27/03/2012

Sedarkan aku wahai Tuhan...

Mengejar keseronokan dunia....alahai takkan ada penhujung dan penamatnya melainkan berlakunya kiamat!

Lumrah manusia dan kehidupan tidak pernah berpuas hati dgn apa yang mereka ada, sentiasa perlukan sesuatu yang baru dan kunun2nya 'updated". Tambahan lagi dgn dunia sekarang yang semakin moden dan semakin canggih, menghasilkan pula pelbagai barangan yang memang berteknologi secanggih-canggihnya. Sehebat mana dan secanggih mana pun ia, tetap tidak dapat mengatasi ilmu ALLAH SWT.

Oleh itu dekat kan lah diri kita ini sedekat-dekatnya dgn Allah, baca la Al-Quran setiap hari atau bila ada kelapangan. Peringatan ini jg khas buat mummy, dah berapa weeks dah mummy tak baca al-quran selepas solat. Normally, hubby akan ajak baca al-quran selepas solat maghrib sementara menunggu waktu isya'...syukur alhamdulillah dapat suami macam ni. Semoga ayah, panjang umur, sihat selalu dan murah rezeki dan jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga...Amin!

Semoga masih ada peluang dan waktu buat mummy memperbaiki diri mummy dan menambahkan amal ibadat mummy. Mummy juga ingin selalu bersedekah tak kira apa pun makanan atau wang ringgit serta pakaian kepada yang memerlukan. Bukan apa, pahala dari sedekah ini la bekalan kita ke kubur nanti. " Bersedekah untuk mendapatkan redha Allah SWT selagi mampu, orang yang bersedekah tidak akan miskin..malah pasti ada rezeki buatnya dimana - mana daripada Allah SWT.

Begitu juga dgn niat mummy, nak bersedekah kepada yang memerlukan, Harta bukan di bawa mati,wang ringgit juga akan tinggal di dunia ni. Hanya 3 perkara yang akan bersama kita di kubur nanti...1. Doa anak yang soleh ( mudah-mudahan anak ku menjadi anak yg solehah..amin ) 2. Amal jariah ( segala sedekah & kebaikan yang pernah kita lakukan semasa hidup) 3. Ilmu yang diberikan/ diajar kepada org lain, dan digunakan ke jalan kebaikan.

Semoga kami sekeluarga dirahmati Allah SWT...dan sesungguhnya yang buruk itu dtgnya dari mummy dan segala yang terbaik itu datangnya dari Allah SWT. Sekian...

23/03/2012

Tonight...

Will be at home only with Alya coz hubby went for "Kem Kecemerlangan UPSR" at school and stay a night. Sebenarnya, mummy takut nak stay rumah tanpa hubby, ye la mummy mahu apa pun terjadi kami sekeluarga sentiasa bersama. Mummy jadi risau pulak...

Tapi at the same time mummy kena faham juga tugas ayah sebagai seorang guru dan mencari rezeki utk kami sekeluarga. Mummy doakan semoga ayah selamat dan dilindungi Allah SWT sentiasa.

Pasal Alya lagi satu hal...dia mesti cari ayah dia time nak tidur. Tambahan lagi waktu malam...alahai cmana la mummy mo kasi tidur dia ni tanpa ayah dia!! pening mummy memikirkan...

Actually, mummy ada plan B. Mummy nak tumpang stay kat rumah kakak mummy at Putra Jaya malam ni. Memang leceh dan kurang selesa juga la stay rumah org ni, tapi apa boleh buat..terpaksa!
Esok pagi pulang la.. mummy kena kerja and Alya will be sent to her nanny...tengahari hubby datang ambik. Mesti dia rindu ayah dia...kesian Alya!

Tak tahu skrg pun tgh blur-blur...hopefully Allah SWT melindungi kami sekeluarga! Amin....

22/03/2012

Hati berbunga....

First time in this year, mummy sampai office dgn hati yang berbunga ceria. Bukan kerana gembira tapi mummy realize that i'm still love my table in here Nexus Resort & Spa, Karambunai!

Mummy realize that hati mummy memang disini dan mummy mahu terus berada disini selama yang boleh InsyaAllah...apa yang mematahkan semangat mummy disini hanya la gaji yang tak pernah naik dan tiada bonus utk pekerja selama 5 tahun mummy berkhidmat di hotel ini. Tapi bila menyedari itu bukan la yang utama dan penting, walaupun ia dinanti-nantikan oleh semua warga hotel ini setiap tahun namun mummy masih bersyukur punya pendapatan bulanan yang tetap at least boleh juga mummy buat simpanan bulanan utk kegunaan masa hadapan. Dengan jarak yang hanya 10-15 minit sahaja dari rumah mummy membuatkan mummy selesa sgt pergi kerja dan fuel pun tak banyak pakai only 2 bar of fuel for 6 days mummy kerja...jimat kan? compare kerja di KK dgn keadaan yang sesak time pergi kerja and pulang kerja moreless budget fuel sebulan RM300.00. Tapi disini rasanya RM100 kot sebulan hahahaha. Syukur la berpatutan dgn gaji bulanan mummy. Lagi pun bukan mummy yang isi minyak hubby yang isi every week and mummy tahu pakai ja!!!

Oleh itu, mummy decide to stay here as long as i can...only will resign bila masa dah sesuai nanti. Bila dah duk rumah and tak kerja only jaga anak. Mummy nak luangkan everyday mummy beribadah kepada Allah SWT di samping buat la apa yang perlu sebagai suri rumah. ( ermm menyampah juga tiada pendapatan bulanan sendiri, tapi takpa la yang penting sentiasa berada disamping keluarga tersayang sebelum ajal tiba memisahkan kami selamanya ..sedih :(((  )

20/03/2012

Malas...

Itu la perkataan yang paling sesuai setakat ini untuk menunjukkan betapa tiada moodnya mummy berkerja pada ketika dan saat ini, tambahan pula dgn batuk+kahak and selesema ni ( aduyaiii ) letih tarik2 mulkus ni hahahahha...

Sebenarnya mummy takda mood dah kerja kat company ni lagi, tapi mummy have no choice. Kena hadapi juga semuanya walaupun keadaan company ni mcm dah nak masuk kubur!

Reasonnya, kerja kat sini takda traffic jam mcm di KK, pergi kerja relax je tanpa stress driving hehehehe. Sempoi jer kerja mummy, bukannya banyak pun, tepat jam 5.30 boleh la pulang! Tapi entah kenapa mummy getting bored dah ngan duty mummy ni maybe almost 5 years tiada apa2 kenaikan gaji/pangkat kat sini buat mummy rasa semakin meluat nak buat kerja elok-elok!

Actually bos mummy semuanya baik2 belaka, tiada seorang pun yang tak baik melainkan semuanya baik - baik belaka. Cuma company ni dah semakin bankrup!
Tapi mummy cuma set one thing on my head that selagi company ni mampu bayar service point and gaji staff on time...mummy teruskan la berkerja seperti biasa walaupun tak seindah yang dulu. Ramai juga yang masih di sini for 10 years already, so mummy belasah jak la selagi masih ada kerja dan pendapatan bulanan compare to orang lain yg takda kerja...mummy rasa mummy masih bertuah pada masa ini.

Ada juga peluang pekerjaan yang baru (swasta ), tapi mcm hubby dah tak berkenan if mummy pindah ke tempat kerja lain selagi masih dalam perkhidmatan swasta dan tempat kerja at KK sana! Tak berbaloi kata hubby if gaji RM1500++ sahaja, unless gaji offered RM2500++. Ye la cover makan and fuel lagi sdh berapa RM. So kerja kat bandar ni kena la dapat gaji yang tinggi sikit.

So mummy ikut je la keputusan hubby sayang ni...yang penting kami bahagia dunia and akhirat! Amin...

Tak Sihat...

Mummy kurang sihat, sejak Alya keluar wad mummy pulak ganti sakit. Package..ada selesema, batuk and sakit kepala. Syukur masih boleh bertahan....tapi nampaknya mcm tak boleh tahan dah ni kena makan ubat juga la ceritanya.

Batuk berkahak memang langsung tak membuat mummy selesa, hidung tersumbat dek selesema also buat mummy berat kepala, rasanya nak lay down ja and tido.

Tapi mummy malas nak tambah cuti2 lagi, Alya warded mummy dah ambik cuti if kali ni mummy ambik cuti mcm tak nak kerja dah pulak. Nanti bos sangka lain2 pula ( pemalas )!

Takpa la biar kurang sihat ni datang je la pergi kerja, biar mereka lihat sendiri and biar virus ni merebak kat dorang hahahahahahaa...suka..suka..suka!

So as for now, mummy kerja jer la selagi terdaya, kalau dah betul2 tak leh bangun baru mummy cuti. Semoga mummy cepat sembuh dari demam+selesema + batuk kahak ni. Amin...

15/03/2012

Alya Warded :(((

Salam...

Sejak fever for 5 days, Alya semakin lemah mummy nampak, tak cergas asyik terbaring jer tak nak bangun dan bermain mcm biasa and mata kuyu. Mummy dan ayah sgt risau.

Oleh kerana demam Alya yang tak turun2. mummy and ayah decide to go to the clinic again on 9th Mar at 5.50pm ( Klinik Sihat ) disebabkan demam panas so the doctor suggest that we should refer to Hospital Likas HWKKS. Doctor siap kan surat utk kami bawa ke Hospital Likas. Oleh kerana berat hati nak gi Hospital ayah decide we just go home and see how her condition tonight.

On the morning of Saturday 10th, Alya still panas badan. Ayah bangunkan mummy dan mummy bersiap2 dgn cepat utk ke Hospital Likas ( Emergency Unit ). Mummy tak sanggup dah tgk anak mummy lemah tak bermaya. Sampai emergency unit Alya diberi makan paracetamol syrup and pegawai perubatan said she got rapid breathing.

Follow the procedures, kami jumpa doctor, X-ray Alya and finally doctor said ada kuman kat paru2 dia because of the fever and cought. We decided Alya to be warded demi keselamatan & kesihatan anak mummy.

Wad pertama kami Wad melur 1, bilik 2. Oh my God so crowded and scary! Alya sendiri pun takut nak masuk and baring kat katil dia. Bila lihat keadaan yang mcm tu mummy and ayah decide to transfer to Damai DSC. Discuss with the doctor, but the doctor refuse to let us transfer immediately! Mummy a bit frust at the first place so as ayah...kami mahu yang terbaik dan selesa buat Alya.

Finally, kami hanya terpaksa rela that Alya will be warded here. After that kami pindah wad lagi wad melur 1 , bilik No. 8 la pulak! Adoyaaaiiii kalau mcm ni pindah2 mcmana nak selesa anak mummy nak rehat. Two days juga kat bilik no.8, after Alya dah getting better kami di pindah kan pula ke wad Melur 2, bilik no.4..lagi la tak selesa coz katil Alya kat tengah2 bilik..(apa dah!!)..and again redha jak la yang penting Alya cepat sembuh..Amin.

After 3 days warded, banyak yang mummy realize dan fahami bahawa HWKKS ni getting better in their services.

1. )  First day alya warded, mereka terus buat procedure, ambik darah and "set line" utk masukkan antibiotik and air ( but alya tak masuk air ).
2. )  Mummy perasan that rawatan yang diberikan amat lah consistent, ikut masa dan sentiasa ada, boleh dikatakan rawatan mereka 24 jam sampai ke pagi Alya sentiasa di periksa dan diberikan ubat mengikut masa yang ditetapkan.Tak payah panggil2 doktor tuk periksa mcm kat hospital swasta ( doktor on call ).
3. ) Doktor sentiasa ada, sentiasa bersedia unless doktor pakar. Doktor pakar ramai kat QEH, but some of them also here maybe ikut giliran mereka kot. Coz everyday mummy nampak mesti ada  1 - 2 persons of doktor pakar standby.
4. ) Makanan pun getting better and ada taste...hehehehe. Mummy yang makan.
5.) Nurses and doktor pun very friendly..dan mereka sentiasa membantu setiap keperluan pesakit setiap masa.
6.) Personally, mummy sgt2 senang dan berterima kasih kepada semua nurse2 dan doktor2 yang merawat Alya selama 3 hari di wad kanak-kanak HWKKS ini. Terutama doktor ALLYSON, she's so humble, sgt peramah dan dia yang menerangkan segalanya tentang Alya kepada mummy. Alhamdulillah Ya Allah semuanya selamat..syukur!

Finally, on Monday 12th Alya discharge on 6pm. 1 Hari tunggu keputusan darah Alya..mummy dan ayah sentiasa berdoa moga tiada apa2 jangkitan kuman. Alhamdulillah keputusannya sihat dan selamat. Syukur ya Allah, kami dibenarkan pulang dan diberikan ubat antibiotik 3 botol and 1 botol ubat utk pernafasan Alya ( takut batuk may cause her sesak nafas ). Mummy amat bersyukur kepada Allah segalanya selamat dan kami boleh pulang kerumah and mummy nekad akan berikan Alya semua ubat yang diberikan mengikut masa yang di tentukan...mummy tak mahu lalai2 kan ubat lagi. Cukup la pengalaman yang manis and pahit ini sekali sahaja disepanjang hayat Alya!

Today, Alya getting better and bermain seperti sediakala and ceria. Ya Allah, mummy amat2 bersyukur kepada Allah atas kesihatan yang diberikan buat Alya dan kami sekeluarga. Mummy sentiasa berdoa agar kita sihat, panjang umur dan murah rezeki serta dilindungi dari segala penyakit dan malapetaka didunia ini. Amin....

Wassalam....

09/03/2012

Alya Demam :((((

Sedih sangat bila tgk Alya menangis2 demam. Masuk hari ni dah 5 days Alya demam. Panas badan + batuk + kahak and selesema!! Aduhaiii kesian sgt2 anak mummy ni. Malam jer mesti suhu badan dia naik, day time kurang sikit. Tapi batuk tu betul2 menganggu keselesaan Alya, dia tak mahu minum air,susu and makan. Mummy and ayah sangat risau kan Alya.

Ubat klinik dah bagi but sometimes mummy takut ter "overdost" pula. Ye la Alya baru 2 tahun, mesti badan dia belum mampu menampung jumlah atau dost ubat yang banyak ( wlaupun tak banyak actually ).

Panas badan, Alya mcm teething! Coz mummy can see gigi kat belakang tu baru nak keluar (errrm gigi geraham ) tgk punya tgk rupanya gigi Alya ni belum tumbuh habis semuanya. Yang kat belakang2 tu still kosong...alahai alamatnya beberapa kali la anak mummy ni akan demam nanti time teething!!

Batuk..Alya terganggu sepenuhnya. Malam tido pun kalau terbatuk mesti dia menangis, ubat antibiotik & pecah kahak dah bagi. Semalam dia muntah lagi, banyak looks like mcm lendir2 keluar bersama muntah..syukur la yang penting tekak anak mummy selesa.

Sekarang ni pun dia masih tak bermaya, nak bawa ke klinik sekali lagi nak check tekak Alya takut bengkak di dalam,coz Alya tak nak menyusu and minum air!
Terpaksa mummy paksa dia minum guna "penyuntik ubat"! hahahahhaaa...

Tadi Ayah dari sekolah gotong royong before cuti sekolah...ayah ada belikan dia bubur McD. Alhamdulillah dia makan sikit-sikit and minum air. Syukur yang penting dia isi perut tu...mummy risau sangat2.

Petang ni ayah will bawa Alya jalan - jalan kat luar, biar dia segar and cergas sikit. Mummy baru call dia tgh tidur after makan biskut sikit and minum air.

Semoga anak mummy cepat sembuh sayang...Ya Allah Ya Tuhanku, KAU lindungi dan sembuhkan la dia anak ku.. Jadikan la dia anak yang sihat dan sempurna berakal dan pandai serta alim dan beramal, panjangkan la umurnya serta murahkan la rezeki di sepanjang kehidupannya...Amin Ya Rabb..

05/03/2012

Alya Sayang : )

Syukur yang tak terhingga sekali lagi kepada Allah SWT kerana kurniaanNya yang tak terhingga dan DIA Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Syukur Ya Allah, atas kesihatan yang Engkau berikan kepada kami sekeluarga terutama kepada puteri kesayangan mummy..Nur Alya Faiqah!

Hari demi hari Alya semakin petah bercakap..Alhamdulillah! Dia dah pandai nyanyi sikit - sikit and dah pandai bercerita dengan Ayah. Hehehehe...entah apa yang dia gomelkan mummy pun kadang tak faham tapi syukur la at least ada peningkatan tumbesaran dia. Cuma yang mummy risaukan sekarang ni berat badan Alya tak pandai naik-naik asyik 10kg sahaja dari 1 tahun 8 bulan sampai la 2 tahun. Errrmmm coz Alya tak berselera sgt makan tapi kuat menyusu.

Kadang2 dia minta mummy nyanyikan untuk dia but then dia ikut nyanyi sama2...funny tapi mummy terhibur mendengarnya...kalau dahulu lagu2 dia..Old Mcdonald, Baba black sheep, Row -Row, 3 blind mice, twinkle-twinkle,pussy cats but now lagu dia "IBU"..ibu-ibu engkau la ratu hati ku..hehehe sweet jer dengar dia nyanyi rasa terharu pun ada coz anak mummy dah pandai nyanyi lagu IBU but mesti dia tak faham maksud ibu coz dia panggil mummy dgn panggilan "MUMMY"! wahahaha..takpe la nanti besar sikit dia faham la tu!

Apa pun mummy amat bersyukur, mummy amat bersyukur atas kesempatan yang ada pada waktu ini. Sesungguhnya tiada lain niat mummy melainkan memanfaatkan masa dan kesempatan yang ada bersama keluarga dan menambahlan AMAL & IBADAT mummy yang belum cukup ni. Mummy takut tak tertanggung dosa-dosa yang lalu dan terjawab soalan kubur nanti...sesungguhnya mummy tak pernah putus berdoa kepada ALLAH SWT semoga diri ini dan keluarga diberikan keampunan atas segala kejahilan masa lampau dan diberikan kesihatan dan umur yang panjang..

Sesungguhnya..tiada yang kekal didunia ini melainkan di AKHIRAT nanti! Biar la mummy miskin didunia ini asalkan mummy tidak miskin dan hina diakhirat nanti...InsyaAllah!

Penakut ; (

Salam...hari ini dan waktu ini adalah bulan March. Alhamdulillah syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT sekali lagi, kerana diri ini masih bernafas dan masih disini di dunia ini seperti sediakala. Menyambung sisa-sisa nafas ini dan mencari rezeki buat keluarga tercinta...:)

Hari demi hari, hari semakin jauh berubah, kadang2 mummy dapat rasakan mala petaka hampir tiba cuma waktu yang akan menentukannya...

Pada minngu lepas, Khamis 29th February 2012 tepat jam 1.30am..mummy terbangun sebab terdengar bunyi yang sangat kuat. Mummy tersedar saat bunyi itu masih jauh namun lama kelamaan semakin dekat dan bunyi seakan-akan kapal yang nak melanggar bangunan tempat mummy tinggal. Jet pejuang terbang rendah di atas bangunan, bunyi yang amat kuat sampai Alya mummy terkejut dan terus buka mata. Mummy lagi la terkejut, sewaktu bunyi itu amat kuat pada fikiran mummy kapal itu akan melanggar bangunan..mummy fikirkan Alya dan diri mummy sendiri seandainya mati pada waktu itu?? AMAL & IBADAT mummy belum cukup tuk dibawa pulang menghadap Allah SWT.
Tapi selepas jet pejuang tu lalu,mummy berlari ke jendela rumah and suasana kembali sunyi walau bagaimana pun seluruh penduduk bangunan perumahan dikejutkan dengan bunyi itu dan kanak-kanak berlari2 di bawah ketakutan pada jam 1.30AM tersebut!

Mummy jadi seolah-olah trauma dgn bunyi tu...mummy tak dapat tidur sampai jam 2.00am mummy takut2 jet pejuang tu pusing balik dan hentam bangunan perumahan tempat mummy tinggal. Tapi sampai 2.30am no more that scary sound! So mummy cuba2 kan diri tuk tidur. Keesokan paginya...Alhamdulilah tiada apa2 berlaku and mummy still dalam ketakutan. Mummy cakap ngan hubby minta hantar ke kampung bawa Alya sekali coz mummy takut nanti malam bunyi tu ada lagi..oh sungguh menakutkan mummy!!!!Finally, kami bermalam kat kampung on that night sebab terlampau takut....hehehehe.

Dan staff mummy cakap itu adalah jet pejuang dari Labuan...but why terbang rendah and tengah2 malam mengejutkan rakyat jelata at Sepanggar ? Mummy just takut itu adalah jet pejuang asing yang mencuri masuk ruang udara Malaysia dan terbang rendah supaya tidak terkesan radar! errrmmm entah la but could be!

Mummy berdoa kepada Allah SWT agar keluarga mummy di jauhkan daripada segala malapetaka didunia dan diakhirat nanti. Amin....