MOnday...sebut je monday memang ada yang buat muka seposen...hehehehe difahami. Termasuk juga mummy kadang2 suka monday kadang2 hate monday so much. Bila tak cukup rehat on saturday and sunday mummy pun ter'hate la si monday ni...kononnya nak cuti lagi & nak rehat hihihi. But duty is duty, is for me, family and alya sayang!
Mummy bersyukur sangat2 pada Allah sehingga ke hari ini mummy masih ada pekerjaan, masih ada pendapatan bulanan biar pun tak sebesar mana, tapi cukup untuk mummy buat saving..Alhamdulillah. Bertuah dan bersyukur juga mummy kerana dapat seorang suami yang sangat bertanggungjawab, baik hati dan soleh. Dia la insan yang bertanggungjawab memberi makan, minum, belanja harian, shopping, melancong dan tempat berteduh kepada mummy dan alya san. Syukur kepada Allah mempertemukan dia kepada mummy dan menjadi suami mummy dan ayah kepada alya san sayang.
Mummy tak pernah lupa mendoakan kesejahteraan ayah, semoga dia panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesihatan yang baik di sepanjang hayat dia..juga alya, mummy ada doa khas buat alya sayang!
Kadang-kadang mummy sedih bila memikirkan "ajal & maut". Yang pastinya akan datang tepat pada masanya tanpa lewat. Mummy terfikir antara mummy dan ayah siapa yang akan 'pergi' dulu dan bagaimana nasib anak kesayangan mummy bila kami sudah tiada di dunia ini..Semoga mummy dan ayah panjang umur, sihat tubuh badan dan murah rezeki, mummy nak tengok anak mummy bahagia dan terdidik sempurna sebelum mummy "gone"with the wind!
Kebelakangan ni mummy selalu sakit2 kat bahagian perut mummy..dah berurut yesterday. Hopefully takda apa2 yang mendukacitakan. Tukang urut yang biasanya mummy panggil ibu..coz dia orang indon yang dahulunya adalah tukang urut and tinggal kat rumah mertua. so dah biasa call her ibu. Ibu kata urat perut mummy pusing and peranakan sebelah kiri terturun...that's why sakit2. So after urut, ibu pesan jgn angkat berat2, kurangkan sikit pergerakan ( berjalan ) buat sementara waktu and banyakkan rehat. That's why mummy tak dukung alya sayang..but hanya utk sementara waktu.
Mummy perlu jaga kesihatan mummy demi keluarga mummy..so mummy will start to take care everything of our health!..more vitamins and healthy foods!
No comments:
Post a Comment