Nur Alya Faiqah...Puteri ku sayang.
Anakku sayang yang dilahirkan pada 09th February 2010...sakit, tangisan, lucu dan gembira. Syukur pada Allah s.w.t atas "precious gift"ini yang tak ternilai dengan apa jua bandingan di dunia ini. Terima kasih sayang kerana mu, aku kini bergelar "mummy" dan suami bergelar "ayah" dan kita adalah sebuah keluarga..lengkap.
Nur Alya..panggilan Alya or Faiqah tapi aku lebih suka memanggil dia dgn panggilan Alya San...entah la. Aku just copy jer dari Japanese Sales Manager aku kat sini dari dulu bila jumpa aku ni dia akan panggil "rozie san" so aku anggap "san"tu adalah kata nama buat perempuan...alaa mcm "cik" tu....hahahaha. So aku bubuh je la nama tu just for fun...Alhamdullilah syukur pada Allah yang Maha Pengasih & Penyayang hingga ke hari ini Alya sihat walafiat disamping mummy dan ayah...selagi kami masih ada disisimu sayang..
Ramadhan 2011
Adalah tahun ramadhan ke-2 Alya. Ramadhan tahun ni jatuh pada bulan ogos, bermakna Alya sayang 1year 6 months. Alya 1 year 3 months dah pandai jalan sikit2..rebah bangun la katakan. Still learning...1 year 7 months Alya dah pandai menyebut beberapa perkataan yang mudah..baba..susu..no..no..no..hehehe funny tapi she's still in the process of learning. keep it up sweet baby!!
Ramadhan dan hati seorang ibu :
Anakku sayang, semoga di bulan ramadhan yang mulia ini, keluarga kita akan sentiasa diberkati Allah, diberikan kesihatan yang baik dan kebahagiaan yang abadi serta di panjangkan usia dan murah rezeki.
Mammy dan ayah sentiasa mendoakan semoga Alya menjadi anak yang solehah. Hormat kepada ibubapa dan taat kepada perintah Allah s.w.t.
Alya Sayang..
Maafkan mummy seandainya mami selalu memarahimu, hingga sampai suatu waktu tangan ini sanggup menyakiti tubuh kecilmu,tapi anakku ketahuilah kasih ibu ini hingga ke-SYURGA!
Hari Raya 2011
Raya tahun ini adalah raya yang ke-2 buat Alya sayang. Sesungguhnya mummy dan ayah amat bersyukur kepada Allah atas segala kesempatan yang masih ada buat kita.
Sesungguhnya Alya la penyeri hidup mummy dan ayah...terima kasih sayang kerana sudi menjadi anak kepada kami didunia ini...mummy dan ayah sentiasa medoakan segala yang terbaik buat Alya di dunia & akhirat. Selagi hayat dikandung badan, selagi ada kesempatan dan selagi ada umur dan kesihatan, segalanya untuk Nur Alya Faiqah!
No comments:
Post a Comment