Syukur yang tak terhingga kepada Allah SWT kerana masih memberikan peluang kepada mami dan semua ahli keluarga yang tersayang menikmati & beribadat di bulan yang mulia ini. Semoga hidup kita sentiasa dirahmati Allah dan diampunkan segala dosa-dosa yang lalu.
Ibadah Puasa: Azam mami ramadhan tahun ni puasa mami nak seboleh-bolehnya puasa penuh...ceehh (walaupun hakikatnya mami akan bercuti at least 7 hari...ngeeeee) but i will try do my best this year. Gagah kan diri untuk lebih beribadat means "extra mile" for this holy month. Mami tak mahu ramadhan tahun ini di sia-siakan begitu sahaja tanpa dapat sebarang faedah dan pahala buat bekalan di kubur & di akhirat kelak. Lumrah manusia didunia, kau kaya aku miskin, kau senang aku susah, kau lebih dari segalanya aku pula serba kekurangan TAPI masuk kubur nasib tidak akan pernah sama cuma yang sama kita akan sama-sama memakai kain kafan yang berwarna sama, menghadap kiblat yang sudah semestinya sama dan dimerengkan badan kita kesebelah kanan juga sama. Oleh itu come to conclusion : Harta dunia hanya sementara!
Dari itu sempena bulan yang mulia ini, mari la bersama-sama kita mencari bekal untuk akhirat agar kita tidak tergolong dari manusia-manusia yang rugi. Mami pun masih dalam process untuk memperbaiki diri sendiri, adakalanya pandai lalai sendiri. Muhasabah diri setiap hari InsyaALLAH pasti ada hikmah kebaikannya suatu hari nanti.
Selamat berpuasa kepada semua rakan & keluarga tersayang, terutama suami dan anak tercinta....
Wassalam...
No comments:
Post a Comment