09/03/2012

Alya Demam :((((

Sedih sangat bila tgk Alya menangis2 demam. Masuk hari ni dah 5 days Alya demam. Panas badan + batuk + kahak and selesema!! Aduhaiii kesian sgt2 anak mummy ni. Malam jer mesti suhu badan dia naik, day time kurang sikit. Tapi batuk tu betul2 menganggu keselesaan Alya, dia tak mahu minum air,susu and makan. Mummy and ayah sangat risau kan Alya.

Ubat klinik dah bagi but sometimes mummy takut ter "overdost" pula. Ye la Alya baru 2 tahun, mesti badan dia belum mampu menampung jumlah atau dost ubat yang banyak ( wlaupun tak banyak actually ).

Panas badan, Alya mcm teething! Coz mummy can see gigi kat belakang tu baru nak keluar (errrm gigi geraham ) tgk punya tgk rupanya gigi Alya ni belum tumbuh habis semuanya. Yang kat belakang2 tu still kosong...alahai alamatnya beberapa kali la anak mummy ni akan demam nanti time teething!!

Batuk..Alya terganggu sepenuhnya. Malam tido pun kalau terbatuk mesti dia menangis, ubat antibiotik & pecah kahak dah bagi. Semalam dia muntah lagi, banyak looks like mcm lendir2 keluar bersama muntah..syukur la yang penting tekak anak mummy selesa.

Sekarang ni pun dia masih tak bermaya, nak bawa ke klinik sekali lagi nak check tekak Alya takut bengkak di dalam,coz Alya tak nak menyusu and minum air!
Terpaksa mummy paksa dia minum guna "penyuntik ubat"! hahahahhaaa...

Tadi Ayah dari sekolah gotong royong before cuti sekolah...ayah ada belikan dia bubur McD. Alhamdulillah dia makan sikit-sikit and minum air. Syukur yang penting dia isi perut tu...mummy risau sangat2.

Petang ni ayah will bawa Alya jalan - jalan kat luar, biar dia segar and cergas sikit. Mummy baru call dia tgh tidur after makan biskut sikit and minum air.

Semoga anak mummy cepat sembuh sayang...Ya Allah Ya Tuhanku, KAU lindungi dan sembuhkan la dia anak ku.. Jadikan la dia anak yang sihat dan sempurna berakal dan pandai serta alim dan beramal, panjangkan la umurnya serta murahkan la rezeki di sepanjang kehidupannya...Amin Ya Rabb..

No comments:

Post a Comment