27/03/2012

Sedarkan aku wahai Tuhan...

Mengejar keseronokan dunia....alahai takkan ada penhujung dan penamatnya melainkan berlakunya kiamat!

Lumrah manusia dan kehidupan tidak pernah berpuas hati dgn apa yang mereka ada, sentiasa perlukan sesuatu yang baru dan kunun2nya 'updated". Tambahan lagi dgn dunia sekarang yang semakin moden dan semakin canggih, menghasilkan pula pelbagai barangan yang memang berteknologi secanggih-canggihnya. Sehebat mana dan secanggih mana pun ia, tetap tidak dapat mengatasi ilmu ALLAH SWT.

Oleh itu dekat kan lah diri kita ini sedekat-dekatnya dgn Allah, baca la Al-Quran setiap hari atau bila ada kelapangan. Peringatan ini jg khas buat mummy, dah berapa weeks dah mummy tak baca al-quran selepas solat. Normally, hubby akan ajak baca al-quran selepas solat maghrib sementara menunggu waktu isya'...syukur alhamdulillah dapat suami macam ni. Semoga ayah, panjang umur, sihat selalu dan murah rezeki dan jodoh kita berpanjangan hingga ke syurga...Amin!

Semoga masih ada peluang dan waktu buat mummy memperbaiki diri mummy dan menambahkan amal ibadat mummy. Mummy juga ingin selalu bersedekah tak kira apa pun makanan atau wang ringgit serta pakaian kepada yang memerlukan. Bukan apa, pahala dari sedekah ini la bekalan kita ke kubur nanti. " Bersedekah untuk mendapatkan redha Allah SWT selagi mampu, orang yang bersedekah tidak akan miskin..malah pasti ada rezeki buatnya dimana - mana daripada Allah SWT.

Begitu juga dgn niat mummy, nak bersedekah kepada yang memerlukan, Harta bukan di bawa mati,wang ringgit juga akan tinggal di dunia ni. Hanya 3 perkara yang akan bersama kita di kubur nanti...1. Doa anak yang soleh ( mudah-mudahan anak ku menjadi anak yg solehah..amin ) 2. Amal jariah ( segala sedekah & kebaikan yang pernah kita lakukan semasa hidup) 3. Ilmu yang diberikan/ diajar kepada org lain, dan digunakan ke jalan kebaikan.

Semoga kami sekeluarga dirahmati Allah SWT...dan sesungguhnya yang buruk itu dtgnya dari mummy dan segala yang terbaik itu datangnya dari Allah SWT. Sekian...

No comments:

Post a Comment