18/01/2012

First Day : )

Just about 6 hours lahir ke dunia, syukur alhamdulliah semuanya selamat dan selesai. Setelah 12 jam bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat ini akhirnya selamat dilahirkan pada jam 6.06 pagi 9th Feb 2010.
Time ni dah pindah ke wad dari bilik bersalin, mummy lambat dipindah kan ke wad biasa coz mummy jatuh pening time nak ke tandas kat labour room. So doctor hold sekejap untuk pantau kesihatan mummy. Doctor kata memang mcm tu, coz itu effect dari epidural yang mummy pakai. Akhirnya jam 12tghari mummy di hantar ke wad dengan katil mummy sekali yang kat labour room tu coz tak boleh bangun. Mummy pening bila bangun, turun kerusi roda pun pening then no choice have to sorong je ngan katil2 tu sekali ke wad.

Mummy dapat wad first class coz hubby layak utk first class punya wad. Sampai wad, mummy diuruskan oleh 2 orang nurse pelatih yang sangat peramah and helpful..terima kasih banyak2 ye dik, semoga murah rezeki. Sekejapp jer, then kakak mummy sampai coz dah time melawat, dia uruskan baby Alya tukar pamper coz mummy mana la tahu anak pertama la kata kan. After that, ahli keluarga datang melawat mummy.

Mummy minta pulang, kalau nak ikutkan mummy boleh pulang rumah petang tu tapi disebabkan mummy pening dan terjatuh dalam labour room, doktor decide to hold mummy semalam sahaja utk pantau keadaan mummy. So dgn sedih hati and menangis mummy pun tinggal la semalam kat wad. Nasib ada kakak sebelah temankan mummy coz dia pun baru bersalin operate. Kat wad mummy totally tak dapat tidur, risaukan alya coz dia nangis jer..sampai nurse offer tolong jaga biar mummy tidur but mummy still tak dapat tidur, asyik fikirkan alya diluar takut2 mereka biarkan dia menangis.

Masa berlalu...siang! mummy excited mau pulang. Tengahari hubby datang ngan mak mertua bawa mummy pulang. Mak mertua datang nak jaga mummy berpantang, selama 2 minggu mertua jaga hehehehe sengsaranya berpantang. Anyway, terima kasih sangat2 kat emak mertua yang sudi jaga mummy and alya time tu. Ayah cuti seminggu utk membantu apa yang patut, thanks ayah jasamu dikenang!

No comments:

Post a Comment