Anakku, pada hari ini mummy menyedari hidup ini adalah satu kesempatan yang harus disyukuri. Tak perlu bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Hidup lah dengan penuh kesederhanaan namun sentiasa mensyukuri setiap nikmat yang Allah berikan. Takut nikmat yang diberikan ditarik serta merta kerana tidak pernah menadah tangan bersyukur kepada Allah.
Semalam..aku,suami dan Alya pergi melawat anak kawanku yang dimasukkan ke hospital Likas. Khabar tentang anaknya baru aku terima semalam, tapi mereka sudah berada di hospital itu sejak 26.10.2011. Anaknya di diagnosiskan"antibody menyerang otak" means antibodinya sendiri menyerang otak. Melihat anaknya,aku tak dapat menahan sedih & sebak...oleh kerana kami adalah bestfriend sewaktu dia masih sama2 bekerja dengan ku dulu, aku tanpa segan silu menangis melihat keadaan anaknya yang totally different. Alma Qistina sweet jer nama dia kan...dahulu dia juga anak yang cergas, pintar dan gembira. Tapi ketentuan Allah, anak itu sudah tidak mampu bercakap, makan malah mengenali orang sekeliling walaupun ibubapanya sendiri. Dia sudah seperti OKU..aku yang melihat hanya mampu berdoa semoga Alma cepat sembuh seperti sediakala.. berat mata memandang berat lagi ibunya memikul segala keperitan, kesedihan dan cuba menerima kenyataan. Ya Allah sembuhkan la Alma Qistina seperti sediakala...amin.
No comments:
Post a Comment