baru",bila teringat cerpen tu..seram juga la. Tapi harus di ingat semua itu dari Allah s.w.t yang menentukan.
Akhirnya aku tidur tanpa memperdulikan semua sambutan tahun baru yang sedang berlangsung di kaca TV dan padang merdeka,kota kinabalu. Padaku apa la ertinya tahun baru...
Tahun Baru - 2012
Pertama sekali di tahun baru ini, aku membuka mata. Ya Allah segala kesyukuran yang tidak terhingga kerana masih bernyawa dan masih diberikan peluang menghirup udara di bumi Allah dan bersama keluarga tersayang.
Kerana bagi ku, apa la ertinya tahun baru ini..seandainya umur yang semakin singkat namun amal ibadat belum padat untuk bekalan di akhirat. Ramai yang lupa akan itu....

Subscribe to:
Posts (Atom)