Happy New Year 2012..
Salam..kepada yang ter"jumpa" blog ini. Sesungguhnya tiada sesiapa tahu tentang blog ini selain empunya badan. Untuk pengetahuan pembaca semua pemilik blog ini adalah "Sabahan". Selamat membaca....
Tahun 2011:
Banyak yang telah terskip...tercatatan di dalam ingatan tapi tak terluah dengan perkataan. Every year, aku amat takut bila dah sampai tarikh 31.12...bukan apa. Aku pernah terbaca satu cerpen, "kematian di ambang tahun baru",bila teringat cerpen tu..seram juga la. Tapi harus di ingat semua itu dari Allah s.w.t yang menentukan.
Akhirnya aku tidur tanpa memperdulikan semua sambutan tahun baru yang sedang berlangsung di kaca TV dan padang merdeka,kota kinabalu. Padaku apa la ertinya tahun baru...
Tahun Baru - 2012
Pertama sekali di tahun baru ini, aku membuka mata. Ya Allah segala kesyukuran yang tidak terhingga kerana masih bernyawa dan masih diberikan peluang menghirup udara di bumi Allah dan bersama keluarga tersayang.
Kerana bagi ku, apa la ertinya tahun baru ini..seandainya umur yang semakin singkat namun amal ibadat belum padat untuk bekalan di akhirat. Ramai yang lupa akan itu....
No comments:
Post a Comment