27/01/2012

Masa berlalu...

Sedar tak sedar masa itu berlalu..meninggalkan kita yang masih berjuang meneruskan setiap impian hidup.
Tak kira siapa kita, masing-masing berlumba-lumba mengejar kehidupan yang lebih selesa!

Namun mummy...
mummy harus memikirkan masa depan mummy,dengan kerja yang tak menjanjikan masa depan yang baik errrm maklum la company swasta ni. Bila- bila masa jak jatuh bankrup!

Setiap hari berdoa agar dimurahkan rezeki, sekurang-kurangnya satu pekerjaan yang dapat menjamin masa depan kelak. Menanti dan terussss menanti..entah la sampai bila.

Exam goverment jak, dah 10+ mummy seat. Tak satu pun sangkut...ermmm kadang2 naik fed up juga la. That's why la mummy tak pernah daftar utk mengundi, buat apa? Minta kerja goverment pun tak dapat, buat apa mo undi kerajaan!!( uwahahahahh jaaahhaaatt!! )

Selagi tak dapat kerja di sektor kerajaan, selagi tu la mummy tak akan mengundi.....kim salam jak la ngan yang bertanding tu!

Tapi it's ok...mummy kan perempuan. Tak kerja, mummy dok rumah je la jaga anak ( arrrrggghhhh kalau boleh bertahan :D ) . Lagi baik..kurang dosa. Tapi seboleh-bolehnya mummy nda mau la duduk rumah ja jaga anak, mummy mahu juga ada kewangan sendiri. Lagi best dan lagi lebih $$$$....hehehhehee. Harap duit bulanan yang husband bagi mana la cukup..errrkkkkk hehehehe.

Errrrrrrrmmm....entah la. Mungkin Allah swt merancang sesuatu yang terbaik utk mummy. Kalau bukan didunia ni mungkin di akhirat kelak!

Berserah....

Hati ini berkata...

Di pagi jumaat sedih...tangisan belum terhenti.

Teringat arwah ibu sejak semalam hingga ke pagi ni...
tambah sedih bila ada orang mengatakan "kenapa nangis2, baca lah surah Yasin hadiahkan"
Ya..memang itu lah yang sepatutnya mummy buat tatkala kerinduan kepada mereka menyapa diri..
tapi mungkin orang itu tidak memahami perasaan diri ini yang pernah merasa "kehilangan" insan tersayang,
yang seumpamanya rumah yang patah separuh tiangnya...tempang...
hilang tempat bergantung pada usia yang begitu muda seawal 10 tahun dalam darjah lima..

Tangisan itu meredakan sebak di dada, kerna tak sempat membalas jasa...
tatkala cincin disarungkan pada hari pertunangan, ibu tiada bersama...
tatkala akad nikah di jalankan juga ibu tiada disitu menyaksikan..
zuriat dilahirkan, ibu tidak sempat membelai...

Jangan sesedap mulut kau berkata....
kerana kau belum tiba masanya untuk merasakan..apa yang aku pernah rasa..
mungkin suatu hari nanti giliran mu akan meratapi perkara yang sama...
kerana ketahui lah dunia ini bulat dan kehidupan ini seperti roda sebenarnya...

Tatkala kau sudah tidak punya siapa untuk di panggil dengan panggilan "ibu,mama,emak,umi"...
baru kau tahu...lukanya parah!
kerana sekarang kau masih bisa tersenyum, tertawa kerana mereka masih ada bersama....

Kawan....
tidak semuanya indah...dalam keindahan ada pahitnya...
juga dalam kepahitan ada manisnya...
Allah mengatur kita...
oleh itu jgn pertikaikan, persoalkan...nasib manusia!

Rindu Datang Lagi...

Ibu...
aku teringat akan dirimu...
aku rindukan mu...
insan yang pernah menyayangiku sewaktu dulu..
walau hanya seketika namun amat bermakna buat diriku.

Ibu..
tak mungkin kau datang membelai rambutku, mendodoikan tidurku, menyikat rambutku..
seperti mana yang pernah kau lakukan 20 tahun yang lalu kepada ku...
betapa rindunya aku waktu-waktu itu...

Ibu...
aku rindukan masakanmu...
hingga ke hari ini...belum pernah ku jamah yang sepertinya..
kerana rasanya tak sama dengan air tangan mu...

Ibu...
aku tiada sekeping pun gambarmu...
namun tak akan pernah ku lupa di sepanjang hayatku...
wajah insan yang pernah menyayangi dan memanjakan ku sewaktu kecilku.

Ibu...
di kejauhan ini...
pastinya kau gembira dengan hadirnya Nur Alya Faiqah..
walaupun kau tak sempat menyentuh dan membelainya...
dia adalah cucumu...

Ibu...
ingin ku katakan...
Ya Allah pulangkan ibu...
namun itu adalah mustahil akan berlaku..
kerana Allah lebih menyayangi mu...

Ibu...
dipertemuan yang sesingkat itu...
maafkan segala dosa-dosaku...
membuatmu lelah menjaga dan mengasuhku...
kesabaranmu meniti hari-hari bersamaku..
hingga akhir hayatmu...

Ibu...
tak sempat ku ucapkan dari dulu...
terima kasih kerana sudi menjaga dan mengasuhku dengan sempurna..
tak terbalas jasamu...
hidupp ini hanya seketika...dunia ini hanya sementara..
kita akan pasti bertemu...di suatu masa

Ibu...
selamanya berpisah...
yang tinggal hanya lah kenangan buat kita...
yang takkan mungkin terpadam selamanya...disepanjang hayat ku...
hanya bait-bait doa ku kirimkan disetiap nafasku..
buat insan teristimewa dalam hidupku..
semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohmu..

Ibu...
sampai disini kata hatiku...
usah rindu...kita akan bertemu...
Al-Fatihah hadiah buatmu...
insan tak terganti dalam hatiku...

Nukilan ikhlas anakmu yang merindu...

( kini, 20 tahun pemergianmu...aku tetap anakmu dan kau tetap ibuku dunia & akhirat...)

Suatu ketika...lewat 80's.

Seandainya dapat mummy undurkan masa....


Suatu ketika dahulu kala....kampung ku yang dirindu..amat rindu!


                                      " A scene that you will never see again in Mengkabong"....

Uwaaarggg...amat amat dirindui..nampak rumah mummy sana!!!

Pulangkan la segala keindahan masa lalu...kampung ku yang indah. Mummy rindukan jambatan kayu yang menhubungkan penduduk kampung pensurun & kampung jembulang. Jambatan kayu yang dibuat tinggi, dibawahnya mengalir sungai yang kadangnya tenang dan ada kalanya deras terutama selepas hujan.

Dan apabila berdiri di tengah2 jambatan itu....luas permandangan. Depan dan belakang mummy adalah sungai, di kejauhan terlihat para nelayan menjala & memancing ikan. Kiri & kanan perumahan penduduk kampung yang rata-ratanya dibina dari papan. Bila angin bertiup...menyapa seluruh tubuh suasana sungguh segar & mendamaikan.

Di waktu petang, duduk di beranda rumah sambil menikmati permandangan petang samada petang yang cerah mahupun hujan bersama hidangan suasana sukar digambarkan ianya sungguh menyegarkan & mendamaikan, kini baru ku faham mengapa arwah ayah suka duduk diberanda rumah waktu siang, rupanya permandangan ini akan hilang. Jauh dari hiruk piruk  kota yang sibuk dan asap kenderaan yang mencemarkan.

Kini, semuanya hanya tinggal kenangan,semuanya telah berubah dari keadaan muka bumi hingga ke manusia.. tiada lagi jambatan kayu yang tinggi, tiada lagi tanah lumpur, tiada lagi perumahan kayu penduduk kampung dan yang paling menyedihkan tiada lagi permandangan indah kampung ku yang dulu amat mendamaikan hatiku. Yang kini dibangunkan semula, ditimbus segala kenangan puluhan tahun yang lalu bersama arus kemodenan yang kononnya akan memberi keselesaan seluruh penduduk kampung.



 " A scene that ruin every my childhood memories...makes myself deeply hurt and sad"
                                                           I Hate This View!!!

Yang hanya kekal disana kerana tiada sesiapa yang berani menyentuh dan melupuskannya adalah Tanah Perkuburan Islam Kg Pensurun, dimana arwah ibu dan ayah disemadikan. Di tempat yang sama juga diri ini akan disemadikan kelak.

Namun segalanya terpahat dalam ingatan sebagai kenangan yang terindah...

20/01/2012

Yesterday...

Was a bored day for mummy, bukan apa task tak berapa banyak. Dan yang paling best bos bagi pulang awal hahahaha..terima kasih wahai bos ku yang baik hati & memahami.

Yesterday also hubby call me informed that i was selected to sit for SPA exem...errrrmm mummy ni exactly dah bosan duduk goverment punya exam ni coz tak juga pandai dapat, buang masa and tenaga ja. Tapi jawatan kali ni mummy memang berminat..sangat2 berminat wahahahaha, mudah-mudahan jadi rezeki anak kali ni..amin. All the best for me for the exam.

Walaupun mummy rasa fed up ngan semua jawatan goverment ni, but i will do my best this time.

Jumaat yang mulia...

Alhamdulillah syukur kepada Allah, mummy dan keluarga masih disini, masih terus berjuang meneruskan kehidupan ini. Terima Kasih Ya Allah diatas peluang yang masih ada buat keluarga ku ini.

Hari ini dan seperti biasa seperti mereka2 yang berkerja, mummy at office and today mummy banyak nak settlekan before Chinese New Year holidays! eerrrmmm cuti sukaaaa!!!
Semua kena settlekan hari ini kalau tidak nanti banyak gangguan time bercuti bersama keluarga tersayang....i don't like that but so far my boss never disturb my holidays..thanks chef, jasamu dikenang!

So today kena siapkan foodtags for Chinese New Gala dinner at our Grandballroom, staffs leaves to be updated and to submit any related documentation to HR department for processing and today also my Executive Chef "off day".

Friday oh friday...esok boleh start cuti and berehat. Please mummy nak rehat, penat betul ni. Hari ni tak sempat breakfast kat rumah, nasib baik staff mummy buat kan favorite sandwich mummy...smoked salmon, turkey ham, baby lettuce, beef bacon & chicken in a sandwiche..uuuhhhh sedapnya. Thanks a lot dear Aleesya Zainou commis 3, Garde Manger pantry section kitchen.

Lepas ni ada usual office briefing lagi, lepas tu buat minutes for the briefing this is part of my daily task...enjoy!

And today hubby nak uruskan pasal rumah yang kat Kinarut, Papar. Mudah-mudahan jadi rezeki Alya...amin.

18/01/2012

Bye-bye Kedah...

Penang International Airport....time to go home. Bye-bye kedah. Sabah home sweet home here we come...:)
Happynya Nur Alya Faiqah...muaaaahhh sayang anak mummy tu :)

Lokan Bakar....


Alahai lokan bakar....errrrm sedapnya. Teringin pula nak makan. "ayah jom kita pi makan ni"...hahahaha.
Sedap ni lokan bakar plus sambal yang disediakan....yumm..yumm! Nak makan sini kena time petang coz kalau time tengahari tersangat la panas dan membahang coz gerai ni beratapkan zink...di sediakan kipas pun tetap juga terasa panasnya. So normally mummy and ayah pi makan waktu petang tak berapa panas and selesa sikit bila time makan hahahahaha...

Gerai yang selalu menjadi pilihan kami ialah " Welcome to Sudi Mampir" hahahahaha....pasangan suami isteri dari Indon adalah pemilik gerai ini. Welcome...welcome...welcome....bon appetite you all!!!

Langkawi :)




Fly eagle fly...errrmmm memang tak fly pun....


Cable Car....
 

Still kat Kedah but we decide to go to Langkawi....then jeng..jeng..jeng...here we are! Kami bermalam kat sini 2 malam if not mistake. Jalan - jalan @ Langkawi, we managed to visit this cable car, makam mahsuri and shopping sikit kat the most popular for house wares is Idaman Suri. Kat Idaman Suri ni kena control perasaan..coz barangan rumah pinggan mangkuk semuanya murah dan harga berpatutan. kalau tak control perasaan alamatnya kering la poket.. wahahaha but mummy just beli set pinggan mangkuk and talam jer...enough la.

After all that and penat berjalan...so kami pun singgah KFC for lunch. See alya berselera sgt coz memang kelaparan pun semuanya...hehehehe.

Finally...we're going home by ferry...datang naik ferry pulang pun naik ferry hahahaha best la naik ferry. First time mummy naik ferry siok bah....By the way, it is a joyfull moment and mummy wish to come again someday. InsyaAllah..


Dan sebagai tanda pernah datang sini and sebagai kenangan...kami ada ini..:)

Memories @ Jitra, Kedah.

See the picture?

This is the reason why we can reached this place at Jitra, Kedah. The bride is my sis in law daughter, so we are cordially invited for her wedding ceremony on Nov 2010. So sweet....

The place are a little bit hot than here, maybe sana memang cuaca hot kot. Sampai jak jam 10 pagi dah start panas, pening2 mummy sikit coz nda tahan cuaca yang begitu panas..membahang. Pasang aircond pun tak jalan coz mummy still can feel the heat!

Almost 2 weeks juga la kami di sana, semua family ayah berkumpul disini to celebrate this wedding couple. The bride adalah cucu pertama dalam keluarga mereka yang berkahwin. Sekarang pasangan ni telah pun di kurniakan cahaya mata..a baby boy yang comel. Alhamdulillah....

Our Precious : )

Terima kasih Ya Allah diatas segala nikmat yang diberikan dan anugerah yang tak terhingga ini...

Doa supaya anak-anak tetap mengerjakan solat:

 
Ertinya " Wahai Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mengerjakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa kami. Tuhanku, ampunilah aku dan ibubapaku serta sekelian sorang-orang mukmin pada hari hisab nanti"
 
 

@ Weston, Beaufort. Hometown hubby...

Nur Alya Faiqah with nenek...:)

Nangis anak mummy tu....hehehe. Time ni alya memilih orang, tidak mahu orang lain ambik mahu mummy and ayah jak..errrmmmm..penat mummy dukung sayang!

Diam bila kat pangkuan mummy...ayah pula ambik gambar jer memanjang. Actually, tempat ni tempat makan and place like kat hujung kampung and boleh memancing ikan wahahahaha...entah la i am still not expert about kampung ayah ni. Dari rumah ke tempat ni jalan kaki jer tak jauh pun...saja ja kami ni jalan2. Well, for me it is nice view, fresh air and in front of weston river, ramai orang memancing ikan....hehehehe.

Wajah kesayangan hamba..



You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
"we are family" :)
Saling melengkapi antara satu sama lain.

Alya and mummy :)



Sayang anak mummy...

Time ni ayah bawa jalan-jalan kat Tanjung Lipat...jalan2 tepi pantai bestnya! Nak biasakan alya dgn suasana luar and let her feel free and happy. Time ni alya masih belum boleh berjalan, so mummy and ayah just dukung alya bawa jalan2.

After penat berjalan, time for makan....alya pun makan apa yang mummy and ayah makan. Memang kuat makan but badan mcm tu juga tak gempal2...hahahaha. Takpa yang penting sihat walafiat itu sudah memadai dan bersyukur.

First Day : )

Just about 6 hours lahir ke dunia, syukur alhamdulliah semuanya selamat dan selesai. Setelah 12 jam bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ini akhirnya selamat dilahirkan pada jam 6.06 pagi 9th Feb 2010.
Time ni dah pindah ke wad dari bilik bersalin, mummy lambat dipindah kan ke wad biasa coz mummy jatuh pening time nak ke tandas kat labour room. So doctor hold sekejap untuk pantau kesihatan mummy. Doctor kata memang mcm tu, coz itu effect dari epidural yang mummy pakai. Akhirnya jam 12tghari mummy di hantar ke wad dengan katil mummy sekali yang kat labour room tu coz tak boleh bangun. Mummy pening bila bangun, turun kerusi roda pun pening then no choice have to sorong je ngan katil2 tu sekali ke wad.

Mummy dapat wad first class coz hubby layak utk first class punya wad. Sampai wad, mummy diuruskan oleh 2 orang nurse pelatih yang sangat peramah and helpful..terima kasih banyak2 ye dik, semoga murah rezeki. Sekejapp jer, then kakak mummy sampai coz dah time melawat, dia uruskan baby Alya tukar pamper coz mummy mana la tahu anak pertama la kata kan. After that, ahli keluarga datang melawat mummy.

Mummy minta pulang, kalau nak ikutkan mummy boleh pulang rumah petang tu tapi disebabkan mummy pening dan terjatuh dalam labour room, doktor decide to hold mummy semalam sahaja utk pantau keadaan mummy. So dgn sedih hati and menangis mummy pun tinggal la semalam kat wad. Nasib ada kakak sebelah temankan mummy coz dia pun baru bersalin operate. Kat wad mummy totally tak dapat tidur, risaukan alya coz dia nangis jer..sampai nurse offer tolong jaga biar mummy tidur but mummy still tak dapat tidur, asyik fikirkan alya diluar takut2 mereka biarkan dia menangis.

Masa berlalu...siang! mummy excited mau pulang. Tengahari hubby datang ngan mak mertua bawa mummy pulang. Mak mertua datang nak jaga mummy berpantang, selama 2 minggu mertua jaga hehehehe sengsaranya berpantang. Anyway, terima kasih sangat2 kat emak mertua yang sudi jaga mummy and alya time tu. Ayah cuti seminggu utk membantu apa yang patut, thanks ayah jasamu dikenang!

Ours

This pic was taken on last 2010 hari raya, this is the first hari raya for Alya with mummy and ayah...time ni berhari raya kat rumah abang and Alya siap dapat duit raya RM100 dari abang. Waaahhhh...kecik2 dah dapat duit raya banyak hehehehe rezeki Alya la tu. Duit raya Alya, kami guna utk belikan pampers and susu, fully utilized just for her.

17/01/2012

This is my beloved Alya :)


This is my beloved Nur Alya Faiqah, yang mummy & ayah sayang sangat2..hehehehe. Muaaahhhhh...semoga menjadi anak yang solehah sayang...itu la harapan ayah & mummy.

Mimpi...

"Orang yang tidur akan bermimpi. Ada yang selalu bermimpi, dan ada pula yang kadang-kadang. Bagi sesetengah orang, mimpi membawa maksud tertentu. Lalu mereka bertanya kepada orang lain untuk mengetahui maksud mimpinya"
Seperti yang dinyatakan diatas, lain pula yang terjadi pada mummy. "Mimpi yang menjawab persoalan mummy". Nak dijadikan cerita.....

Pada tahun lepas awal tahun dalam bulan April yang pastinya. Kebiasaan & rutin mummy sebelum tidur adalah membaca beberapa surah pendek dan mummy akan berfikir bila la ajal mummy ni,takutnya bila dalam kubur disoal & tak dapat jawab and mummy teringat mummy ada terbaca that kita akan disedarkan seperti sekarang bila dalam kubur nanti...errrmm??setiap hari mummy fikirkan perkara yang sama setiap malam sebelum tidur. Pada suatu malam mummy bermimpi, mummy nampak "9 months 9 years" bila mummy bangun on next morning i'm still ignore the numbers ( alaa mainan tidur jak pun ). But then bila kat office time tak busy, mummy remember "9 months 9 years"tu and mummy pun start counting. Bulan April - December 2011 is 9 months ngam-ngam 9 months and mummy terkejut..mcm kebetulan habisnya 9 months tu hujung tahun. Then mummy start counting for 9 years pula, 2012 is my first year to go for 9 years...then 2012,2013,2014,2015,2016,2017,2018,2019,2020....tahun 2020 is my 9 years! ohhh mummy akan mati tahun 2020 ka? Ya Allah singkatnya masa, seandainya benar Nur Alya Faiqah baru berusia 10 tahun pada tahun 2020 nanti. Awalnya mummy tinggalkan anak mummy, belum pun cukup besar dan dia masih perlukan mummy to take care of her. Sedihnya mummy....

Dahulu arwah emak yang menjaga mummy pun meninggal dunia sewaktu mummy berumur 10 tahun, adakah ini satu kebetulan ? Alya ditinggalkan ibu sewaktu usia yang sama seperti mummy dahulu..i'm almost fainted!
People always says "alaa mimpi just mainan tidur, tu la tak cuci kaki sebelum tidur" errmmmm tak cuci kaki? mummy siap baca beberapa surah lagi sebelum melelapkan mata mana tau mati dalam tidur tak sempat mengucap..who knows?

Then now mummy still thinking of that, betapa singkatnya masa seandainya mimpi itu comes to reality!
Maybe some of you will say mummy bodoh percaya mimpi gangguan syaitan...tapi bagaimana pula jika mummy ini adalah insan yang terpilih diberikan "clue" when my days will end!

Itu semua urusan Allah S.W.T and for me....i just to be PREPARED for it,regardless it is true or not.

That's why i have this blog, especially for you..with love :)

Working....

I love my paper, i love my duty and i love my position = I like working here!
But this place are seem like "shrinking" day by day. I need new working environments, need to find another job. I don't want to be a "jobless" person! ( no money & savings ).

But to works with new environment and new place, mummy have to learn and start from zero. Mummy don't like at all, that's why i'm still HERE....

The most me dislike is working in Kota Kinabalu city with heavy traffic jammed everyday and excidents anyway. This reason make me feel annoying if the job offered are in this particular area. Again, that's why i'm still HERE.

From working place to my home sweet home only 15 minutes drive away and if 100k/j you will reach the place in 10 minutes wahahahaha. No heavy traffic jam (not at all unless an excident happen ), no traffic light and no heavy numbers of vehicle along the road! Love it so much babe....

Hope i'm still here in 5 years later ( semoga sihat & panjang umur ) coz i just need another 5 years to works then i want to spend the rest of my life taking care my beloved family. Adioooosss!!!

Pompot Cedera...

Pompot is nama manja utk kereta kancil ayah...

Hari ni mummy decide nak lunch ngan Muizzah Norhidayah, lama dah tak jumpa dia sejak dia resign dari sini coz dia dah dapat offer yang lebih baik dari sini. Kebetulan tempat kerja baru memang strategik sekali iaitu 1Borneo Hypermall!! mummy suka window shopping and bawa alya jalan2 kat 1B ni coz banyak pilihan dan permainan kanak2 dan alya suka sangat. Walaupun harga kat sini boleh tahan juga la..:)

Back to the main story is hubby excident today! kat Alam Mesra depan Maybank time nak bank in duit payment utk beli jamu mummy..errrrmmm malang tak berbau. Syukur ayah tak cedera apa2 hanya kereta yang cedera kena langgar belakang and lampu pecah excident ngan BMW driver! Mak ooooiii BMW kalau ayah yang salah mampus la nak bayar BMW. Tapi based on story ayah, dia tak salah driver BMW yang salah coz langgar kereta ayah. Entah la....

Kesimpulannya adalah...memandu la dengan sangat berhati-hati. Biar lambat & hati-hati asal selamat. Kalau kelam kabut semua mahu cepat ni la akibatnya, mcm drive tutup mata! Dah agak dah ayah akan excident someday ( dlm hati )  based on how dia drive sometimes careless!  see...it's comes true!

Terima Kasih ya Tuhan ku kerana suamiku tidak cedera apa-apa...

P/s buat ayah....ini adalah pengajaran, so next time berhati-hati la time driving!!

16/01/2012

Monday Blues....

MOnday...sebut je monday memang ada yang buat muka seposen...hehehehe difahami. Termasuk juga mummy kadang2 suka monday kadang2 hate monday so much. Bila tak cukup rehat on saturday and sunday mummy pun ter'hate la si monday ni...kononnya nak cuti lagi & nak rehat hihihi. But duty is duty, is for me, family and alya sayang!

Mummy bersyukur sangat2 pada Allah sehingga ke hari ini mummy masih ada pekerjaan, masih ada pendapatan bulanan biar pun tak sebesar mana, tapi cukup untuk mummy buat saving..Alhamdulillah. Bertuah dan bersyukur juga mummy kerana dapat seorang suami yang sangat bertanggungjawab, baik hati dan soleh. Dia la insan yang bertanggungjawab memberi makan, minum, belanja harian, shopping, melancong dan tempat berteduh kepada mummy dan alya san. Syukur kepada Allah mempertemukan dia kepada mummy dan menjadi suami mummy dan ayah kepada alya san sayang.
Mummy tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan ayah, semoga dia panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik di sepanjang hayat dia..juga alya, mummy ada doa khas buat alya sayang!

Kadang-kadang mummy sedih bila memikirkan "ajal & maut". Yang pastinya akan datang tepat pada masanya tanpa lewat. Mummy terfikir antara mummy dan ayah siapa yang akan 'pergi' dulu dan bagaimana nasib anak kesayangan mummy bila kami sudah tiada di dunia ini..Semoga mummy dan ayah panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki, mummy nak tengok anak mummy bahagia dan terdidik sempurna sebelum mummy "gone"with the wind!

Kebelakangan ni mummy selalu sakit2 kat bahagian perut mummy..dah berurut yesterday. Hopefully takda apa2 yang mendukacitakan. Tukang urut yang biasanya mummy panggil ibu..coz dia orang indon yang dahulunya adalah tukang urut and tinggal kat rumah mertua. so dah biasa call her ibu. Ibu kata urat perut mummy pusing and peranakan sebelah kiri terturun...that's why sakit2. So after urut, ibu pesan jgn angkat berat2, kurangkan sikit pergerakan ( berjalan ) buat sementara waktu and banyakkan rehat. That's why mummy tak dukung alya sayang..but hanya utk sementara waktu.

Mummy perlu jaga kesihatan mummy demi keluarga mummy..so mummy will start to take care everything of our health!..more vitamins and healthy foods!

Just a beginner...

Mummy just a beginner in blogger. Tgk la blok ni tak pernah berubah pun...color hijau je memanjang. Nasib baik la color hijau ni one of mummy favorite colors kalau tak...pengsan mummy!

Dah la kereta pun choose color hijau, mummy sanggup tunggu seminggu lewat untuk dapatkan kereta tu color hijau coz on that time color pilihan hati ni takda dalam stok wahahahaha..salesman siap offered color lain lagi blue, silver, white and black tapi ni semua bukan color favorite mummy! so have to say "no" and green should be only green....hehehehe.

Time kawin pun tema hijau juga! memang hantu hijau...tapi color hijau time kawin cantik apa....:)

Then now mummy teringin nak design blog mummy ni...put some family pictures, alya,mummy and ayah pictures inside...errmm tapi mummy tak pandai la!! Nak juga tukar mood bila tgk blog sendiri...mami pun ada citarasa jugak! hehehehe

So pada "mereka-mereka" yang terjumpa blog misteri mummy ni sila la beri tunjuk ajar on how to design blog ni make it nice, beautiful and cheerish!! Terima kasih...jasamu di kenang :)

My favorite song this moment...

THOUSAND YEARS

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave
How can I love when I'm afraid
To fall
But watching you stand alone
All of my doubt
Suddenly goes away somehow

One step closer

I have died everyday
waiting for you
Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

Time stands still
Beauty I know she is
I will be brave
I will not let anything
Take away
What's standing in front of me
Every breath,
Every hour has come to this

One step closer


I have died everyday

Waiting for you


Darlin' don't be afraid
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

And all along I believed
I would find you
Time has brought
Your heart to me
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

One step closer
One step closer

I have died everyday
Waiting for you
Darlin' don't be afraid,
I have loved you for a
Thousand years
I'll love you for a
Thousand more

09th February....

Is my beloved princess birthday and this year is her 2 years old birthday party.....

I'M THE ONE so excited...mummy dah plan nak tempah 2 tier cake for Nur Alya Faiqah on her birthday party nanti. Mummy juga dah buat menu for this special day..mummy nak birthday anak mummy tahun ni meriah compare to last year. Last year just a few were invited to celebrated her birthday party due to some circumstances! But it's ok she's just 01 year old and still didn't understand for whom the party is...even that mummy and ayah bought her a beautiful dress "regardless the price" to wear on that special day especially for our first birthday girl!

Last year story was leave behind but remain in our memories forever...NOW we will taking about this year preparation for 2nd birthday party for our little princess! errrmmmm kalau boleh mummy nak buat besar - besaran jemput semua ahli keluarga mummy dan ayah untuk meraihkan seterusnya bacaan doa selamat dan kesyukuran for this special day. Mummy dah belikan dress polka dots yang cantik buat Alya to wear...hehehe mummy nak Alya comel on that day! Mummy dah plan nak sediakan door gift for all those who are invited to this party. Mummy wants a perfect birthday party for you...

But all above is just a sweet PLANNING for my little girl...although i wish the same but there are a few things need to be considered before anything to be decided and final decision! Mummy just hope everthing will go smoothly as the plan and hubby will approved all what we wants!

Anyway..."kita hanya merancang Tuhan yang menentukan". If we can't do the party then let's just ayah, mummy,alya and a cake would be necessary to celebrate your birthday. What mummy has planned just a guideliness if we can make it to reality. Sebagai ibu, semestinya mummy mahu hanya yang terbaik untuk Alya sayang. Sebagai isteri, mummy harus patuh kepada keputusan dan kata-kata suami dan sebagai hambaNYA mummy harus bersederhana dan bersyukur atas segala nikmat dan kesempatan yang Allah berikan untuk kita hingga ke hari ini. Setiap degupan jantung ini selagi belum terhenti, sujud kepadaNYA atas segala kesempatan yang masih ada..apa yang penting ayah,mummy dan alya masih bersama, sebuah keluarga yang mummy sentiasa doakan agar menjadi keluarga muslim yang bahagia hingga ke akhir hayat!!

Then..mummy comes to conclusion...we will celebrate it in our own way!!

Mummy loves you so much....my beloved princess!

Kek Batik...yum..yum..

My favorite..sedaaaapp. Mummy actually tak pandai buat kek batik tapi suka sangat makan. Dulu kalau nak sangat makan mummy just beli sepotong2 yang dijual kat gerai2 petang kat Indah Permai, but rasanya tak la up to standard mummy and mahal pulak tu sepotong will cost you RM0.50...errrmmm mcm tak berbaloi dengan harga dan rasanya!!!

Then..last year mummy terfikir nak buat sendiri. Google nak cari resepi but mummy tak confident kalau resepi google ni. So, mummy teringat kat kawan mummy actually"bestfriend" mummy time study kat UiTM dulu. Study satu kelas menyewa pun serumah...hehehhe memang happening and happy go lucky jer selalu!!!
Dulu time serumah dia pernah ajak buat kek batik...walaupun time buat kek batik tu selamba and main terjun jer semua bahan..but sangat sedap mummy rasa...heheehe.

So mummy decide nak minta resepi kek batik kat dia..memandangkan dia kerja jauh ( sandakan ) so mummy minta just via sms. Time ni bulan puasa last year...plan nak buat kek batik untuk juadah berbuka puasa. Cepat je dia balas sms mummy..thanks a lot to "effahar"...muaaahhhh!!

So start from that day till yesterday..mummy suka buat kek batik sendiri. Masuk yesterday dah 5-6 kali mummy buat. But ada yang menjadi dan ada yang kurang menjadi (means cake tak keras mcm biasa )....errrmmm mesti ada yang tersilap hehehehe but mummy tak kisah asal boleh makan. Bolehlah!!!
Husband pun faham sgt mummy suka makan cake ni...

Yesterday...when mummy decide nak buat kek batik, biskut marie pula takda. Then mummy minta husband tolong p kedai jap belikan sebungkus...but guess what??? Husband beli biskut marie chocolate flavor! wahahaha selalunya mummy guna biskut marie biasa dan bukan chocolate flavor, nevermind kali ni guna saja la mana yang ada. Bila siap buat, excited nak makan. Coz kek batik mesti simpan kat peti sejuk dulu biar keras sedikit then boleh la dipotong-potong..makan! But kek batik mummy kemarin wahahaaha punya lambat nak keras, lembut semacam jer wakakakakaka..tak jadi lagi? errrmm belasah la..mummy simpan kat freezer biar keras and tadi pagi mummy belasah potong-potong simpan dalam tupperware bawa p office hehehehe..anyway sedap juga kek batik mummy!

13/01/2012

Stering Kereta..

Via Handphone sms....
Mummy: Ayah, stering kereta tu bunyi2 la time driving..mcm longgar.
Ayah : Hah? why...
Mummy: Entah..mcm longgar takut2 pula tercabut nanti time driving ( so dangerous!!!)
Ayah : Ok nanti kita check k..
Mummy : Ok yah...

Then semalam..ayah,mummy and Alya keluar ke nak pi beli pampers Alya. Ayah drive kereta mummy. "errrmm memang longgar pun stering kereta ni, sama jak mcm kereta ayah juga. Mummy drive terlalu ganas kot" kata ayah. Hehehehehe...mana da mummy slow and steady jak pun ( padahal kalau dah lambat, driving laju and ganas semacam je).

Kesian kereta mummy, baru hope yesterday tak meragam, sekarang dah meragam. Actually stering kereta mummy tu ganti yang lain..yang kecil sikit compare to stering yang original. Mummy tak berapa biasa drive guna stering original tu besar sangat!!..hehehe so mummy tukar la. Memang dari awal mummy tukar, after approved all documentations..sunday 27th July,2008 kereta tu keluar, then on monday 28th July,2008 mummy bawa pi tukar stering, tinted and add pedal yang besar sikit hehehehe. Thanks to ayah, on that time still boyfriend lagi la. Dia sanggup drive and temankan change all those things....Love you so much!!

12/01/2012

4 Years & 7 Months

Till today..it's been 4 years and 7 months in the company. Tak sangka mampu juga bertahan selama ini hingga ke hari ini. Alhamdulillah...

Disini la bermula segalanya, kerana disini juga la dapat mummy memiliki kereta sendiri tanpa sebarang penjamin. Aset pertama mummy di dunia atas nama mummy sendiri...wahhh bestnya (mula2 jak la ) . Tapi kereta mummy dah masuk tahun ke-4 sekarang ni..alhamdulillah masih elok. Harap2 tak la meragam macam2..adoyaaaiii.

Teringin juga nak ganti kereta baru tapi bila fikir2 malas nak tambah hutang lagi. Ambik kereta baru of coz la hutang baru..kalau boleh tak nak ada hutang2 ni. Tapi 2 benda ni memang tak leh nak elak la nak berhutang kan KERETA & RUMAH...dah lumrah. Lain cerita la kalau jutawan, hartawan tapi tak ramai yang dermawan hehehehe.

Back to the story, i am working in the tourism industry which is Hotelier. Well so far so good, as me still sitting in the office, be a secretary for Executive Chef. From 2007 - present, mummy dah banyak bekerja dengan Chef-Chef dari luar negara dan juga dari Malaysia. I have worked with 4 persons of German Chef, 1 person from Australia and Japan ( as we served sushi here ) for info we also have Korean Chef  and now i am assisting a Executive Chef and Executive Sous Chef both from Ritz Carlton Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya tahun lepas hingga tahun ini, mummy dapat Executive Chef Malay man. Ooohhh....sungguh berbeza sekali the way of the works flows. Before kerja dengan orang putih ni so complicated, cerewet, high demand, on time and well organized , kerja pun mcm robot wahahahaha..time pulang jgn cakap la selagi tak minta izin pulang can't go home!!! errrmmm ni yg mummy paling  menyampah. Dah tu bila mummy dah sampai kat parking rumah dah nak keluar kereta ni masuk rumah, tiba2 handphone bunyi show"Executive Chef" errrrmm memang tak faham bahasa langsung org putih ni. Dah balik rumah pun relax2 ngan family boleh juga dia call...then, just for a simple question dia nak tanya!! gerrrrrrr...stresss!!!

But now Alhamdulillah, sejak bos Malay ni rahmat sgt. He is understanding, tak cerewet dan bertolak ansur. Tak pernah menyusahkan.. even that task suppose to be done by me, he can do it himself. Marah tu ada la sikit tapi kalau dah kesalahan besar, but if it just a small matter he just let it go and don't repeat it in the near future. Tapi mummy tak pernah ambik kesempatan atas kebaikan bos baru ni...kecuali ada kes2 emergency such as Alya demam, nanny Alya ke klinik atau sakit tak dpt nak jaga or emak kat kampung sakit then mummy minta emergency leave. Other than that mummy akan cuba sedaya upaya datang kerja..seboleh - bolehnya mummy tak nak la ada "bad record" in the company....tak cantik!!! hehehehehe.

Harapan dan doa mummy, semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan dimurahkan rezeki. Mummy nak buat savings untuk Alya bila besar for education and hajat mummy nak ke tanah suci nak naik haji atau umrah...mana2 yang termampu mummy. Coz mummy teringin sgt nak ke tanah suci sebelum mummy menghembuskan nafas yang terakhir.

Mummy sayang Alya mummy....muaaahhhhh!!!

Ayah ada meeting...

Hari ni ayah ada meeting, so have to go awal dari rumah jam 6.15am ayah dah bertolak ke bandar. Meeting sekolah untuk guru2 yang mengajar subjek bahasa inggeris. Errmmm nampaknya pagi ini mummy akan berdepan karenah pagi Alya yang cerewet...hehehehe.

Bangun buka mata Alya merengek2...sebut "ayah"? dah agak dah mesti cari ayahnya kalau bangun tidur. Teda ayah, ayah p kerja -jawab mami. Terus menangis, bangun dan cari ayah diseluruh pelosok pintu rumah. Takut ayahnya sembunyi dimana-mana....wahahahaha funny Alya ni. Mami senyum je dari jauh....then mami pasangkan TV tgk kartun "roary the racing car" emmm dia diam. Asyik tgk kartun...

Jeng..jeng..jeng...time mandi. Part yang dia paling cerewet and banyak songeh! Air panas la dia kata padahal air suam2 je pun. Then mami masukkan terus dalam besen, besen ni muat2 Alya ja poonn..tak lemas punya. Mandi mcm spa coz air suam hehehehe Alya takut sejuk...kalau mandi air sejuk menangis mcm kena pukul. Sakit telinga mami. Selalunya time pagi2 mcm ni ayah yang uruskan Alya, bagi mandi, bagi minum susu coz mami bersiap nak p kerja, ayah p sekolah time tengahari so pagi2 mami minta tolong ayah uruskan Alya..jimat masa. Then mami hantar dia ke tempat pengasuh,petang pula ayah akan ambikAlya coz mami balik lewat jam 6pm.

Berbalik kepada story pagi ni..lepas mandi mami pakai kan pakaian, then minum susu dulu. Biar dia relax2 dulu minum susu sambil tgk TV...then pujuk2 pakaikan kasut coz jam dah meenunjukkan jam 8am. Mami nak bertolak pergi kerja. Pujuk2 Alya tak nak pakai kasut,mami ckp jom tgk bird, baru dia mahu pakai kasut. Happy nak tgk bird kat luar (alaaa birds2 kecik kat pokok2 tu, tu je yang ada bukan "angry bird" pun hahahha) ..masuk dalam kereta pungut mainan dia yang berselerak kat dalam kereta. Duduk sebelah mami then jalan. Sampai tempat "nanny"(pengasuh), buka pintu terus masuk sendiri takyah pujuk2 lagi dah. Selalunya alahaaaii payahnya nak pujuk masuk siap menhadap dinding lagi merajuk & nangis. hari ini dia ok pula..syukur la. Nanny dia buka TV ada kartun..hehehee so dia direct masuk. Mami pun jalan nak pi kerja...Alhamdulillah hari ini Alya tak banyak sgt karenah still can handle her. Wasalam....

"live each of your day with love and thankful to God" Ya Allah aku bersyukur kepada Mu,kerana hari ini aku masih ada bersama keluarga ku dan keluarga ku masih ada bersama ku...amin Ya Robb!!

10/01/2012

Rindu Alya :)

Bosan kat office..rindu pula ngan Alya yang tinggal ngan pengasuhnya. Behave well my dear...
Kadang2 terfikir juga nak berhenti kerja, nak tumpukan sepenuhnya kat family terutama jaga anak. Asuhan ibubapa berbeza dengan asuhan orang lain. Kalau boleh mummy mau Alya membesar depan mata mummy biar mummy yang jaga. Tapi apa kan daya...mummy pun nampaknya harus berkerja,memandangkan mummy pun ada hutang tersendiri hehehehehe...

Alya ni boleh dikatakan pengubat penat mummy seharian bekerja...balik rumah jak. Nampak Alya ngan celoteh dia. Happy...meriah hidup ini dgn telatah si comel ni. Benarlah kata orang anak penyeri sebuah rumahtangga yang dibina. Gelagat mereka yang selalu membuat ibu bapa tersenyum & ketawa. Walaupun ada kalanya buat kita marah tersangat, tapi ingat la mereka adalah "acuan "kita, DNA kita = hasil kita. Sudah semestinya perlakuan mereka juga seperti kita :) lol. Ibubapa la yang bertanggungjawab mencorakkan mereka, didikan agama paling penting harus ada dalam diri mereka. Begitu juga dengan Nur Alya Faiqah, mummy dan ayah perlu dan wajib mendidikmu untuk menjadi anak yang solehah.

Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan mu ini..

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau lindungi la dia anakku ( Nur Alya Faiqah), jadikan la dia anak yang sihat dan sempurna, berakal dan pandai serta alim dan beramal dan panjangkan la umurnya...amin.

Blog ini....

Sengaja aku "cipta" buat tatapan mereka - mereka yang tersayang pada masa akan datang. Semoga menjadi kenangan dan tatapan sebuah catatan kehidupan seorang wanita yang pernah bergelar isteri and ibu. Semoga menjadi tatapan buat Nur Alya Faiqah bila dia dah besar nanti..entah bila mummy pun tak tahu.

Segala yang tertulis di sini adalah ilham dan kehidupan pemilik blog ini...tidak akan ada kena mengena dengan sesiapa melainkan kenalan & keluarga dan suami serta anak-anak tercinta.

Mummy loves you all...

Mummy akan terus menulis dalam blog ini...sebagai kenangan kita suatu masa nanti. Di suatu ketika yang dikenang dan ia kekal dalam coretan hanya disini :)

Today..

Minggu ke-2 di tahun baru...Azam baru tahun 2012 hanya "no more shopping barang2 yang tak perlu" coz aku selalu beli2 ikut suka hati aku jer walaupun benda tu tak berapa nak guna pon, al maklum la gatal tangan tak sah kalau tak shopping dalam seminggu. But tahun ni aku dengan sedaya upayanya akan meng"cut"kan sedikit demi sedikit budget tuk shopping2 ni. Aku ni pantang nampak kasut, blouse, pakaian budak perempuan dan yang paling ngeri sekali "emas"...hehehe nasib baik emas naik harga. Kalau tak bersusun emas dalam laci.

Tipu la kalau tahun ini aku teda planning, ada sebenarnya. Diantaranya aku nak:
1) Kereta aku SAA 385 A di cat, digantikan kerusi leather, di tinted sekali lagi dan put on smart reams with michellin tyres wahahaha.
2) Kalau boleh nak tukar kerja...please la need new environment of works!
3) Kalau boleh la..cancel tu plan pertama and beli kereta baru..ALZA full pack cukup la.
4) InsyaAllah...rezeki itu dari Allah..plan nak tambah anak 1 jer lagi.

Tu saja la setakat ni yang terfikir nak laksanakan tahun ni..slowly based on budget. Pa pun semoga Allah murahkan rezeki mummy dan ayah. Amin.

November 22,2011

Sepatutnya hari ni kita orang sudah terbang ni ke Kuala Lumpur for Family vacation. But then, tetiba jak mummy dan ayah decide not to go this time..why? mummy dan ayah berat hati nak pergi...
Takpa la bukan rezeki kita this time..just mummy a bit kecewa la coz plan2 nak ke padang besar shopping macam tahun lepas but yer la bukan rezeki.

Passport Ayah,Mummy and Alya dah buat, siap nak ke Thailand shopping. Family sebelah ayah pun excited tunggu kita sampai. Along siap nak bawa ke Genting Highland and Kak Nor siap nak bawa round2 sampai Thailand. Tapi ini la yang dikatakan "kita hanya merancang Tuhan yang menentukan".

Panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik...we'll come again next time k...

p/s suka sgt shopping kat gedung pakaian hari-hari kat Jalan TAR KL hehehe..Gedung pakaian ni takda di Sabah..huhuhu:( and Padang Besar kat Perlis...errrrrmm memang jadi target 2 places ni.

November 17,2011

Anakku, pada hari ini mummy menyedari hidup ini adalah satu kesempatan yang harus disyukuri. Tak perlu bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Hidup lah dengan penuh kesederhanaan namun sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan. Takut nikmat yang diberikan ditarik serta merta kerana tidak pernah menadah tangan bersyukur kepada Allah.

Semalam..aku,suami dan Alya pergi melawat anak kawanku yang dimasukkan ke hospital Likas. Khabar tentang anaknya baru aku terima semalam, tapi mereka sudah berada di hospital itu sejak 26.10.2011. Anaknya di diagnosiskan"antibody menyerang otak" means antibodinya sendiri menyerang otak. Melihat anaknya,aku tak dapat menahan sedih & sebak...oleh kerana kami adalah bestfriend sewaktu dia masih sama2 bekerja dengan ku dulu, aku tanpa segan silu menangis melihat keadaan anaknya yang totally different. Alma Qistina sweet jer nama dia kan...dahulu dia juga anak yang cergas, pintar dan gembira. Tapi ketentuan Allah, anak itu sudah tidak mampu bercakap, makan malah mengenali orang sekeliling walaupun ibubapanya sendiri. Dia sudah seperti OKU..aku yang melihat hanya mampu berdoa semoga Alma cepat sembuh seperti sediakala.. berat mata memandang berat lagi ibunya memikul segala keperitan, kesedihan dan cuba menerima kenyataan. Ya Allah sembuhkan la Alma Qistina seperti sediakala...amin.

Semua Tentang Alya :)

Nur Alya Faiqah...Puteri ku sayang.

Anakku sayang yang dilahirkan pada 09th February 2010...sakit, tangisan, lucu dan gembira. Syukur pada Allah s.w.t atas "precious gift"ini yang tak ternilai dengan apa jua bandingan di dunia ini. Terima kasih sayang kerana mu, aku kini bergelar "mummy" dan suami bergelar "ayah" dan kita adalah sebuah keluarga..lengkap.

Nur Alya..panggilan Alya or Faiqah tapi aku lebih suka memanggil dia dgn panggilan Alya San...entah la. Aku just copy jer dari Japanese Sales Manager aku kat sini dari dulu bila jumpa aku ni dia akan panggil "rozie san" so aku anggap "san"tu adalah kata nama buat perempuan...alaa mcm "cik" tu....hahahaha. So aku bubuh je la nama tu just for fun...Alhamdullilah syukur pada Allah yang Maha Pengasih & Penyayang hingga ke hari ini Alya sihat walafiat disamping mummy dan ayah...selagi kami masih ada disisimu sayang..

Ramadhan 2011
Adalah tahun ramadhan ke-2 Alya. Ramadhan tahun ni jatuh pada bulan ogos, bermakna Alya sayang 1year 6 months. Alya 1 year 3 months dah pandai jalan sikit2..rebah bangun la katakan. Still learning...1 year 7 months Alya dah pandai menyebut beberapa perkataan yang mudah..baba..susu..no..no..no..hehehe funny tapi she's still in the process of learning. keep it up sweet baby!!

Ramadhan dan hati seorang ibu :
Anakku sayang, semoga di bulan ramadhan yang mulia ini, keluarga kita akan sentiasa diberkati Allah, diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang abadi serta di panjangkan usia dan murah rezeki.
Mammy dan ayah sentiasa mendoakan semoga Alya menjadi anak yang solehah. Hormat kepada ibubapa dan taat kepada perintah Allah s.w.t.
Alya Sayang..
Maafkan mummy seandainya mami selalu memarahimu, hingga sampai suatu waktu tangan ini sanggup menyakiti tubuh kecilmu,tapi anakku ketahuilah kasih ibu ini hingga ke-SYURGA!

Hari Raya 2011
Raya tahun ini adalah raya yang ke-2 buat Alya sayang. Sesungguhnya mummy dan ayah amat bersyukur kepada Allah atas segala kesempatan yang masih ada buat kita.
Sesungguhnya Alya la penyeri hidup mummy dan ayah...terima kasih sayang kerana sudi menjadi anak kepada kami didunia ini...mummy dan ayah sentiasa medoakan segala yang terbaik buat Alya di dunia & akhirat. Selagi hayat dikandung badan, selagi ada kesempatan dan selagi ada umur dan kesihatan, segalanya untuk Nur Alya Faiqah!

Tahun Baru 2012 :)

Happy New Year 2012..

Salam..kepada yang ter"jumpa" blog ini. Sesungguhnya tiada sesiapa tahu tentang blog ini selain empunya badan. Untuk pengetahuan pembaca semua pemilik blog ini adalah "Sabahan". Selamat membaca....

Tahun 2011:
Banyak yang telah terskip...tercatatan di dalam ingatan tapi tak terluah dengan perkataan. Every year, aku amat takut bila dah sampai tarikh 31.12...bukan apa. Aku pernah terbaca satu cerpen, "kematian di ambang tahun baru",bila teringat cerpen tu..seram juga la. Tapi harus di ingat semua itu dari Allah s.w.t yang menentukan.
Akhirnya aku tidur tanpa memperdulikan semua sambutan tahun baru yang sedang berlangsung di kaca TV dan padang merdeka,kota kinabalu. Padaku apa la ertinya tahun baru...

Tahun Baru - 2012
Pertama sekali di tahun baru ini, aku membuka mata. Ya Allah segala kesyukuran yang tidak terhingga kerana masih bernyawa dan masih diberikan peluang menghirup udara di bumi Allah dan bersama keluarga tersayang.
Kerana bagi ku, apa la ertinya tahun baru ini..seandainya umur yang semakin singkat namun amal ibadat belum padat untuk bekalan di akhirat. Ramai yang lupa akan itu....