25/07/2012

Bersyukur.....

Jangan pernah berhenti bersyukur...........

Itu la yang mami pegang dari dulu hingga sekarang, walaupun tak diluahkan namun didalam hati mami sentiasa bersyukur atas nikmat seharian mami sekeluarga. Walaupun tak sekaya 'orang kaya' namun alhamdullilah makan pakai setiap hari dan keperluan lain yang suami sediakan lebih dari mencukupi. Syukur kepada-Mu ya Allah.....Alhamdullilah

Hidup mami jauh berubah, kalau dahulu masa 'single' mami memang seorang yang enjoy for life..hahaha seksi jgn cakap la, sampai bos tegur 'why you wear so short today?'hahaha...alaaa bos org putih dia lagi suka saja ja tegur mami. Dia sendiri yang cakap 'the reason that i choose you to be my secretary because you have a look'...yer la time single memang badan cantik...wahahahahaha....i miss my shape :(

Tapi itu cerita zaman dahulu kala yang perlu dipadam dari sejarah kehidupan dgn meminta keampunan dari yang ESA. Kini, mami mahu sebuah kehidupan yang penuh rahmat-NYA, that's why i said hidup mami jauh berubah. Mami lebih bersederhana dlm semua aspek kehidupan mami, aurat mami nak jaga tapi kerja as a part of hotelier ni memang tak menutup aurat. Tu yang husband sedih tu....mami pun faham menjadi isteri segala tindak tanduk kesalahan dosa suami yang akan tangungg, husband kata takut tak tertanggung dosa2 mami ni pergi kerja tak pakai tudung pun...cuma bila keluar bersama husband mami memang akan menutup aurat dan bertudung. Husband sanggup belikan berhelai-helai tudung untuk mami pakai..sediakan baju2 yang menutup aurat buat mami and even Alya pun mami dan husband trained her untuk bertudung....kerana dosa anak perempuan yang tidak menutup aurat akan mengheret ibubapanya ke neraka. So mana-mana anak perempuan yang belum berkhawin yang ibu atau bapa telah meninggal dunia, ingatlah dosa kamu yang tdk menutup aurat akan menjadi beban kepada si mati, dan akan menjadi persoalan yg tak berkesudahan buat dia...kasihani lah dia!

Oleh itu mami praktikan itu semua dalam kehidupan mami, solat jangan tinggal aurat seikhlasnya tutup. Suami adalah pendorong dan pembimbing utama mami. Solat, mengaji, tutup aurat semuanya bimbingan suami tercinta. Suami memang seorang anak yang taat kepada ibubapa dan seorang suami yang soleh...kerana mami kenal dia :). Oleh itu, nasihat kepada gadis-gadis yang nak mencari pasangan hidup, pilihlah yang beriman. Bukan yang tahu karaoke jamming dan minum arak, solat pun tak pandai....mengucap pun tak lepas...renung2kan lah! hanya nasihat nak ambik alhamdulliah tak nak ambik lantak ko la...errrmmm

Yang penting mami dalam process memperbaiki setiap kelemahan mami selama ni...setiap bangun pagi mata terbuka, nampak suami dan anak mami akan terus bersyukur ( baca la doa bangun tidur ), kerana ALLAH SWT masih memberikan peluang utk mami bernafas dan menyambung kehidupan ini.

Umrah...mami masih ternanti-nanti bila la rezeki mami untuk umrah menjadi tetamu ALLAH di tanah suci. Cuma sekarang memang tak dapat sebab Alya baru 2 tahun lebih sukar utk dibawa jauh-jauh. Mungkin let her 5 or 6 years old maybe...InsyaAllah. Mudah-mudahan ada rezeki dan peluang utk mami dan suami ke sana.

Yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT dan segala kekurangan itu datangnya dari mami. Semoga dibulan yang mulia ini kita sentiasa diberkati dan diampunkan dosa-dosa yang lalu..amin!!


No comments:

Post a Comment