05/03/2012

Penakut ; (

Salam...hari ini dan waktu ini adalah bulan March. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT sekali lagi, kerana diri ini masih bernafas dan masih disini di dunia ini seperti sediakala. Menyambung sisa-sisa nafas ini dan mencari rezeki buat keluarga tercinta...:)

Hari demi hari, hari semakin jauh berubah, kadang2 mummy dapat rasakan mala petaka hampir tiba cuma waktu yang akan menentukannya...

Pada minngu lepas, Khamis 29th February 2012 tepat jam 1.30am..mummy terbangun sebab terdengar bunyi yang sangat kuat. Mummy tersedar saat bunyi itu masih jauh namun lama kelamaan semakin dekat dan bunyi seakan-akan kapal yang nak melanggar bangunan tempat mummy tinggal. Jet pejuang terbang rendah di atas bangunan, bunyi yang amat kuat sampai Alya mummy terkejut dan terus buka mata. Mummy lagi la terkejut, sewaktu bunyi itu amat kuat pada fikiran mummy kapal itu akan melanggar bangunan..mummy fikirkan Alya dan diri mummy sendiri seandainya mati pada waktu itu?? AMAL & IBADAT mummy belum cukup tuk dibawa pulang menghadap Allah SWT.
Tapi selepas jet pejuang tu lalu,mummy berlari ke jendela rumah and suasana kembali sunyi walau bagaimana pun seluruh penduduk bangunan perumahan dikejutkan dengan bunyi itu dan kanak-kanak berlari2 di bawah ketakutan pada jam 1.30AM tersebut!

Mummy jadi seolah-olah trauma dgn bunyi tu...mummy tak dapat tidur sampai jam 2.00am mummy takut2 jet pejuang tu pusing balik dan hentam bangunan perumahan tempat mummy tinggal. Tapi sampai 2.30am no more that scary sound! So mummy cuba2 kan diri tuk tidur. Keesokan paginya...Alhamdulilah tiada apa2 berlaku and mummy still dalam ketakutan. Mummy cakap ngan hubby minta hantar ke kampung bawa Alya sekali coz mummy takut nanti malam bunyi tu ada lagi..oh sungguh menakutkan mummy!!!!Finally, kami bermalam kat kampung on that night sebab terlampau takut....hehehehe.

Dan staff mummy cakap itu adalah jet pejuang dari Labuan...but why terbang rendah and tengah2 malam mengejutkan rakyat jelata at Sepanggar ? Mummy just takut itu adalah jet pejuang asing yang mencuri masuk ruang udara Malaysia dan terbang rendah supaya tidak terkesan radar! errrmmm entah la but could be!

Mummy berdoa kepada Allah SWT agar keluarga mummy di jauhkan daripada segala malapetaka didunia dan diakhirat nanti. Amin....

No comments:

Post a Comment