27/01/2012

Suatu ketika...lewat 80's.

Seandainya dapat mummy undurkan masa....


Suatu ketika dahulu kala....kampung ku yang dirindu..amat rindu!


                                      " A scene that you will never see again in Mengkabong"....

Uwaaarggg...amat amat dirindui..nampak rumah mummy sana!!!

Pulangkan la segala keindahan masa lalu...kampung ku yang indah. Mummy rindukan jambatan kayu yang menhubungkan penduduk kampung pensurun & kampung jembulang. Jambatan kayu yang dibuat tinggi, dibawahnya mengalir sungai yang kadangnya tenang dan ada kalanya deras terutama selepas hujan.

Dan apabila berdiri di tengah2 jambatan itu....luas permandangan. Depan dan belakang mummy adalah sungai, di kejauhan terlihat para nelayan menjala & memancing ikan. Kiri & kanan perumahan penduduk kampung yang rata-ratanya dibina dari papan. Bila angin bertiup...menyapa seluruh tubuh suasana sungguh segar & mendamaikan.

Di waktu petang, duduk di beranda rumah sambil menikmati permandangan petang samada petang yang cerah mahupun hujan bersama hidangan suasana sukar digambarkan ianya sungguh menyegarkan & mendamaikan, kini baru ku faham mengapa arwah ayah suka duduk diberanda rumah waktu siang, rupanya permandangan ini akan hilang. Jauh dari hiruk piruk  kota yang sibuk dan asap kenderaan yang mencemarkan.

Kini, semuanya hanya tinggal kenangan,semuanya telah berubah dari keadaan muka bumi hingga ke manusia.. tiada lagi jambatan kayu yang tinggi, tiada lagi tanah lumpur, tiada lagi perumahan kayu penduduk kampung dan yang paling menyedihkan tiada lagi permandangan indah kampung ku yang dulu amat mendamaikan hatiku. Yang kini dibangunkan semula, ditimbus segala kenangan puluhan tahun yang lalu bersama arus kemodenan yang kononnya akan memberi keselesaan seluruh penduduk kampung.



 " A scene that ruin every my childhood memories...makes myself deeply hurt and sad"
                                                           I Hate This View!!!

Yang hanya kekal disana kerana tiada sesiapa yang berani menyentuh dan melupuskannya adalah Tanah Perkuburan Islam Kg Pensurun, dimana arwah ibu dan ayah disemadikan. Di tempat yang sama juga diri ini akan disemadikan kelak.

Namun segalanya terpahat dalam ingatan sebagai kenangan yang terindah...

No comments:

Post a Comment