16/02/2016

February Birthday #throwback#




Month of February....birthday month our princess NUR ALYA FAIQAH 6 YEARS OLD!

Dua kali sambutan di tempat yg berbeza...first gambar kat atas tu di kampung dgn sponser KFC dari my elder brother, sambutan sederhana bersama sepupu2nya yg lain. Second, gambar bawah bertempat di rumah sis in law, kelatuan papar. Ada barbeque, makan2 dan bacaan doa selamat beramai2...terima kasih kepada sis in law dan suami. Ipar2 dan biras yg sudi dtg bergotong royong memeriahkan suasana dan juga hadiah2 yg diberikan.

Bertuah si kakak tahun ni "double" the cake...hehheee...yg penting dia bahagia.
Mami dah bagi hadiah in advance utk kakak sempat jg dia ambik utk adiknya...

Alhamdulillah ya Allah, terima kasih atas kelangsungan kehidupan kami di muka bumi ini. Terima kasih yg tidak dapat di ungkapkan dgn kata2 atas anugerah dan amanah yg ENGKAU berikan menjadi penyeri rumahtangga ini. Penyeri hidup ku sepanjang masa. Semoga Engkau merahmati,memayungi kami dgn segala rahmat MU dan bahagiakan lah keluarga kecil ini hingga ke Jannah -MU ya Allah...aamiinnn.

Demam si adik dan kakak

Demam.....

Minggu ni dua2 permata hati ni demam, batuk dan selsema. Bermula dari ayah demam, batuk dan tonsil sblm CNY. Ayah baik anak2 pula ganti kurang sihat.....

Minggu ni kakak ke sekolah husband yg hantar sbb si adik belum sihat seperti sediakala, si kakak baru panas badan semalam tapi berkeras jg nak ke sekolah. Terpaksa jg hantar sekolah, kalau tidak nanti dia akan nangis dirumah berjam-jam!!!

Seperti biasa, minggu persekolahan setelah habis seminggu cuti CNY...aku bangun seawal 5am, buatkan bekal utk suami bawa ke sekolah, siapkan si kakak yg akan ke sekolah...si adik kurang sihat. So terpaksa kakak ikut ayah ke sekolah, pulang aku yg akan ambik mcm biasa.

Seperti hari2 yg lalu...jam 6am aku lebih suka keluar ke beranda rumah...menikmati suasana sejuk semula jadi sambil berkipas tangan...tambah sejuk, tambah nyaman. Menghirup udara pagi....alhamdulillah sungguh nyaman dan menyegarkan...
Duduk2 di luar beranda sampai sejuk subuh tu hilang....

Minum segelas air suam....sebagai permulaan pagi. Sediakan sarapan pagi utk diri sendiri dan si adik...makan sarapan. Mandikan adik dan berehat sekejap sblm bergerak ambik kakak pulang sekolah jam 11am..tu pun kalau cikgu dia tak call suruh ambik awal sbb si kakak tidak sihat.....

Ya Allah, Ya Tuhan ku..sembuhkan lah anak2 ku seperti sediakala. Kurniakan lah olehmu mereka kesihatan yg baik, sembuhkan lah dari segala mcm penyakit...panjang umur mereka, murahkan rezeki mereka serta rahmatilah perjalanan kehidupan anak2 ku Ya Allah...aamiinn ya rabbal a'alamin.

03/02/2016

IBU MERTUA KU

Aku tidak pernah cuba memisahkan seorang anak lelaki dgn ibunya...dia anak lelaki walau dia suamiku, ayah kepada anak2 ku namun SYURGAnya tetap ada pada ibunya....ibunya hanya satu2nya didunia ini. Yg mengandungkannya, melahirkannya dan membesarkannya...redha ibunya adalah redha ALLAH kepadanya. Ibunya adalah sumber berkatnya rezekinya....

Namun, setelah direstui si ibu akan jodoh anaknya bersama kita mengapa kita menjadi "pemusnah" menghalang anaknya berbakti kepada ibunya?? Si ibu ini sdh tua, ajal menjemput bila2 masa. Berilah dia kesempatan yg masih ada selagi si ibu masih bernyawa utk berbakti kepadanya...kenapa kita tidak mengenang jasa2 si ibu yg pernah dicurahkan kepada kita? Walau hanya sedikit, namun dia sdh lama menempuh ranjau kehidupan dari kita. Dari kesusahan kepada kesenangan....

Hakiktnya, dia lah yg bersusah payah menjaga aku berpantang melahirkan dua cucunya...walaupun caranya kolot dan kadang2 kurang diterima pakai, tapi dia lah yg menjaga aku...mengurut, menyediakan herba mandian berpantang..malah sampai sekarang dia lah membawaku berubat,berurut sekiranya aku mengadu kurang sihat,perut sakit dan sebagainya...

Setelah arwah bapa mentua pergi, dia keseorangan. Dia memecahkan kesunyiannya dgn melawat anak2nya...tinggal seminggu dua bersama.
Namun sesetengah orang amat mengecewakan, bila si ibu datang melawat si anak lelaki, ditinggalkan pula sendirian dirumah...kenapa tidak tahu bersyukur? Dia sdh merestui kita hidup bersama anaknya, kenapa kita tidak membalasnya dgn sedikit kebaikan? Ingattt...apa yg kita lakukan pada dia hari ini, sedar kita ini ada anak2 juga...suatu hari nanti ALLAH akan merasakan kita benda yg sama malah mgkn lagi dahsyat dari apa yg kita lakukan...

Semejak bapa mertua pergi....tinggal ibu mertua menumpang teduh dirumah anak2nya. Jika ALLAH memberikan usia panjang inshaaAllah kita akan merasa betapa sunyinya jika teman hidup sdh tiada dan hanya pada anak2 kita menumpang kasih. Dunia ini bulat, berpusing atas paksinya..berbuat baik kepada yg tua tidak akan merugikan kita malah kebaikannya akan kelihatan di belakang hari.

Dia (ibu mertuaku) walau mulutnya boleh tahan bisingnya..dia membebel hanya kerana nasihat... jgn tinggalkan solat, didik anak2 mengaji dan menutup aurat,berjimat cermat dlm kehidupan dan jgn membazir. Siapa lagi didunia ni yg memberikan aku nasihat begini selain dia...seolah2 dialah tempatku menumpang kasih.

Diketuk kepala ini...agar tidak menyesal kemudian hari. Kerana aku sdh mula melihat mereka yg pernah berkata dan berdoa agar "sesuatu" tdk terjadi dlm keluarga mereka, namun apa yg mereka doakan "sesuatu" itu terjadi juga di dalam keluarga mereka. Mereka benci kepada kebaikan...akhirnya mereka juga "terhutang"kebaikan kepada yg lain. Makanya, hidup ini harus mengikut pemikiran yg waras bukannya mengikut rasa dan kehendak hati....


29/01/2016

Jumaat yg Mulia

Bkn saja emak yg kata...malahan org lain juga sependapat seperti ini....

Alhamdulillah...Jumaat yg Mulia. Bersyukur masih dipinjamkan nyawa menghirup udara segar dunia pinjaman sementara ini. 

Diri jauh dari sempurna celanya ada dimana2 tapi berusaha memperbaiki cela yg ada agar tidak meninggalkan bekas bila sdh tiada. ALLAH Maha Penyayang...sesesat mana pun manusia, sejahat mana pun kita hidup didunia...ingat! Allah Maha Pengampun atas segalanya. Selagi di beri peluang rebutlah peluang yg ada memperbaiki keburukan kita. 

Didunia mmg tidak terasa, kerana semuanya jadi indah...tidak pernah solat balasannya di alam barzakh. Manusia tiada yg sempurna..percayalah. Maka lakukan sedikit demi sedikit perubahan, didik hati dgn kebaikan. Mulakan dgn menutup aurat dgn sempurna, dirikan solat walaupun terpaksa..kerana membuat suatu kebaikan mmg selalunya ada keterpaksaan...didik hati teguhkan iman. Tiada yg akan menjamin kita di alam kubur melainkan amalan kebaikan kita diduni, solat kita, amal jariah (sedekah) kita dan anak2 yg SOLEH DAN SOLEHAH yg kita tinggalkan. Oleh itu,didik lah anak sebaik mungkin mengenal Allah, kenal tikar sembahyang,kenal Al quran....kerana anak2 yg didik menjadi soleh akan mendoakan kita di alam barzakh kelak....

Aku juga bkn insan sempurna...tapi jauh disudut hati ini, akan ku perbaiki segala cacat cela yg ada....akan ku berusaha menjadi muslimah sejati. Hidupku utk Tuhan, suami dan anak2 ku.....kerana mati itu tdk mengenal sihat atau sakit tua atau muda...sampai masanya pergi jua. 

Biar hidup ini meninggalkan sejuta kebaikan dlm amalan, sebagai bekal ke alam yg kekal...

Dunia ini sementara....kita tinggalkan harta yg ada. Tambahan lagi harta yg tak memberikan kebaikan kepada kita...

Wallahu a'alam bisawab...

23/01/2016

Zaman serba menakutkan


Buka FB....mcm2 kes berlaku, mcm2 perkara yg tak disangka terjadi,tu belum lagi cerita pasal kegawatan ekonomi yg semakin menekan rakyat di kala ini, dgn kepimpinan pakjib yg gagal menstabilkan ekonomi Malaysia sampai nak naik ke DG44 pun di tangguhkan.....apalah nasib....


Disini setiap minggu kat newsfeed ada saja kes culik, kes ragut dan mcm2 lagi kes terjadi. Baru2 ni kes culik melibatkan seorang nurse di depan suria sabah jg kemalangan melibatkan 3 buah kereta yg melibatkan penculik. Tak tahu nak kata apa, zaman skrg ni semakin lama semakin menakutkan. Rakyat hidup semakin terdesak sanggup melakukan perkara yg boleh membahayakan org lain....sangat kecewa dgn pemerintahan pemimpin masa ini rata2 bodoh dan bengap mengeluarkan kenyataan yg tak masuk akal...diketuai pula pemimpin yg mmg haprak ikut telunjuk bini boros mcm berukkkk.....errrmm salah satu tanda-tanda kiamat dah nak dekat.

Sekarang nak bawa anak2 jalan-jalan kat mall pun rasa risau, risau yg mcm2 boleh dibayangkan....akhirnya duk rumah sahaja. Sediakan segalanya kat rumah, bilik tempat bermain, aktiviti mewarna kat rumah dan mcm2 lagi....nak bawak keluar risau tambahan pula dgn cuaca panas melampau skrg ni...kesian anak-anak, baik duk rumah saja. Sediakan makan and spent time together gether....lagi bermanfaat dan bahagia. Syukur alhamdulillah....

Now, kena creative buat aktiviti di rumah pada hujung minggu sbb anak2 cepat bosan duk rumah bila hujung minggu...nak bawa berjalan2 aduiiiii mcm phobia aku ni....


19/01/2016

Cinta Hati Mami dan Ayah



Si Kakak dan Adik...gambar lama. Dua anak yg comel anugerah Allah SWT kepada kami. InshaaAllah akan melaksanakan tanggungjawab kami sebaik-baiknya...kurniakan kami kekuatan ya Allah dlm mendidik danmenjaga amanah yg tak terhingga ini. Mereka lah penyeri kehidupan rumahtangga ini...gelak ketawa tangis duka mewarnai kehidupan kami suami isteri dgn kehadiran dua permata ini.

Si kakak dah besar dan bersekolah di Pra Sekolah berdekatan si adik belum cukup umur ke sekolah hanya cukup umur ke taska sahaja,,,but sorry mami are fulltime housewife..so mami yg akan jaga anak-anak mami no need go to taska only need go to school for education.

Umur mami pun dah nak expired masuk kerja ke sector kerajaan, nampaknya mmg tidak akan ada peluang mami berkerja di sektor kerajaan seperti ayah....well, mami redha, Hanya pinta mami kepada yg Maha Kuasa semoga dimurahkan rezeki keluarga kita ini utk kelangsungan sisa-sisa hidup di dunia ini.

Anank-anak ku tiada yg boleh diberikan semewah mahligai indah, hanya kasih sayang mami dan ayah yang takkan pernah padam sehingga ke akhir hayat kami utk kamu berdua. Kami berikan apa yg termampu kami kepada kamu agar kamu sama seperti kanak-kanak lain di sekelilng kamu. Kami mencuba agar tiada setitik pun kekurangan atas keperluan kamu dlm kehidupan ini.

Doa mami semoga kamu membesar menjadi anak-anak yg berguna dan berjaya, menjadi anak yg sihat dan sempurna berakal dan pandai serta alim dan beramal,di panjangkan usia di sihatkan tubuh badan disembuhkan segala penyakit dimurahkan rezeki dipermudahkan perjalanan dlm kehidupan di perbaikkan jodoh serta menjadi anak- anak yg soleh dan solehah..aamiinn!!!

Nur Alya faiqah & AdamHaikal...
Kasih ayah hingga ke hujung nyawa,
Kasih ibu membawa ke syurga anak-anak ku....

Rasa hati Ini..



Alhamdulillah bersyukur pada ALLAH SWT atas nikmat dan kelangsungan hidup kita pada hari ini atas izin-NYA. Semoga hari-hari yg mendatang akan lebih baik dan lebih bermakna buat kita semua..

Cuaca mmg agak panas disini ekoran el nino yg dilaporkan terkuat sejak 1998 berlaku lagi dari Jan - Mac 2016 ni. Mmg berpeluh2 setiap hari peluh yg luar biasa awal pagi pun yg sepatutnya sejuk nyaman rasanya sudah terasa panas. Apatah lagi matahari naik ke tengahari....bahang sgt terasa terpaksa juga on aircond dalam rumah sbb peluh mencurah2 mcm air hujan heheheee....cobaan, panas dunia. Peringatan akan panasnya api neraka lebih dasyat dari ini...

Senyum tak perlu kata apa-apa.....

Senyum dan redha...fahami ini adalah rencah kehidupan yg telah Allah susunkan buat kita penghuni alam. Sama seperti org lain...aku juga mencuba yg terbaik memperbaiki diri ini, dari seorang yg sgt payah dan malas menunaikan solat lima waktu, aku didik hati ini utk cuba lakukan solat lima waktu itu tanpa tertinggal satu waktu pun. Yes..am trying harder sbb aku bukannya membesar dgn persekitaran solat lima waktu sehari. Aku mencuba sebaik-baiknya, walau berat dan payah tapi aku paksa, ya mmg yg baik itu kita kena paksa diri utk melakukannya dan even dalam keterpaksaan itu aku kihlas melakukannya kerana aku mahukan perubahan dlm catatan hiudpku...aku adalah contoh kepada anak-anak ku..mereka cenderung mengikut apa yg aku lakukan...aku solat makan mereka pun solat. Suami ku yg tak pernah tinggal solat tidak pernah menjadi ikutan anak-anak. Pelik kan???? itu lah namanya pengaruh ibu itu lebih besar dari ayah dalam sebuah institusi keluarga...baik acuan si ibu maka cantik lah hasilnya buruk acuan si ibu makan celanya hasilnya...

Selagi bernyawa dan diberikan kesihatan yg baik...inshaaAllah akan ku didik anak2 ini agar menjadi anak2 yg soleh dan solehah anak2 yang bakal berjaya ilmu dunia dan ilmu akhirat. 
Kerana merekalah saham aku dan suami bila kami sudah tiada lagi di dunia ini...mereka lah harapan kami mendoakan dan memberi pahala bila mana badan sudah kaku di timbus tanah, putuslah dan tinggal lah segala yg ada didunia. Hanya amal ibadah, sedekah jariah dan doa dari anak yg soleh. 

Bila difikir-fikirkan dunia ini..tiada apa yg kekal. Sihat walafiat tidak menjanjikan kita akan melihat sang mentari keeseokan hari manakala sakit tidak memutuskan kita akan pergi selagi ada usaha dan tawakal yg boleh menyembuhkan dgn izin Allah..

Dalam meneruskan kehidupan di muka bumi Tuhan ini aku fahami dan mnegerti..HIDUP  JANGAN TERLALU CEREWET. Hidup seadanya, terima apa ada seadanya dan mensyukuri nikmat yg diberikan tanpa membazirkannya. Maka Allah SWT akan lebih merahmati kehidupan kita....

Aku belajar menerima apa yg aku ada, apa yg aku tiada aku tdk pernah terfikir utk mengejarnya. Kerana aku tahu mana kaca mana permata yg boleh menjamin ku di alam barzakh bukannya yg mengangkat ku di alam dunia yg menyaksikan kehidupan itu sia-sia tanpa SOLATnya..