12/01/2012

Ayah ada meeting...

Hari ni ayah ada meeting, so have to go awal dari rumah jam 6.15am ayah dah bertolak ke bandar. Meeting sekolah untuk guru2 yang mengajar subjek bahasa inggeris. Errmmm nampaknya pagi ini mummy akan berdepan karenah pagi Alya yang cerewet...hehehehe.

Bangun buka mata Alya merengek2...sebut "ayah"? dah agak dah mesti cari ayahnya kalau bangun tidur. Teda ayah, ayah p kerja -jawab mami. Terus menangis, bangun dan cari ayah diseluruh pelosok pintu rumah. Takut ayahnya sembunyi dimana-mana....wahahahaha funny Alya ni. Mami senyum je dari jauh....then mami pasangkan TV tgk kartun "roary the racing car" emmm dia diam. Asyik tgk kartun...

Jeng..jeng..jeng...time mandi. Part yang dia paling cerewet and banyak songeh! Air panas la dia kata padahal air suam2 je pun. Then mami masukkan terus dalam besen, besen ni muat2 Alya ja poonn..tak lemas punya. Mandi mcm spa coz air suam hehehehe Alya takut sejuk...kalau mandi air sejuk menangis mcm kena pukul. Sakit telinga mami. Selalunya time pagi2 mcm ni ayah yang uruskan Alya, bagi mandi, bagi minum susu coz mami bersiap nak p kerja, ayah p sekolah time tengahari so pagi2 mami minta tolong ayah uruskan Alya..jimat masa. Then mami hantar dia ke tempat pengasuh,petang pula ayah akan ambikAlya coz mami balik lewat jam 6pm.

Berbalik kepada story pagi ni..lepas mandi mami pakai kan pakaian, then minum susu dulu. Biar dia relax2 dulu minum susu sambil tgk TV...then pujuk2 pakaikan kasut coz jam dah meenunjukkan jam 8am. Mami nak bertolak pergi kerja. Pujuk2 Alya tak nak pakai kasut,mami ckp jom tgk bird, baru dia mahu pakai kasut. Happy nak tgk bird kat luar (alaaa birds2 kecik kat pokok2 tu, tu je yang ada bukan "angry bird" pun hahahha) ..masuk dalam kereta pungut mainan dia yang berselerak kat dalam kereta. Duduk sebelah mami then jalan. Sampai tempat "nanny"(pengasuh), buka pintu terus masuk sendiri takyah pujuk2 lagi dah. Selalunya alahaaaii payahnya nak pujuk masuk siap menhadap dinding lagi merajuk & nangis. hari ini dia ok pula..syukur la. Nanny dia buka TV ada kartun..hehehee so dia direct masuk. Mami pun jalan nak pi kerja...Alhamdulillah hari ini Alya tak banyak sgt karenah still can handle her. Wasalam....

"live each of your day with love and thankful to God" Ya Allah aku bersyukur kepada Mu,kerana hari ini aku masih ada bersama keluarga ku dan keluarga ku masih ada bersama ku...amin Ya Robb!!

No comments:

Post a Comment