27/01/2012

Hati ini berkata...

Di pagi jumaat sedih...tangisan belum terhenti.

Teringat arwah ibu sejak semalam hingga ke pagi ni...
tambah sedih bila ada orang mengatakan "kenapa nangis2, baca lah surah Yasin hadiahkan"
Ya..memang itu lah yang sepatutnya mummy buat tatkala kerinduan kepada mereka menyapa diri..
tapi mungkin orang itu tidak memahami perasaan diri ini yang pernah merasa "kehilangan" insan tersayang,
yang seumpamanya rumah yang patah separuh tiangnya...tempang...
hilang tempat bergantung pada usia yang begitu muda seawal 10 tahun dalam darjah lima..

Tangisan itu meredakan sebak di dada, kerna tak sempat membalas jasa...
tatkala cincin disarungkan pada hari pertunangan, ibu tiada bersama...
tatkala akad nikah di jalankan juga ibu tiada disitu menyaksikan..
zuriat dilahirkan, ibu tidak sempat membelai...

Jangan sesedap mulut kau berkata....
kerana kau belum tiba masanya untuk merasakan..apa yang aku pernah rasa..
mungkin suatu hari nanti giliran mu akan meratapi perkara yang sama...
kerana ketahui lah dunia ini bulat dan kehidupan ini seperti roda sebenarnya...

Tatkala kau sudah tidak punya siapa untuk di panggil dengan panggilan "ibu,mama,emak,umi"...
baru kau tahu...lukanya parah!
kerana sekarang kau masih bisa tersenyum, tertawa kerana mereka masih ada bersama....

Kawan....
tidak semuanya indah...dalam keindahan ada pahitnya...
juga dalam kepahitan ada manisnya...
Allah mengatur kita...
oleh itu jgn pertikaikan, persoalkan...nasib manusia!

No comments:

Post a Comment