05/01/2016

Detik cuai...


Aku hampir kehilangan anak ini kerana kecuaian aku dan suami!!!!

3/1/2016
Sehari sblm buka sekolah...husband nak ke karamunsing mall utk tambah tapak kasut barunya dan beli ink utk printer dirumah sbb banyak benda nak print....

So kami bertolak dan sampai kat mall around jam 11.00am...park at 5th floor sbb kat floor ni lebih selesa dan kami dan biasa.

Naik lif utk ke Ground floor dulu...sampai ground floor kami pilih naik lif cermin...which is this lif boleh nampak view dlm mall. Anak2 mmg suka naik lif ni.
Masuk lif, aku hadapkan mereka keluar utk tgk view sementara lif naik ke tingkat 3 tujuan kami.

Tinggg...tingkat 3. Lif buka aku tarik tangan si kakak utk keluar sbb lif tu x la sesak sgt ada beberapa org. Biasanya husband akan bawa si adik mcm biasa....keluar lif beberapa langkah aku toleh...ya Allah si adik tiada, tertinggal dalam lif.
Umpama batu besar jatuh atas kepala, jantung bagai nak gugur.....aku marah si husband sbb cuai..bodoh!! Dia kata ingat dah pegang adam...bodoh..bodoh!! Aku hampir menangis/ meraung depan pintu lif yg dah naik atas...ke tingkat 4.
Husband tekan button lif utk turun....lif berhenti di tingkat kami. Dan ada dua org perempuan berkata " ada anak tinggal"
Ya Allah, aku terus tangkap si adik....peluk dan aku rela dukung dia...aku hampir2 pengsan dgn 2-3 minit yg boleh menyebabkan aku kehilangan anak atas kecuaian suami isteri...dlm keadaan panic itu aku tak sempat ucap terima kasih kepada dua remaja perempuan yg tlg pegang si adik. Aku doakan semoga mereka berdua dirahmati dan murah rezeki....

Disitu aku belajar, jgn harapkan suami utk pegang tangan anak...sbb mereka boleh cuai anak pun boleh tertinggal dlm lif sedangkan mmg dah rutin dia yg akan pegang si adik....

From now on....biar aku jadi pembesar suara tuk keluarga aku ni. Kerana jika tiada yg saling mengingati....anak boleh tertinggal di tepi.

Syukur alhamdulillah.....Allah SWT Maha Melindungi dan pertemukan anak ini kepada kami semula.....aku bersyukur sgt2...aku amat dan teramat belajar dari kesilapan ini....

Terima Kasih Ya Allah....

No comments:

Post a Comment