23/07/2012

Alya Sayang....

Semakin nakal & suka merengek-rengek,menangis tak tentu pasal!

Semakin hari semakin menjadi-jadi pula perangai anak mami ni...suka menangis tak tentu pasal, nakal, kuat melawan & semakin manja. ehhhhhhhh....kadang2 naik meluat and panas mami bila dia buat perangai time mami penat. Time malam pula asal terbangun mesti menangis2 entah apa-apa, pas tu sumbat susu dia diam,alahai Alya kalau nak susu cakap la sayang jgn nangis.....tension mami cmana mau tambah anak kalau sorang ni pun dah tension tak terkawal!  perrrgggghhhh........hahahhaha...SABAR!

Kadang-kadang mami memang tak boleh kawal marah mami especially words yang keluar dari mulut mami memang sadis! Tapi mami cepat-cepat mengucap...menyedari itu adalah anak mami dan anugerah Allah kepada mami dan suami. Seharusnya mami bersabar,bersyukur dan menjaga anugerah Allah ini sebaik yang mungkin. Yer la..ada pasangan suami isteri bertahun-tahun kawin but masih belum dikurniakan cahaya mata pelengkap rumahtangga dan mereka masih terus mencuba dan berusaha dgn apa cara sekali pun. Therefore moral of the story : Anak adalah kurniaan ALLAH SWT yang amat berharga kerana tidak semua orang yang mendirikan rumahtannga terus boleh dapat cahaya mata. Kira bertuah dan bersyukur la kepada mereka-mereka yang baru berkawin dan terus dapat berita gembira dan mami amat bersyukur kerana mami adalah diantara mereka-mereka yang Allah kurniakan cahaya mata tanpa menunggu lama.

Dia adalah amanah Allah kepada mami dan suami, perlu dijaga, diasuh dan dididik dengan sempurna. Kerana kegagalan mendidik dia adalah kegagalan ibubapa yang mana nanti akan dipersoalkan diakhirat didepan ALLAH SWT!

Ya Allah, berikan lah aku kekuatan & permudahkan lah bagiku melahirkan zuriat suamiku dan beri lah aku kekuatan dalam mendidik mereka sebaik-baiknya..agar mereka tidak akan menjadi persoalan buat aku dan suami di akhirat kelak! AMIN YA ROBB.....

No comments:

Post a Comment