07/09/2012

Have a bless day...Friday!

Salam and Syukur kepada Allah S.W.T di atas kesempatan yang masih ada hingga ke saat ini...

Alhamdulillah..semoga Allah permudahkan segala urusan kehidupan kita walau dimana pun kita berada di muka bumi Allah ini. Alhamdulillah juga dipermudahkan urusan permohonan trading lesen mami yang baru mami pohon minggu ni dengan harapan semoga lancar la segala apa yang dirancang demi keluarga tersayang. Once trading lesen kejuruteraan/pembinaan ini berjaya dan membuahkan hasil & rezeki, mami decide untuk terus berhenti kerja dan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk anak & suami. Memandangkan mami & husband dah berhenti 'family planning' so mami berdoa semoga ada rezeki untuk zuriat yang kedua..amin.

Tiada apa-apa yang istimewa so far dalam kitaran hidup mami, hanya doa dan kesyukuran kerana masih bernyawa dan masih meneruskan sisa-sisa kehidupan hingga ke hari ini. Hari ni mami kerja seperti biasa, bosan dan rindu anak mami, kesian everyday terpaksa orang lain jaga. Tak lama lagi sayang mami akan jaga anak mami for the rest of our life!

Salam
Rozie mummy for beloved daughter Nur Alya Faiqah!

27/08/2012

Senyum tak perlu kata apa-apa

Salam and Morning All & Selamat Hari Raya....:)

First of all, mami ingin mengucapkan selamat hari haya maaf zahir dan batin kepada semua ahli keluarga, sahabat handai yang jauh mahu pun dekat. Not forgetting my beloved husband, yang selama ini banyak berkorban segala-galanya untuk keluarga kecil ini...terima kasih ayah atas segala-galanya!

Actually mami nak minta maaf dgn seorang kawan yang kini bertugas jauh dari kawasan KK, walaupun mami tak berapa berkenan dgn dia tapi sesama umat islam kita harus saling maaf memaafkan. Lupakan yang lalu dan mulakan kehidupan yang lebih baik sempena hari raya yang mulia ini.

Dan yang sebenarnya mami has postponed my resignation yang sepatutnya effective 18th August yang lalu,bukan kerana tak sampai hati nak tinggalkan company ni tapi mami baru dipindahkan ke F&B office on 13th Aug dan duduk bersama 'big boss' kalau la mami terus resign, nampak tak manis sangat mcm tak suka boss pula....lagi pun boss banyak tolong mami selama dia menjadi boss mami. So mami tak sanggup juga mengecewakan dia. Lagi pun diantara mereka semua, mami saja la staff lama dan banyak tahu selok belok kerja F&B ni. Mami adalah 'orang' harapan untuk semua report termasuk F&B report and budget!...so mcmana boss nak lepaskan mami???

Tapi itu bukan alasan untuk mami untuk tidak meneruskan resignation mami. Mami tetap akan resign tapi bukan dalam masa yang terdekat ini maybe end of this year mami pasti akan resign kalau tiada apa-apa kenaikan untuk mami :)

So as of today till mami get bored mami akan terus berkerja seperti biasa, balik lambat sudah pasti ( paling bosan and mami x suka!). Sokongan hubby sangat diperlukan dan dihargai!!!

14/08/2012

What a day....

12 hari cuti sakit CACAR....kemarin baru start kerja dgn tekunnya kerana mami tahu mesti paperwork bertimbun-timbun menunggu kehadiran mami. Yezzzzaaaa...memang banyak!

Btw, keluarga mami baru sahaja menyambut kedatangan 'orang baru' yang baru dilahirkan. Kakak giving birth a baby boy on 9th Aug 2012. Congrats to the family yg memang nak sgt kehadiran anak lelaki....

Back to the story, mcm biasa mami attend morning meeting with the boss..dikejutkan pula dgn arahan boss yang mahu mami pindah office ke F&B office la pulak...cehhhh cmana mo resign mcm ni. hahahahah bukan alasan kerana resign tetap resign...but then now mami confuse sikit nak letak surat resign bila..yg pasti tetap resign cuma tak tahu bila nak hantar surat...dammmnn!!

Errmm sekarang terpaksa la hari2 menghadap bos besar kerana office bakal dipindahkan hari ni...haissshhh sungguh tak mengembirakan langsung. Mana lagi nak cuti raya....ni confirm la tak dapat cuti panjang2 ni coz dah duduk sama office dgn boss, tiada harapan la dia luluskan cuti yg panjang berjela..sekian!

Tapi walauapapun...cuti tetap cuti tak kisah la raya ke tak raya ke...cuti tetap cuti nak rehat! and after this bermula kehidupan office yang busy dan pulang lambat uwarrrgggghh.....

Sekian Terima Kasih....

05/08/2012

yang paling hebat...

dan dugaan yg paling hebat di bulan ramadhan dan bakal akan menyebabkan mami tak beraya dgn meriah tahun ni..ADALAH jeng...jeng.. MAMI KENA CACAR YG TERUK!!!!yg pastinya ini terjangkit dari Alya yang sdh sembuh. haaaaissshh...
Sungguh seram muka mami..penuh dgn biji cacar yang pedih termasuk keseluruhan badan mami..
Yang sedihnya..dah la terlantar sakit tak terdaya. Husband pula tak pandai masak! benda simple pun dia tak dapat masak rebus sayur pun tak reti. Ya Allah apakejadah dpt suami x reti jaga makan minum isteri time sakit2 ni.
Tu la selama ni tau makan ja goyang kaki dpn tv,org di dapur langsung tak tolong apa lagi nak belajar...haaa ni la padahnya! geramnya....rasa mcm mo bagi pelempang je. Dah la tak reti masak,logical thinking pun kureeeng,dah jelas2 cacar memang la x boleh makan sembarangan...ni main bedal je bawa makanan suh mami makan!  sabar ja la...nak kata bodoh cikgu pula..nak kata pandai jauh sekali pula..entah la. berserah pada ALLAH atas kesihatan hambamu ini.

30/07/2012

Speechless

Memang speechless...

Selepas satu dugaan satu lagi....selepas kena cacar yang belum pun sembuh bekasnya dari badan now alya demam panas lagi. Sejak jumaat yang lalu sampai ke hari ni masih belum sihat sepenuhnya. Panas badan on off coz siang dia ok je siap boleh berjalan and main2 lagi but malam badan dia akan naik panas. Tu yang buat mami and husband susah hati...but alya ni pemilih dia mahu ayah dia jer yang uruskan dia kalau mami mesti dia marah wakakakaka....

Lantak la yang penting mami sayang anak mami, and today husband tak pergi kerja coz nak jaga alya yang masih panas badan kat rumah. Kalau hantar ke rumah pengasuh pun no point, anak pengasuh tu pun demam jugak! Rasa mcm menyampah dah mami mau hantar anak ke tempat pengasuh dia, tapi takpa la another one month to go after that mami akan jaga anak mami sampai bila-bila selagi husband mampu menyara kami anak beranak.

Memang tak dinafikan mami sangat berat hati nak tinggalkan office tercinta mami ni...tapi rasanya cukup la sampai disini sahaja perjuangan dan khidmat mami di tempat "some says its heaven" ni...mami nak beralih arah pula lepas ni. Cuti dulu 4 atau 5 bulan then mami akan cari kerja balik, tu pun kalau suami izinkan. At the first, memang mami akan kekok berada di rumah whole day coz biasanya d office boleh buat kerja mcm-mcm paperworks but dirumah hanya jaga anak and tgk TV kot, paling tidak pun pulang kampung mama 1-2 hari hilangkan rasa bosan.

Well, that's my final decision after all. Nekad untuk kali ni...semoga rezeki mami ada di tempat lain yang lebih baik selepas ni. Till then..adiioosss Nexus Resort & Spa, Karambuanai Sabah!!

25/07/2012

Persiapan Aidilfitri Tahun 2012

Hehehehe...awalnya entry pasal hari raya ni padahal baru beberapa hari puasa. It's ok la kan..

Persiapan mami sekeluarga kalau bab2 baju raya its all done...awal dah mami beli sebelum puasa lagi mami dah beli untuk mami dan alya sayang. Untuk husband tercinta dan ada just dia nak tambah beli t-shirt baru. Untuk alya baju kurung dah ada siap dgn tudung sekali...tahun ni tema warna biru laut hehehehe. Untuk husband baju melayu dah siap and mami tak potong pun baju kurung, mami beli yang dah siap jer.

So a day before puasa, mami dan suami tercinta pergi la shopping mana2 yang patut. Belikan alya tudung, tudung-tudung mami and baju kurung mami. Kami shopping kat karamunsing coz disana memang banyak butik baju-baju kurung ni. Mami finally dapat sepasang baju kurung setelah penat berjalan mencari warna yang sama hehehhe sepasang baju kurung biru that cost me RM230.00 lumayan juga harganya kan...errrmmmm no choice!

After that, misi mencari tudung yang sepadan dgn baju kurung biru yang mahal tu wakakakakaka...tapi takda yang menarik hati kat karamunsing tu kalau bab-bab tudung. Stop and we go to 1Borneo Hypermall. Ahaaaa my favorite place...coz mami ada ternampak butik tudung kat sini memang cantik2 walaupun mahal la sikit. Then mami pun bagitau husband ada butik jual tudung cantik... mami direct pergi kat butik tu. Memang ada tudung yang cantik with the average price of RM50.00 sehelai. But husband kata pilih je la mana yang berkenan dia akan bayarkan...hehehehe terima kasih ayah! Tudung sahaja on that day mami spend around moreless RM200.00 coz banyak yg cantik-cantik dan yang paling penting puas hati dgn kualiti tudung tersebut.

After that, kami survey kasut raya untuk alya yang sesuai dgn baju kurung biru dia, we found one but we didn't buy it because nak cari lagi mana tahu ada yang lebih cantik and cute...btw, time ni mami dan husband jer yang keluar shopping coz alya kami tinggalkan dgn penjaga dia because this time alya kena cacar. Pengasuh dia cakap jgn bawa keluar jalan2 dulu nanti kena angin luar lambat sembuh. Kesian anak mami...

Setelah penat berjalan and shopping, baru terasa lapar. Kami berdua makan la kat homes di 1B tu. Ok la at least isi perut yang lapar ni...then continue utk cari bahan-bahan dan makanan utk berbuka nanti time puasa. Stop kat 1B keluar then pi ke pasaraya CKS dekat indah permai sini utk beli semua keperluan ramadhan. Alhamdulillah semuanya selesai and sampai rumah jam 5.00 petang. Penat..............ayah keluar ambik alya kat rumah pengasuh dia. Penat sangat and malam tak masak pun utk makan malam, kami masih kenyang. Alya pun tak makan nasi asyik makan roti and makanan lain...errmmmmm. Rehat and tidur zzzzzzz...

Alhamdulillah kesempatan yang Allah berikan sehingga ke hari ni...syukur ya Allah.






Savings......

Just savings....dulu mami menyimpan di ASB. Mami memang suka simpan duit kat ASB coz awal tahun ada bonus yang banyak..hehheehe. Untung..untung...untung...kan.

Tapi banyak cerita yang mami dengar bahawa hasil ASB ni tidak halal sepenuhnya. Means mereka niagakan duit kita ketempat-tempat yang tidak halal dalam islam. Memang ada fatwa dikeluarkan kononnya ASB ni halal, tapi rakyat for sure tak lah bodoh sangat. Yang pasti itu adalah arahan pihak kerajaan supaya rakyat tidak takut melabur dalam ASB...isn't it?

Then i was thinking...errrmmm hasil yang meragukan...then mami pun search la berabis kat internet. Found that memang ada hasil-hasil yang meragukan. So mami pun decide pindahkan semua duit mami dari ASB yang lumayan tapi tak halal dimakan hasilnya menjadi darah daging kita ke akaun baru iaitu TABUNG HAJI....lagipun nak kumpul dana extra untuk umrah better la mami menyimpan disini. Rasanya dgn simpanan yang ada mami dah boleh pergi umrah...tapi buat masa ni belum sesuai. Tunggu la pasti ada rezeki nanti...InsyaAllah!

Doakan yang terbaik.....